Monday, January 7, 2013

ribut di hati

so called emoticon


Meeting untuk persediaan majlis perpisahan PK1... saya menguruskan rakaman dan juga buku program untuk majlis yang dijadualkan pada hari rabu ini. Lepas meeting bergerak ke rumah kak iz.. dia tak datang sekolah tak sihat. Lunch di rumahnya dengan dua ketul karipap dan segelas ribena. Edit buku program dan pening ngan macbook yang susah benar nak download software. Malam ni siapkan kertas kerja murid dan juga rancangan mengajar tahunan. Kena hantar pada Guru Kanan Bahasa untuk cek. Ribut dalam hati ni sehebat ribut taufan Sonamu. Tuhan saja tahu.

helpless...



Mungkin masih terbawa-bawa dengan emosi kala kerak bumi masih lagi melakukan gerakan tektonik.. tak stabil. Bila disuakan masalah menyebabkan hal tersebut bermain-main dalam fikiran, seperti tape lagu rosak yang berulang kali repeat chorus rock yang bingit.

Kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Rasa begitu tidak berdaya bila hanya mampu mendengar.. segala apa yang diucapkan tidak bermakna.. dan tidak membantu. Tiada kesan!

Sedang duduk menyandar beralaskan bantal. Belakang dah sakit sangat. Baru siap print handouts untuk kelas pertama pagi esok. Tak mampu lagi nak lelapkan mata.

Jika bukan dengan-Nya, dengan siapa lagi mahu meminta? Tiada apa yang mampu bangkitkan kamu melainkan diri kamu sendiri. Kamu tidak perlu pendengar yang tak berguna ini.

Sunday, January 6, 2013

mari membaca: Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya



Jodoh itu penuh keunikan.

Apabila semakin dikejar, semakin dia berlalu pergi.

Apabila kita hanya menanti, usahkan hadir, bayangnya juga belum pasti.

Kadangkala, antara jodoh dan nafsu, kita sering terkeliru.

Adakah dia jodoh ditunggu, ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu.

Kadangkala hadirnya tidak disangka.

Dia rupa-rupanya, jodoh untuk kita.

Rencam jodoh, manisnya dapat mendamaikan hati,

pahitnya dapat menghancurkan diri.

Misterinya dia, hanya Tuhan Maha Mengetahui.

Apabila dia menyapa, jodohkah namanya

personal time table 2013 (edisi 1)

MY TIME TABLE
Waktu tamat sesi ialah pada pukul 2.30. Untuk urusan tidak rasmi sila hubungi saya di waktu yang lapang. Sekali bah, sekali pantai berubah. Begitu jua jadual ini... setahun 4,5 kali ia berubah. Harap maklum.

Saturday, January 5, 2013

lonesome

Baru siap mop lantai dengan bantuan anak-anak asrama.... cecair pencuci lantai jenama ajax fabuloso ditaja oleh abg... tengssss. Panas lak ari sabtu ni. Lepas 10 minit je lantai sudah kering, wangi dan bersih. Leh berguling-guling dah atas lantai.

Tengahari tadi layan nasi goreng blackpepper ngan coconut shake. Kenyang sampai susah nak berjalan. Tapi skang... mungkin sebab bosan... nak sangat mengunyah sesuatu. Perut tak lapar pun.

Mungkin masa ni abg dah gerak ke tempat keje... pegi jauh.

abg imran ajmain. Hehe

Aiyooo... nak tido pun kejap-kejap ade je yang ketuk pintu.



rumah ke dua

Dah kat asrama... satu-satunya tempat yang ada wifi ialah kat ruang tamu bilik warden. Bilik tidur tarak....  Dah selesai sapu lantai dan buang sawang. Terasa luas sangat bila duk sorang-sorang. Tiada lagi peneman.. Tahun lepas si ros yang practikal IT tu temankan. Uhuhu... Lantai masih lum bersih.. perlu di mop. Pencuci lantai plak lum beli....

Ish... mau ke tidur sini malam ni.... Ke balik tengah malam kang. Bleh sangat ajak student teman. Tapi... saya  tak mau sangat rapat ngan student. Lebih-lebih lagi saya yang weng sama perangai ngan diorang. Nanti kurang plak hormat bila dalam kelas nanti.

Perut bunyik.. aii lapo nyerr.....

printer baru

Arini ke kbmall.... dating ngan lailee.... hobi baru kitorang ialah butik kecantikan kak norma. Cari bekalan kapsul collagen. Then secara tak sengaja abg pun datang gak. hehe... belanja abg cool blog, sundae...

Arini beli printer baru... yeyeye.... suka suka suka... 
HP deskjet 2000. RM95 aje.

Cuasa elok walau sedikit redup. Air depan rumah pun dah makin surut. Masih dalam kebimbangan banjir gelombang ketiga bakal menyusul.

Abg.... kerap sangat kan jumpa.... Tapi tak jumpa tak best lak. hihi.... 

Esok saya keje.. jenguk anak-anak asrama.. ada jamuan orientasi form 1.. untuk memperkenalkan warden.. uiii kena pakai lawa esok. Baru la nampak gojes skit depan anak-anak.