Wednesday, October 29, 2014

print gambar murah 4R 30 sen



ok.. disebabkan banyak sangat aku jimat.. order kali ke 5 atau 6 dah rasanya. Memang murah sangat lah rasanya order printing dengan eoe ni. Kadang gambar lawa-lawa dan bermakna banyak sampai beratus dalam dslr dan smartphone tapi tak print. Tak semua tokwan dan tok ayah korang reti belek fb ngan instagram!

adik-adik..abang-abang mari sini print ngan eoe. Saya promote free dalam blog ni sebagai customer yang puas hati. hehehe..

gambar 4R yang sangat murah 30sen je sekeping. Betul!!! Kalau order lebih rm35 free postage.
Tips: akhir tahun nanti.. pilih gambar event for the whole year. Leh buat album tahunan gitu. Print sekaligus.


nak tau cara order printing dengan eoe?

pegi ke website dia
http://www.eoe.com.my

download dulu software- eoe photo express

dan sebelum tu kena log in.. register dulu id eoe korang ye.
bila dah download software.. pegi buka application tu. kuar cam gambar bawah ni. Abaikan gambar pengantin tengah makan tu.


bila dah log in.. tekan button --->Prints

sebaiknya korang asingkan awal-awal gambar yang nak print letak dalam satu folder. Senang... pilih "Select All" maka automatik sume gambar akan dipilih tak payah tekan satu-satu. Lepas tu tekan "next"

sini.. pilih saiz gambar.. kalau semua gambar nak buat saiz 4R, taip 1 kat ruang 4R dan klik "apply". Maka semua gambar akan set 1x4R... kalau ada nak duplicate leh ubah kat gambar yang korang nak.. taip 2, 3 atau berapa copy yang nak. Paham tak? Lepas tu klik "next"

ni contoh je ok.... kuar camni order details. Ingat ye.. order lebih rm35 free je pos. Jangan order cam kat atas ni.. beli 60sen pos rm5. Edit kalau nak ubah apa-apa maklumat pasal alamat. Pastu klik "next"

haa.. dia tanya boleh tak resize sekadar untuk saiz yang kita pilih tu. Ni untuk jimatkan masa upload. Ada la sikit perubahan warna which is.. ok je bagi saya. Lawa elok je gamba. Klik "yes"

then loading....
kalau dah 100% akan kuar invois cara payment.
Kalau hang software lepas 100% loading leh log in kat website dia balik ataupun jenguk emel.. invoice and cara payment diorg bagi kat emel gak.
Selalunya saya guna kad kredit atau cimbclicks. Kena inform kat emel diorang order@eoe.com.my. Kalau pakai maybank2u leh lagi senang terus pay to their maybank account.

2 comments: