Saturday, January 12, 2013

perbentangan bajet januari 2013

oowhh..hart eteck!



Gaji januari yang bakal menjengah tak lama lagi akan menunjukkan kadar penggunaan yang agak tinggi unjurannya. Mari kita perhalusi bajet yang dibentangkan oleh Miss Lee.

1. Mekap: RM 0.00
 - time bertunang dah beli serba lengkap sampai membazir ngan bulu mata pelesu yang tak jadi dipakai.

2. Supplement: RM250.00
 - Nak beli lagi pure collagen, sarang burung pun ada dalam pemantauan gak.Tapi harus dalam kawalan bajet. Dalaman tu penting... untuk kesejahteraan bersama. PENAJA DIALU-ALUKAN! hiks!

3. Buku dan alat tulis: RM 50.00 
- Banyak dah yang dibeli so ini cadangan kalo nak beli lagi. 

4. Baju: RM350.00
- Nak beli sepasang lagi baju yang ready made. Baru je hantar jahit 3 pasang baju termasuk yang hantaran tunang aritu. Belum bayar lagi upah jahitnya. 

5. Kenderaaan: RM250.00
- Secara puratanya minyak kete dalam RM50-60 seminggu.

6. Topup: RM50.00
-Cukup kut. Fon baru takde lagi (sila kata kesian......)

7.  Makan: RM400
-Secara am kita letak RM7.00 sehari dan kadang-kadang kena belanja adik-adik makan, dan kadang-kadang ada orang belanja kita. Weeeeeeeeee~

8. Family: RM500
-Zakat buat keluarga. Itu je yang mampu. Untuk keberkatan. Harap dapat bagi lebih nanti


TOTAL: RM 1850.00

Pergghhh.... ni baru cadangan bajet terciput. Kalo beli kete mau amik keje part time ngaja tusyen cam dulu. Ok.. mari kita tengok adakah bajet ini bakal melebihi kawalan atau miss lee akan berbelanja dengan berhemah dan lebih jimat dari senarai ini. Tunggu dan lihat.


ni plak TERtengok dalam FB. RM100 harga nya. Pakai yang ni ngan jaket jeans or cardigan. Awww...  Cumel nyer..... Uhuk-uhuk... urm... tengok je lah....  wuuuuuu.. 

No comments:

Post a Comment