Masuk OT pukul 3 petang. Selesai operation kul7.30. Batu dalam hempedu berjaya dikeluarkan. Ketulan yang besar doktor amik..tak tau lah nak wat kajian ke simpan dalam muzium husm. Serpihan kecik dia bagi untuk wat souvenir. Kes chesu agak kronik berbanding pesakit lain yang sama menghidap penyakit ni. Hampir sebulan jugak dia bermastautin di wad 3 utara HUSM. Badan chesu sejuk cam ais kuar dari OT. Jadi terpaksa 'kuarantin' dulu... ada mesin khas untuk hangatkan dan stabilkan balik suhu badan chesu.
Masa saya sampai irdina menunggu di luar. Ayohsu sepanjang masa bersama chesu.. urut-urut bahu chesu. Sepanjang pembedahan bahu kanan chesu diangkat dalam tempoh agak lama. Saya dan mama ganti jap ayohsu yang nak gi solat..urutkan chesu....urut bahu.. irdina urutkan kaki dan halakan 'warming hose' kat kaki chesu yang putih pucat kesejukan.
tengah malam... chesu akhirnya ditempatkan di wad.. :)
Insyaa Allah..tempoh kritikal sudah berakhir. Cuma sekarang chesu bertarung dengan kesakitan kesan pembedahan dan kesan tebukan di saluran hempedu (tiub sudah berada dalam badan sejak 3 minggu lalu).
Insya Allah... Semoga semuanya selamat dan kembali seperti biasa.. :D
ReplyDelete