tiba di attarkiah islamiah institute... besar sekolah ni... student dia sangat ramai... hampir 4 ribu... ada gak international students. ni antara sekolah agama yang paling mantap kat thailand. Sampai je kat sana... diorang rai kat depan pagar lagi... pastu depan pejabat diorang pakaikan lencana sekolah pada semua pelawat.
taklimat dalam bilik gerakan.. dengar ucapan pengetua dia... dan wakil kami ustaz saupi. Ada hidangan ringan... kuih-kuih dalam peket tu... dan juga air panas untuk mix dengan 3 in 1 sachet. Aku amik milo ngan satu sachet gula. Dan fulamakkkk... milo dia tak perlu tambah gula... manis...enak.. lemak berkrim... perghhh... khayal jap minum. Anak-anak jantan pun nampaknya cuba untuk seludup lebih milo siam.. taruk dalam poket nak minum kat hotel. Hahaha.. terasa jakun jap.
Nyanyi lagu kedua-dua negara.. anak-anak dari attarkiah nyanyi lagu rasmi thailand dan juga malaysia... terperasan aku hafal fasih gila lagu siam tuh... siap nyanyi kuat masa chorus... kompius budak-budak aku... tengok muka aku dengan penuh curiga. hehehe.. dulu kan ada bibik siam... pagi-pagi aku suka tengok chanel siam... setiap hari ada la 4 kali lagu rasmi negara tu dalam tv diorang...
ni galeri sekolah... mewah dan canggih.... cantik....
dessert yang aku amik... dua beledo santan.. satu kuih yang aku tak kenal.. ada rupa cam tepung pelita.. dan pisang untuk penghadaman yang baik....
dan tomyam yang super duper muahh!! satu periuk besar diorang sediakan... huiyyoooo...... rugi lak tak bawak tupperware. nak tapau...sedap sangat.....kata siamnya "aroi ching ching" (scrumptious) arghhhhh!!!!
oleh kerana dah santap nasi lauk ayam kampung kat surau mundok sebelum sampai ke skolah ni... saya ratah lauk je.. ni sayur campur...ada udang, brokoli dan cendawan telinga kera... ada gak amik kerabu white fungus. Yang merah tu plak..siakap sweet sour yang digoreng garing... bikin leleh liur je taip entry ni.
mengintai ruang makan student dia.... macam gudang besar... tomyam... pelbagai kerabu, colek, cendol, goreng-goreng... kantin skolah kita??? ader cenggini?
persembahan nasyid.. kalau nak tau... anak-anak jantan aku ni wakil negeri ke peringkat kebangsaan tau. memang best dan terlopong semua dengan persembahan ni..termasuk la aku.
persinggahan kedua... sekolah agama Darunsat Witya
anak mak yang ensem
No comments:
Post a Comment