Friday, January 4, 2013

sabar



Satu perkataan yang ringkas. Sering kita sebut apabila menerima ujian. Ungkapan sabar itu separuh daripada iman. Senang sekali menitip zahir di bibir... tapi dalam hati? Nyata terlalu sukar. Namun perpegang lah kepada janji Allah. Pasti ada ganjarannya...

salam jumaat


Thursday, January 3, 2013

diari khamis pertama 2013

Musim banjir ni kena gerak awal ke tempat keje. Subuh agak lewat kul6 lebih...  kete lak perlu bergerak sebelum kul7. Setiap pagi cam berperang zup zap bersiap. Air pun sedingin ais. Uiiiii... bila la nak pasang hot shower.

Oh..suasana gelap dan dingin. Dalam hujan lebat. Aku keluar mencari rezeki. Jalanraya pun dah macam laut cina selatan je... jadi nelayan pun best gak ni.

atas meja kerja.... uiks... ada hadiah. admire kah?

balik umah bukak.... student pulangkan dress yang dia pinjam masa trip ke perak rupanya... beserta sekotak teh cameron. Tq syg

pemandangan di tepi rumah.. men bola tuh. 

Sebelum pulang ke rumah singgah umah abg. Hujan lebat sangat. Takut gak nak gerak... tak nampak ape. Lagipun perut lapar...ehek.. Cumel je kucing-kucing abg. Nanti bagi saya sekor ye.

Sabtu ni bertugas... kali ni tanpa teman. Budak praktikum tu dah takde....  duk sorang-sorang je lah kat bilik warden

Esok nak wtpe... takde ape...  :'(

Wednesday, January 2, 2013

Alhamdulillah... cinta kembali

Entry tengahari tadi menimbulkan banyak persoalan. Begini ceritanya~ (sambil buat gaya ngan tangan)



Keletuk keletak menaip... buat rancangan ngajar... tahun ni nak cuba guna file. Tiru format cam file culind. Dah snap gmbar folio dia yang tahun lepas. Sebelum lelapkan mata sempat ym ngan abg. Mamai gak kepenatan. Then tido.....

Bangun pagi. Capai towel... tengok jari...eh... takde cincin tunang. Emm.. biar lah... ada kut dekat katil. Tapi bila masa buang cincin dari jari?

Cuba tenangkan hati dengan berfikir cincin ada je dalam umah... tak perlu risau. So, gerak ke sekolah awal untuk elakkan traffic cam hari sebelumnya.

Sepanjang waktu di sekolah hati gelisah.. tambah-tambah culind perasan tiada cincin gergasi di jari manisku. Ish... kat mana letak? Tak pernah pun buka.

Balik umah perkara pertama ialah bilik tidur. Atas rak, depan cermin, cincin takde. Saya tarik tilam ke bawah. Kebas selimut, kebas tempat tidur nisa. Dalam sarung bantal pun saya tengok takut-takut tertanggal masuk dalam tu! pun takde jugakkkkk.....

Saya pandang je bekas cincin yang masih atas gubahan hantaran bentuk hati. Air mata mula menitik.. sedih kut... hari-hari duk belai pandang cincin tu. Tak puas lagi tengok dah hilang. Nak bagitau my diva mum nanti meletup gunung berapi dia mengamuk.

Tiba-tiba fon bunyi... abg...

Abg tanya nape macam pelik arini..apa masalah. Saya pun terketar-ketar gak nak cakap. "Abg janji ek.. jangan marah saya..." dan saya cerita pasal cincin. Air mata macam kepala paip rosak.. mencurah-curah. Nak meraung rasa. Pernah tengok nobita nangis?

Abg tak marah. Abg pujuk. Kata nanti jumpa. Jangan sedih...

Pastu saya turun bawah... tengok tv.. Nat Geo Wild... mama tengah makan kopok. Abah baca majalah.

Abah cakap, "Abah jumpa cincin yana kat sinki bawah, ada abah simpan dalam laci tuhh," jari telunjuk dia menunjuk arah laci yang dimaksudkan.

Saya wat muka poyo dan selamba. Pegi amik dan sarungkan cincin. Jalan catwalk masuk dalam bilik dan..... Ya Allah!! Jumpa dah cincin! Syukur! Yeye!!! toing3 saya melompat gembira.

dan mungkinkah.....~
Malam semalam jari kelingking kanan melecur kena wap panas masa kacau gulai kari ayam kampung. Mama masak malam-malam untuk lauk makan waktu pagi dan tengahari. Sebab sekolah kan balik lewat. Masa buka tudung piuk... wap gulai yang mendidih tu terkena jari sehingga merah dan pedih jari ni. Saya cuma basuh tangan dan sapu ubat gamat.  .

Jari saya pedih bila bergesel ngan cincin. Mungkin lepas menaip saya tanggalkan tanpa sedar waktu gosok gigi. Dah tengah malam mamai gitu.

Ya Allah... syukur. Dah nazar nak puasa sehari kalau jumpa cincin. Abg.. tq sebab tak marah saya yang kecik chumel ni. Kalau abg pun marah ngan sape lak saya nak mengadu. Huhu... i love you.....

mencari cinta yang hilang

Tahun ni mengajar english form 2 ngan form 4. Pendidikan jasmani ngan sivik pun ada. Agak kebulur pagi ni mengajar banyak class sebelum waktu rehat. Kelas plak nun di tingkat 4. Saya rasa nak collect rm 3.00 je sorang. Untuk alas meja je dulu. Tak perlu deco yang mahal-mahal. Saya leh ejas bajet minimum untuk hasil yang tip top.

Tajuk entry ni takde kaitan dengan yang ditulis kerana saya tak mampu nak coretkan hal tersebut. Hati sedang berdoa. Oh sedih sekali.

Tuesday, January 1, 2013

listening to you

warm and cozy
I'm here. Listening to you. Seems like you are near...sitting next to me. Cause I can feel the warmth and comfy. 

Let's get through this together ~

2013... mari redahi bersama

Selamat tahun baru. 2013. Hari pertama di sekolah yang mengujakan!

Pagi-pagi lagi redah banjir. Ohhh... akan ku ingat moment ini.. pakai lawa-lawa. Pakai bagpack, kasut but getah, dan payung 1malaysia. Kalo ada wartawan snap gambar saya waktu ni leh dapat anugerah tokoh agaknya. Seb baik 6.45 tu gelap lagi takde orang nampak sangat. Smart kut pakai but coklat tuh. Sampai dekat kereta saya check dulu kaki takut ada pacat lintah. Euuwww... .

Jem teruk depan umah... jalan depan umah ni ada sekolah menengah, sekolah rendah dan simpang empat yang sangat lama traffic light nya. Setengah jam tu saya masih terkedek-kedek lagi sekitar depan klinik tu. Masa tu mata melirik ke tepi jeles tengok bapak yang ngantar anak nek motor. Kemain laju lagi dia gerak...huhu...

Bukan saya sorang je yang lewat... ada lagi 5 lagi ahli persatuan yang thumbprint bersama. Pagi ini cuak gak sebab ada pemantau. Namun saya yang mengajar pada waktu ke- 6 nampaknya terselamat dari di observe.

Skang ni undang-undang sekolah balik kul2.30. Bukan lagi pukul 2.00... Ingat nak tunggu kak lin cam biasa tapi merc ku ingin ditumpang oleh puan paduka. Dia dah ready kat pintu dan cakap nak tumpang balik. So terpaksa balik dulu... sayonara culind comel. Tolong simpan payung doraemon ku yang tertinggal depan bilik guru. Maklumlah lah banyak barang ku pikul tadi.

Sampai aje rumah... kuarkan kasut but dan redah lagi banjir. Siang ari ni malu la plak nak selak kain tinggi-tinggi. Huhuhu.. meleret basah sampai dalam umah.

Abg...sori saya selalu tido depan webcam. Mesti uduh sangat gayanya. Selamat tahun baru, moga tahun ini lebih indah, lebih bahagia.