ini taugeh togey togeh or kace camboh |
Taugeh merupakan antara sebahagian dari sayuran yang
terdapat dalam bahan masakan seperti dalam masakan mee goreng, kuew tiaw goreng,
sayuran campur dan lain-lain lagi. Namun Tidak semua orang menggemari taugeh. Tetapi bagi yang menggemarinya, tentu
anda gembira apabila mengetahui taugeh mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan
termasuk untuk awet muda. Berikut merupakan khasiat taugeh:
1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan
sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya
ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan
punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi
sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan
kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan
taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara,
gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan
wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang
dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu
meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung
disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak
menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau
‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika
kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya
meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi
untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada
lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan
beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Lebih Muda
Taugeh juga padat
dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.
Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih
muda.
No comments:
Post a Comment