Monday, January 7, 2013

helpless...



Mungkin masih terbawa-bawa dengan emosi kala kerak bumi masih lagi melakukan gerakan tektonik.. tak stabil. Bila disuakan masalah menyebabkan hal tersebut bermain-main dalam fikiran, seperti tape lagu rosak yang berulang kali repeat chorus rock yang bingit.

Kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Rasa begitu tidak berdaya bila hanya mampu mendengar.. segala apa yang diucapkan tidak bermakna.. dan tidak membantu. Tiada kesan!

Sedang duduk menyandar beralaskan bantal. Belakang dah sakit sangat. Baru siap print handouts untuk kelas pertama pagi esok. Tak mampu lagi nak lelapkan mata.

Jika bukan dengan-Nya, dengan siapa lagi mahu meminta? Tiada apa yang mampu bangkitkan kamu melainkan diri kamu sendiri. Kamu tidak perlu pendengar yang tak berguna ini.

No comments:

Post a Comment