Saturday, January 12, 2013

layanz

azrul rashid






.

~hero dalam novel ini.. 

rocking saturday

First time handle perhimpunan asrama. Sebab ni hari sabtu... kul6 petang budak-budak akan berhimpun duk dalam barisan ikut dorm masing-masing. Saya berdiri di depan... dengan jeans (ampun mak), blaus purple, and sipar jepun baru beli minggu lepas. (siyes tak confident sungguh tanpa high heels!). Walaupun suara saya memang kuat leh dengar serata alam berkat latihan kawad, untuk nampak rasmi kena gak pakai heller. Oh sungguh beratttt heller itu.

Maka saya berceramah lah apa yang patut, serba sedikit tentang peraturan dan memperkenalkan diri. Ada sedikit riak galak anak-anak bila lihat saya yang bertugas. Maklumlah warden baru..suci dan tak mengenal erti marah dan mengamuk lagi. Tunggu la budak...sampai masa kalau tak pandai nak ikut peraturan, adalah yang jadi lauk kang. Tapi jika kamu baik dan berjurus.... kau akan ku timang manja dan di sayang-sayang selalu.




my bubbly bear

Abg dah gerak.... dan waktu pun jadi terlalu perlahan... menunggu hari khamis la plak.... wah wah waduh. Perasaan nya susah nak cakap. Apa ke pelik hakikat dunia sekarang. Jarak itu jadi kebiasaan. Terribbly missing you bubbly bear!!

garfield

Sudah berada di asrama. Hari ni lebih awal daripada biasa. Sebab ada sorang student yang baru mendaftar masuk asrama. Sampai-sampai je tadi dia dah tunggu... bersama mak ayah, barang-barang keperluan dan jugak sekor kucing dalam bird cage. Mak dia mengajar di Dabong terpaksa serahkan anak untuk tinggal di asrama. Sebenarnya syarat masuk asrama agak ketat tapi dalam kes ni kesian budak ni takkan la kena tukar bersekolah di Dabong plak. Alahai... anak sulung yang manja. Dia nak tengok kucing kesayangan sebelum masuk asrama. Kucing oren bernama garfield.

Layan citer 3 idiot... perut duk merayu nak kudap-kudap. Ada bawak biskut tapi rasa nak goreng pisang dan kopok lekor.....  selera dah mari nampaknya. Kalo ada orang datang hantar alangkah bahagianya. Tapi itu hanya mimpi di siaang hari pukul 4.00. 

perbentangan bajet januari 2013

oowhh..hart eteck!



Gaji januari yang bakal menjengah tak lama lagi akan menunjukkan kadar penggunaan yang agak tinggi unjurannya. Mari kita perhalusi bajet yang dibentangkan oleh Miss Lee.

1. Mekap: RM 0.00
 - time bertunang dah beli serba lengkap sampai membazir ngan bulu mata pelesu yang tak jadi dipakai.

2. Supplement: RM250.00
 - Nak beli lagi pure collagen, sarang burung pun ada dalam pemantauan gak.Tapi harus dalam kawalan bajet. Dalaman tu penting... untuk kesejahteraan bersama. PENAJA DIALU-ALUKAN! hiks!

3. Buku dan alat tulis: RM 50.00 
- Banyak dah yang dibeli so ini cadangan kalo nak beli lagi. 

4. Baju: RM350.00
- Nak beli sepasang lagi baju yang ready made. Baru je hantar jahit 3 pasang baju termasuk yang hantaran tunang aritu. Belum bayar lagi upah jahitnya. 

5. Kenderaaan: RM250.00
- Secara puratanya minyak kete dalam RM50-60 seminggu.

6. Topup: RM50.00
-Cukup kut. Fon baru takde lagi (sila kata kesian......)

7.  Makan: RM400
-Secara am kita letak RM7.00 sehari dan kadang-kadang kena belanja adik-adik makan, dan kadang-kadang ada orang belanja kita. Weeeeeeeeee~

8. Family: RM500
-Zakat buat keluarga. Itu je yang mampu. Untuk keberkatan. Harap dapat bagi lebih nanti


TOTAL: RM 1850.00

Pergghhh.... ni baru cadangan bajet terciput. Kalo beli kete mau amik keje part time ngaja tusyen cam dulu. Ok.. mari kita tengok adakah bajet ini bakal melebihi kawalan atau miss lee akan berbelanja dengan berhemah dan lebih jimat dari senarai ini. Tunggu dan lihat.


ni plak TERtengok dalam FB. RM100 harga nya. Pakai yang ni ngan jaket jeans or cardigan. Awww...  Cumel nyer..... Uhuk-uhuk... urm... tengok je lah....  wuuuuuu.. 

the unhappiest people

motivasi pagi ni

Dalam hidup ni.... memang kita perlu fikir pandangan orang lain terhadap kita kerana ia lebih telus dan mungkin boleh menyedarkan kesilapan yang tidak kita sedari. Tapi ada masanya jangan kita melampau sehingga memikirkan pandangan orang sehingga tiada apa pun yang positif pada diri sendiri. 

Anda hebat, anda adalah tersendiri dan special. Kalo tak special takde lah orang sayang kan. Kikiki


Tensen kredit 30sen celcom dah expired. Last topup masa dating ngan lailee minggu lepas. Tak biasa ngan tamat tempoh ni. Dulu pakai hotlink yang pakej student tu.... dulu lah.... yang kredit nya tak mampos2. Kalo pesen yang sms aje....  leh lah rm10 tu tahan pakai sampai 2 minggu lebih.

p/s: I'm the happiest person because I HAVE YOU. Abg... wt celcom family plus cecepat. Mlm 3G je. Bules?

Friday, January 11, 2013

hari ini

berhasil untuk makan spagetti bolognese dengan jayanya............

mood: :D