Tuesday, October 1, 2013

bernafas dalam lumpur... huk huk



Kata orang ujian ni datang untuk orang yang terpilih... orang yang Allah sayang...
Harapnya tak berpanjangan lah derita ni. Kuatkan hati ni untuk redha dan mengharungi segala dugaan ini. Tak tau pada akhir perjalananan ni dapat result camne kat akhirat. Harung je lah semua di dunia yang sementara ni ye dok?

hehe... tersengih-sengih aku tahan air mata. Siksa jugak dengan pekerjaan ni. Hati sedih muka tetap mau senyum maaa..... tapi leleh-leleh jugak saat ngan kaunselor jiwa...kak lin. Hei.. ko pun tumpang nangis sekaki.. teruk eh kaunselor. Huhuhu.  Sedih tau muka i nangis... mesti you'all pun sentap. Hati aku cukup kental selama ni. Tapi tersembam jugak dalam selut tebal. Lemas!

Sekarang ni pun aku ukir senyum... dengan diri sendiri pun susah aku nak terus-terang. kata cendikiawan senyum tu leh ubatkan jiwa. Kepala aku duk pusing-pusing dekpun... naik darah gamoknyer...

Dapat call tadi.. ada kursus esok.. 2 orang guru je. Yang student tu untuk hari khamis. Kertas untuk disemak ada bertimbun atas katil ni. Ada separuh lagi belum bertanda. Adik aku dah rengek-rengek nak tido sama-sama. Terpaksa alih kertas... tepuk-tepuk bagi dia tido. Budak ni memang buas tidurnya. Semalam gedebuk jatuh katil pastu nangis..kul 3 pagi aku angkat dia.

Allah..... permudahkanlah... entah apa lagi yang aku bakal hadapi. Kalau ada ujian... janganlah ujian itu menjauhkan aku dari nikmat beriman kepada-Mu.

No comments:

Post a Comment