Showing posts with label diary. Show all posts
Showing posts with label diary. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

kisah banjir di pasir mas (part 1)

pic part 1

rabu 24 disember 2014

Kul 8.00 pagi gerak ke umah tokpa...biasa lah cuti bencana banjir rantau panjang. Amik peluang stay umah tokpa. Dah sampai lemal.. diorang kata jalan dah takleh masuk.. sume kereta dah kena pindah ke area tinggi. Diorang sume amik risiko letak dekat bulatan lemal. Abang berhenti tepi jalan.. amik gambar untuk facebook mdpm. Aku dan anak melopong tgk lembu-lembu. Orang kampung tambat tepi jalan. Anak aku suka betul tengok. Air sungai melimpah mengalir perlahan atas jalan. Kg, Lemal betul-betul di pinggir sungai. Basah kaki aku kuar kereta.

Ingat nak redah jugak masuk umah tokpa. Best apa lepak ramai-ramai tengok banjir. Tapi abang larang... nanti susah nak kuar. Kereta jauh. Balik kuarters je lah.

Lepas hantar saya ngan anak... whatsapp adik ipar..katanya air masuk dalam umah. Diorang tungkus lumus angkat perabot. Dan semestinya bilik yang bawah tu bilik kami.... katil dan almari kawin. hohoho... abang terus kuar. Tolong apa yang patut. 

Lepas 3 jam abang balik.. katanya kereta nyaris rosak masuk air. Dia parking depan sek panglima raja. Lepas 3 jam tayar kete dah tak nampak. Tawakal je start enjin... vroommmm... pelan-pelan macam motobot. Terkejut tengok abang balik dengan kereta melekat rumput-rumput kering. Eh? Nombor plat kete mana bang?? hahahaha.. ntah hanyut ke mana.... dah dalam sungai kut.

Cerita abang lagi.. ada sedara yang datang menumpang umah tokpa. Ok lah tu... apa-apa hal diorang boleh tolong. So.. kami relax dan santai. Barang dapo takde.. tapi abang kata.. tunggu esok... kan cuti krismas..ada sale. Aku sengih bahagia.

bekalan letrik di umah tokpa dah putus waktu petang lagi. Tapi semua kata ok lg... harapnya sementara je. Tunggu air surut.

kul9.00 malam baru perasan... talian digi dan maxis jadi kong. 

kul10.00 malam. takde letrik! gulp. Cuaca... tak hujan. Jiran depan bagi salam. Mintak izin nak parking di halaman depan. 


khamis 25 disember 2014

disebabkan takde letrik kami tidur di ruang tamu.. anak takleh panas.. dia tido dalam serkup saji baby... dengan kipas kecik yang guna batery.

Kul3.00 pagi saya kejut abang.. bunyi bising.. bunyi macam... air berombak. Allah! Orang kampung kelam kabut keluar umah. Kereta motor semua bergerak ke tempat selamat. Air paras lutut. Rasa berdebar.. talian telefon semua terputus. Tak boleh berhubung keluarga.

Sabar. Tenang... tak pernah depan ni naik air. Agaknya stakat tu saja (paras lutut)

sambung tidur...

bangun pagi.. tengok jiran depan anak-beranak tido dalam kereta. Air paras pinggang!

Istighfar kami... Allah... bala apa ni?? Nampak JPAM datang ngan bot angkut orang kampung.. kami tanya.. area lemal camne bang? Jpam tu dari Baling, Kedah. Katanya sana dah lepas paras landasan kereta api. Nampak abang macam blur... terkejut. Camne lah mak ayah kat sana.

Friday, November 28, 2014

arjuna beta

dengar bait-bait lagu indah seorang ibu buat anaknya
entry ini saya tujukan untuk aniq... sudah hampir 4 bulan usianya... mengharungi hari-hari dengan penuh kekuatan

gambar dari instagram bondanya- mushu4411
aniq kuat sekental hati bondanya!

ubat yang dimasukkan melalui tiub ke kepala

superman kecil ketika pemeriksaan jantung dengan doktor pakar

gigih bonda hiaskan baby cot aniq.. comel kan

aniq.... auntie yana doa selalu.......

arjuna beta-fynn jamal

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela


ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata

semua tak serupa

Thursday, November 27, 2014

1st anniversary

Restoran Rangnok.. makan 2 orang... baby tak kira.. dalam rm50+ je. 4 jenis lauk


edisi throwback. Makan malam sempena anniversary... bawak baby sama-sama. Tempat selesa.. aircond.. seb baik tak ramai malam ni. Tempat ni biasanya penuh ngan agensi yang buat jamuan. 10 minit pertama je ammar duk dalam stroller... pastu dia jerit nak join makan sama. So kami gilir-gilir makan. Sorang dukung..sorang ngap.. sukati ko la ammar.. asalkan hepi. Meh ciom skit meh! Chup! chup!


abang... selamat ulangtahun ye... sayang abang so much!

hero sulung 3 bulan 5 hari

ni muka bangun pagi ni... cergas sekali... muka mintak cubit mintak cium!

ni masa balik dari airport... carseat dah beli tapi belum pasang. Hahaha... seb baik ammar berat. Elok je baring tak tergolek ke mana-mana.



Sudah 6.1 kg. Ada sikit demam ngada-ngada lepas nurse inject. Teruslah jadi anak yang baik... sihat.... beri kegembiraan pada mama dan papa. Kena jadi baik tau... nanti ada adik kena bimbing adik lak nanti. Waittt... adik? muehehehe.... lek lu.... lek lu....... mama papa nak honeymoon lagi. Awal tahun duk mabuk muntah bawak ammar dalam perut. Next year mama nak pusing malaya!

Wednesday, October 29, 2014

cekam kuku @ cagu... adoiii sakit

masa aku duk dalam pantang aritu... memang susah ler nak bergerak.. lebih-lebih lagi masa luka lum baik. Nak berjalan pun terkepit-kepit. Aku tak dapat nak potong kuku kaki sebab susah nak angkat kaki. Akhirnya ibu jari kaki seblah kiri... kukunya sampai tercucuk dalam isi.. maybe sebab selalu sangat korek kuku kaki sebelum potong... daging jadi tumbuh kat tempat kita korek tu.. bila kuku panjang mulalah tercucuk. Aku dah try potong tapi ada lagi yang tertinggal dalam daging.. dah terlambat sebab dah bengkak. Sakit bila tersentuh.




Dan sakitnya ibarat ada jarum dalam isi... bengkak dan bernanah. Nak masuk toilet slalu je elak pakai selipar sebab takut selipar tersentuh jari kaki. Mau meraung. Masa solat pun pernah tersebut "aduh!" tak sengaja sebut sebab terlipat ibu jari masa tahiyat akhir tu. Sebulan kot aku duk tahan sakit. Bila duk google.. diorang kata doktor bius dan kuarkan darah serta nanah. Seram aku pikir.. cukup lah bius beranak tu je.

Apa yang aku buat.. masa sakit sangat aku tenyeh alkohol luka kat ctu. Dengan jarum aku cucuk-cucuk sikit... kuarkan nanah setakat mana yang boleh.. selalu nya 2,3 titik gitu je kuar. Dan hooooo.. sakit lahhh...

Semalam sakit tu dah macam agak neutral ke sebab aku dah biasa? Aku perasan yang bengkaknya dah surut. Last week masih lagi kebiruan. Risau gak kang sampai gangrene.. potong ibu jari. Seram doh. Aku try potong skit-skit kulit yang cam gelupas kat situ. Guna jarum cucuk-cucuk.. eh.. tak de nanah.. tapi masih lagi sakit bila tekan tempat tu. Cuba korek-korek lagi celah kuku tu. Bengkak surut senang lah korek. Dalam sikittt je. Jeng jeng jeng... hujung jarum aku jumpa something. Serpihan kuku sebesar anak semut! Siyes! This tiny winy toe nail debris yang buat aku sakit gila! Lepas aku kuarkan terus ilang sakit kaki yang aku duk tanggung sebulan lebih ni.

Allahuakbar... syukur Alhamdulillah. Allah uji dengan serpihan kuku camtu pun aku tak tahan. Buatkan aku rasa sangat bahawa aku hamba yang sangat lemah di sisi-Nya.

Tuesday, October 28, 2014

entry kucing: pergilah sayang




kuserahkan dua haiwan kesayangan ni kepada Chesu. Berat hati. Rindu bagai nak pitam. Kadang aku panggil-panggil nama dia setiap kali duduk depan tv.

Bukan ini yang aku mahukan. Bukan ini yang aku niatkan. Dek kata-kata  orang yang entah apa dihatinya... aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Ya Allah, semoga penjaga yang baru ini akan menyayangi mereka sepenuh hati. Pergi lah sayang... pergi jauh.. moga di sana tiada lagi yang berkata nista.

Puas hati kamu?



Thursday, October 16, 2014

aidiladha 2014 kini bertiga..yeay



Masa ni aku dah abis pantang 40 ari tu... Bahagia habak hang. Raya korban ni family wat akikah baby. Alhamdulillah Ammar dah ada kenderaan di akhirat nanti. Besor lembunya. Gambar yang kat bawah ni adalah gambar pertama 'bertiga'. Monyok skit abang sebab tokP lorat nak pegi semelih lembu. Abang kena ikut sama melapah lembu.

Hari yang sibuk serta penat. Semua duk keja potong dan lapah daging. Edar daging kepada jiran-jiran. Aku plak setia di sisi Ammar 24/7 menyusu. Walaupun tak banyak macam susu lembu tapi bulat elok je anak mama. Dalam gambar ni tak nampak bijik mata dah. Ammar silau..tak suka cahaya terang. 

Dan demikian malam harinya semua tertidur awal. Cancel date nak nonton 'Penanggal'. Kami laki bini dah nonton kt GSC masa honeymoon dedolu. Mahal tiket sebab tayangan pertama gitu. Muvi tu ok gak la.. Seram dan berfalsafah sastera melayu lama. Kadang-kadang bising jeritan penonton bila nampak lurah si fasha sandha. Hoho. 

Salam aidiladha :-) 






Tuesday, September 23, 2014

kerana sekeping kobis

gambar ni tak lucah kan... kan....

perghhh... perit betul. Sekali kena memang next time kena beware. Sakit sangat kut bengkak susu ni. Saya sebenarnya sangat gigih mengepam susu siang malam demi simpan stok.. buat nya anak jantan ni isap abis susu badan.. terpaksa top up lagi ngan susu yang simpan perah dalam peti ais. Haaa.. tu pasal la budak tu cepat tembam.

kejadian semalam anak meragam susah nak tido.. maka pukul 4 petang dia lelap saya dan suami biarkan aje dia tido sebab penat melayan. Asyik nak berdukung manjang... dan berat mengah jugak nak dilayankan. Sepatutnya dia menyusu pukul 5 petang tapi terbabas tido lena sampai maghrib. Saya plak sibuk kat dapur pastu borak ngan abang depan tv. Rasa breast dah padat ngan susu.. tengok anak lena tak sampai ati nak kejut. Nak pam terasa malas.

Pukul 7 lebih saya cuba susukan.. macam marah-marah je baby masa isap seblah kanan.. belah kiri ok je... end up breast kanan maintan berat. Saya biarkan lagi.. rasa ok pe kalo susu banyak.

Mula kul8 lebih saya rasa sakit.. amik pam.. aik... tak kuar susu kat belah kanan yang berat tuh. Apehal ni.. uihh... sakit denyut-denyut...

Duk layan sakit tu baby saya bagi susu yang dah diperah. Seb baik ada stok 4 botol. Sementara tengah sakit ni boleh lah anak menyusu kenyang. Ada terdetik jugak.. kalo takdirnya setakat ni rezeki anak aku menyusu badan... ishhh... no no no... takleh give up!

Saya tuam ngan towel panas.. sakit.. tapi tahan aje lah... tak jadi. Makin sakit.. kepala tetiba rasa menyucuk-nyucuk. Kul 12 malam masuk bilik tido.. kipas perlahankan no.1 aje... selimut ngan comforter... badan gigil. Abang pegang.. huh.. panas katanya. Saya demam. Tu dia... bengkak susu ni betul leh jadi demam.. saya tak sangka sepantas ni demamnya.

pagi esoknya saya mula godek cari petua... call mama.. call ibu.. call tok bidan. Macam-macam benda yang diajar. Salah satu nya daun kobis. Amik daun kobis fresh letak dalam bra. Emm... rasa cam merepek je tapi try jugak sebab dah tak tahan sakit. Tengahari tu masih demam menggigil... saya mandi ngan air suam. dan try tepek kobis tu... dalam sejam saya tukar plak kepingan kobis tu. Kobis yang sejuk tu jadi panas... dek panasnya badan saya yang demam. Layu daun tu sebab basah.. tak paham gak camne daun leh jadi basah kuyup gitu.. peluh kut.

saya periksa breast.. eh... dah takde ketulan yang sakit gila tu. Rasa senak dan sakit masih ada skit-skit. Saya susukan anak... cakap ngan anak... tolong isap kuat skit bagi hilang sakit mama... anak menyusu sampai tertido. selang setengah jam pastu saya pam.. wooo... banyak susu dari breast yang bengkak tu. Dah sembuh agaknya. Alhamdulillah...

call abang.. bagitau malam nanti tak payah pegi klinik

Monday, September 22, 2014

nafsu membara si ibu pantang

hari ke 32 berpantang. hmmmmmm...... baby mama dah labuh pipi... geramnya tengok. heeee... 30 hb nanti kita kuar ye sayang. Mama abis dah pantang masa tu. Kita gi shopping ngan papa ye.. yey

Di samping shopping ingin sangat makan mende yang dilarang sepanjang pantang. Berikut adalah senarai makanan yang terasa cam nak sangat. Ada yang betul-betul sedap ada yang merepek sebab lama sangat pantang. fyi... saya berpantang sesetengah makanan ni sejak 5 bulan kehamilan gara-gara GDM.
oh maiiiii..... 



ambe nok makan ni

1. goreng pisang yang depan hospital lati.
2. lok ching (keropok ikan bakar cam sate)
3. telur goreng mata (telur kuning separuh masak)
4. pau kari ayam depan hospital kb
5. famous amos choc butterscotch
6. fish n chip manhattan
7. chicken chop malis
8. nasi lemak ayam bakar
9. tomyam udang besar sri lemal
10. daging goreng mama.


malangnya air sejuk (ais) belum lulus lagi sehinggalah hari ke-100. Allah tabahkan lah hati hamba-Mu. Sedapnya cendol... sedapnya milkshake... air nyor... baskin!!!

Ya  Allah... cobaan......


Friday, September 12, 2014

coret hari ke-22 berpantang anak sulung

tengah menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Never thought the best thing ever happen in my life is the motherhood! Segalanya berubah---> lebih baik.

Rutin hidup berubah. Tambah-tambah tengah berpantang dengan newborn ni. Menyusukan anak, tukar lampin, berurut, bertungku, dan lain-lain. Setakat ini Ammar tak banyak ragam. Cuma cepat jugak dia menembam. Berkat susu ibu Alhamdulillah.

Banyak kali usap perut... sekarang rindukan saat dia dalam perut... gerak dan tendangan manjanya. Saya terkenang saat pertama buat UPT test, muntah berbulan-bulan... loya sampai takleh masak dan tengok bawang, berat membawak perut, sampailah saat genting bersalin. Tiba-tiba rasa betapa semua begitu pantas. Sayang... mama redha dengan semua tu dan mama sangat gembira dengan kehadiran kamu.

Pujian juga buat abang yang sangat bersabar dan bersama dalam susah dan senang. Abang suami terbaik! Saya punya kekurangan dan abang melengkapi. Semoga hubungan kita sehingga ke syurga. Saya cintakan abang.

Pergerakan masih terhad kerana luka jahitan... walaupun sudah hampir sembuh saya masih tak sanggup sentuh luka tu. Cuma saya pastikan tempat luka tidak dibiarkan basah dan selalu sapu ubat guna kapas. Sentuh pun tak.. apatah lagi intai tengok... emmm.. luka tu hampir 40 minit dijahit. seram....... yang penting elakkan duduk bersila... bila takleh bersila susahlah nak wat keje cam tukar lampin, mandikan baby.. dan nak buang air besar pun sampai nangis.

Anak mama..Ammar.. budak baik.. terus lah jadi anak mama yang baik... yang tak banyak ragam... semoga banyak rezeki susu untuk Ammar... mama doa setiap hari.

------------------


Hati agak terkilan dan sedih saat ini bila mengetahui sesuatu... kata-kata telah dilemparkan untuk menimbulkan ketegangan antaraku dengan individu lain. Aku tak ada daya untuk melawan. Andai kau menang dengan sorakan syaitan memuja kehebatan kau membakar api sengketa... tahniah. ALLAH lebih ADIL... mengetahui setiap di dalam fikiran dan hati manusia. Aku dianiaya saat aku amat memerlukan bantuan emosi dan fizikal. Aku bukan malaikat untuk mengaku sempurna... dan juga bukan sehina yang kau khabarkan.





Friday, September 5, 2014

muhammad aniq aisy

Nama yang indah... Pemilik nama yang istimewa.. Terlalu dekat di hati dan terlalu dicintai.





Permata sulung sahabatku kak Azlinda.... Aniq dilahirkan istimewa. Tidak dijangka oleh ibu... abah... Dan juga tidak dikesan keistimewaan itu sepanjang 9 bulan dalam kandungan ibu. Kedua belah tangan tidak terbentuk sempurna... Aniq juga mempunyai pelbagai komplikasi lain yang kronik. Hari pertama sahaja sudah ditebuk perutnya kerana saluran najisnya tiada. Tiada susu ibu disuakan di mulut kecil itu kerana saluran makannya tidak bersambung ke usus... Susu diberikan selepas 2 minggu melalui satu lubang pada perut. Dan leher pula ditebuk untuk mengeluarkan air liur. Jantungnya juga dikatakan berlubang.

Hanya berhubung dengan whatsapp. Aku menerima kiriman gambar dari kaklin yang cukup meruntun hati. Allahu Akbar... Allah menguji kak... Tabah lah.

Muhammad Aniq Aisy selepas pembedahan pertama.


Susuk tubuh kecil yang lahir dengan berat 1.68kg itu dipenuhi wayar dan jarum. Dia kuat... Berjuang dalam setiap nafas.... Kadangkala menangis bila terbau kehadiran ibu.

Dia belum mengerti apa-apa...


Muhammad Aniq Aisy.... Yang membuatkan aku kuat sewaktu dalam kesakitan. Aku sentiasa membayangkan tubuhnya yang menanggung lebih banyak beban sedangkan dia tidak jua berdaya untuk mengeluh dan meraung kesakitan.

Melihat anakku Ammar Zafran aku terkenangkan Aniq. Umur yang hanya berbeza sebulan. Ku doakan kau sejahtera dan dirahmati. Semoga Allah meningkatkan darjat dan keimanan ibu dan abah dalam menghadapi dugaan ini.

Wednesday, September 3, 2014

menyusu bayi pertama kali

Antara perkara yang dirisaukan para ibu yang pertama melahirkan anak pastinya berkenaan susu badan. Saya mulanya ragu-ragu juga. Sepanjang mengandung beberapa kali cuba untuk keluarkan susu badan. Saya cuba picit, beli pam elektrik dan cuba pam. Cubaan dengan pam elektrik kali pertama waktu kandungan 8 bulan... Ada cecair jernih yang sedikit melekit. Saya cuba mencari info... Hasil pembacaan katanya ibu akan menghasilkan susu yang dinamakan kolostrum pada awal kelahiran bayi. Susu ini hanya dalam jumlah sedikit dan sangat penting kerana mengandungi zat yang sangat tinggi. Saya pun berhenti dari memicit susu.. Kang abis lak kolostrum kesian baby.

Kunci kejayaan penyusuan susu badan secara eksklusif ialah dengan berfikiran positif. Fikir bahawa kita akan menyusukan bayi. Tiada makanan lain untuk bayi hanya susu badan sahaja. Walaupun tiada susu pada saat bayi baru lahir teruskan memberi kepada bayi. Ransangan hisapan mulut bayi lebih baik dari pam elektrik. Lama kelamaan keluarlah susu tu... Tenangkan fikiran dan jangan panik.

Sebaik sahaja uri dikeluarkan badan akan cuba menghasilkan susu badan. Pengalaman saya sendiri... Setelah bayi dibersihkan dan diazankan saya diarahkan nurse untuk terus menyusukan bayi. Walaupun penat dan kekok pada awalnya. Saya tak pasti waktu tu susu ada atau tidak namun bayi saya menyusu setengah jam tanpa henti. Dan beberapa kali selepas itu saya cuba lagi menyusukannya.

5 jam selepas itu bayi berak.. Najis hitam yang tidak berbau. Nama saintifiknya meconium. Itu ialah najis pertama hasil makanannya dalam perut ibu. Saat tu saya yakin saya berjaya hasilkan susu kerana kolostrum lah yang meransang pembuangan meconium.

Kenapa saya tak nampak susu keluar? Bayi cukup kenyang ke? Pedulikan persoalan tu. Perut bayi yang baru lahir sebesar guli je. Satu sudu susu pun dah cukup banyak dah... Jangan gatal nak bagi susu formula.

Hasil perahan pertama susu badan saya dapat 1oz... Hari ketiga dapat 2oz... Makin lama makin banyak. Jaga pemakanan.. Banyakkan minum air. Allah buat yang terbaik dan dia yang bagi rezeki pada anak. Yakin lah pada Allah.
Hasil pertama 1oz.. Huuu... Teruja nampak susu kuar. Dapat sebanyak ni pun baby isap trus lelap. Kenyang dah....


Hari ke 9 baru saya mula berurut dan bertungku. Susu badan banyak sampai lencun baju. Alhamdulillah.

Tuesday, September 2, 2014

kisah bersalin sulung (part 3) finale

khamis 21 ogos 2014
Hari ni jangkaan tarikh bersalin yang tertera di buku pink. Pukul 8 pagi cam biasa para doktor ronda-ronda wad. Pakar O&G doktor akim (bukan nama sebenar) yang pada mulanya sangat saya suka sebab ensem... tapi pada hari tersebut saya rasa menyammmmmpah sangat. Rasa cam nak sumbat selipar je kat mulut dia. Disebabkan saya terlampau stress terkurung dalam wad.

"Yana ada kat sini lagi ye... hmmm... takde katil kosong lagi kat labour room... kita try tengok lagi ye pagi ni. Lama dah awak kat sini.. kesian..."

Sentap jiwa dengar "kesian~" tuh. Bila je geng-geng doktor tu blah saya pusing badan. Nangis... memang haru punya nangis. Sesambil whatsapp abang. Abang dah kerja ari tu.. ye lah dah banyak ari dia teman di hospital... Saya mengadu pada abang.. nak lari dari wad tu. Nak pegi kat hospital swasta.. nak cepat-cepat bersalin. Sakit ati dan segan duk sampai seminggu dalam wad tahanan tu.... saya yang paling veteran kiranya...

Tengah menangis dan hingus penuh di hidung... terdengar akak misi panggil

Liyana... siap-siap ye.... gerak ke labour room kejap lagi.

HAH!!! betul ke ape aku dengar ni?? dah sampai masanya! Apa lagi sepantas kilat saya call abang, kemas barang.. yang mana sepah dalam laci saya sumbat dalam plastik je. Gi mandi kasi wangiiii... langkah penuh bergaya ke labour room.. ceyyyy (saje tokok tambah citer)



Disebabkan saya request epidural... saya pun kena la masuk bilik tu. Rupanya pesakit dengan epidural akan duk dalam bilik khas.. dari awal sampai lah teran anak.. kena duk situ.

Epidural? Apa tu?

Sebelum ni banyak dengar cerita seram tentang epidural... ye lah.. teknik bius kat tulang belakang.
Disebabkan ada sorang kawan baru je bersalin dengan kaedah ni saya beranikan diri untuk mencuba memandangkan saya akan melalui induce yang lama dan menyakitkan. Terpaksa induce kerana saya masih tidak mengalami contraction dan bukaan baru 3 cm. Ibu hanya dibenarkan teran baby bila bukaan 10cm.

Saya dibius oleh seorang doktor india yang sangat comel dan sopan percakapannya. Saya disarungkan baju biru yang terbuka sikit di belakang.. bra kena lah buka yer... disuruh peluk bantal dan bongkokkan sikit badan. Ada menggigil skit sebab takots sangat kan. Doktor spray cecair yang agak sejuk.. betul-betul kat tulang belakang. perghhh... berdiri bulu roma. Kat situ kalo orang sentuh pun rasa geli. Doktor bagitau setiap step yang dia akan buat. Masa inject terkumat-kamit saya berdoa... ada rasa cam letrik mengalir je once cecair epidural tu terjah kat saraf. Aik.. cepat je. Takde lah seram macam yang dibayangkan! Bukanlah cucuk sampai kena tulang tapi selaput spine aje.

Ada wayar halus di tempat dicucuk tu bersambung ke mesin epidural. Kata doktor dos epidural tu boleh dilaraskan... kalau sakit sangat doktor akan cuba tambah dos.. tapi tengok keadaan lah.. tak boleh suka hati jugak.

nampak tak wayar halus tuh... haaa.. epidural lah tu.... pic from hp abang

saya col suh abang masuk cecepat.. sarungkan stokin.. tak tahan sejuk..


Nurse masukkan drip kat tangan kiri.... 2 jenis cecair sumbat kat situ. Satu cecair induce.. satu lagi air yang biasa masuk kat patient tuu... sebab saya tak boleh makan apa-apa dah once masuk sini. Katanya... 7-8 jam saya akan terperap... tunggu induce tu buka jalan sampai 10cm.

Doktor buat ARM.. pecahkan air ketuban... dari masa ke semasa dia "cek jalan" kata omputehnya VE. Disebabkan epidural saya dah tak rasa apa-apa masa VE. Ditemankan suami tercinta... kami harungi hari yang panjang itu bersama...  waktu mula induce pukul 9 pagi.

Contraction bermula

Pukul 3 petang... bukaan 5 cm.

Pukul 6 petang... bukaan masih 5 cm!!doktor pun terkejut bila bukaan takde progress ingatkan dah boleh mula teran dah...  masa ni komplikasi mula jadi. Saya mula rasa contraction yang sangat-sangat sakit. Mata saya tertutup rapat. Badan saya menggigil sejuk yang teramat! Saya tak dapat rasa kaki dan tangan.. terlalu sejuk...macam beku. Abang dah mula panik. Doktor tambah dos epidural. Saya tak mampu bercakap. Tapi saya sedar dan dengar semua. Apa yang dinamakan contraction itu mula saya 'nikmati'. Betullah cara induce ini menyakitkan. Bukanlah maksudnya bersalin normal tak sakit. Induce tak membenarkan saya berehat dari sakit. Baru je 2 kali tarik nafas sakitnya datang... tarik nafas.... sakit datang... sakitnya bagaimana? yang dikatakan ibarat 20 tulang dipatahkan serentak... dan begitu lah azab yang saya lalui dari pukul 6 petang sehingga jam 11.30 malam!

Epidural sudah tidak mampu menahan kesakitan tahap tertinggi tu. Adoii lah.... tapi tanpa epidural saya akan menderita sakit dari pagi lagi.. kira ok lah kan. errr...

Saya sempat bersuara perlahan... dalam suara terketar-ketar mintak maaf dengan abang. Ingat malam tu dah sampai dah ajal.

The baby is coming!!

Bukaan dah capai 10cm pada tengah malam dan saya sudah separa sedar langsung tak bertenaga. Doktor suh teran saya teran cam nak kencing je. Masa tu saya redha kalau doktor nak bedah. Saya cakap.. saya tak larat.. tak boleh ke forcep atau vakum (terpengaruh ngan citer 3 idiots sebenarnya). Doktor cakap.. saya akan ambil forcep jap lagi tapi muka baby akan cedera lah. What???? No way... ok.. mama teran kuat-kuat kayyy.. takmau anak mama cedera. Abang setia di sisi bagi sokongan moral.. usap kepala... baca doa... doktor mula penuh di kiri kanan..

Tepat pukul 12.15 pagi... hari jumaat 22 ogos.. putera sulung mama Ammar Zafran dilahirkan. Doktor tarik trus letak atas perut. Abang cium dahi.. saya nangis... tanya abang... tengok anak!! tangan! kaki! cukup tak sume jari?? Abang kata sume ok. Tetiba doktor plak cakap.

Baby flat! Biru.. bawak ke bilik sana cepat! 

Rupa-rupanya baby lemas sebab lama sangat teran. Baby kuar diam je. Saya makin kuat menangis.. tapi doktor cakap semua ok. Abang pujuk.. pegang tangan... sambil doktor proceed jahit apa yang patut. Masa jahit tak sakit kerana kesan epidural. Lama gak jahit tapi saya tak tanya apa-apa... tak cakap apa-apa... risaukan anak...

Lepas setengah jam... nurse bawak baby.. Ya Allah.... comel.... abang terkulat-kulat tak reti pegang.. nurse suh azankan. Kemudian letak di sisi saya.... saya susukan untuk kali pertama.

assalamualaikum.... ammar zafran


after all.... saya tak rasa serik pun untuk bersalin lagi. Subhanallah.... indah.

Tuesday, August 26, 2014

kisah bersalin sulung (part 2)

sabtu- 16 ogos 2014
pukul 10 bergerak ke kubang kerian...  sebelum serah diri ke wad... pusing-pusing dulu dalam mydin. Capai sikit-sikit barang untuk kegunaan dalam wad. Konon nak abiskan 2 jam dalam mydin.. heh.. cakap besar je. Setengah jam jalan semput kut. Mata meliar cari kusi je... Kejap-kejap nak duduk. Abang jalan laju je... selalu tinggalkan mak buyung (sebenarnya saya yang lemah gemalai jalan).

Then... register nama di kaunter kecemasan HUSM. Ari sabtu kaunter pendaftaran yang biasa tidak dibuka. Bergerak ke wad 2 Akik. Ooo.... aircond.. best.... apesal tak ramai ni? Rupa-rupanya ni wad khas untuk golongan yang ada kes- GDM, hypertension, jantung, kembar dll. Wad ni tak benarkan peneman berada di sisi kecuali waktu melawat sahaja iaitu kul12-1 tengahari, dan kul 5-7 petang. Jadi abang hanya menanti di bilik menunggu (lelaki) dengan pas khas. Jenguk saya waktu melawat sahaja.

Malam pertama di HUSM sekali lagi scan baby...amik darah...  merasa kali pertama apa yang dikatakan "seluk" yang menakutkan tu. Seluk atau vaginal examination (VE) adalah igauan ngeri bakal ibu di hospital. Hehhe... terkenang....

alat CTG... tengok heartbeat baby dan kadar contraction




the kuning ward



ahad- 17 ogos 2014
pukul 8 pagi VE dilakukan dan doktor mula induce dengan ubat jenis pil. Menangis time VE sebab memang dilakukan sedikit kasar untuk ransang bukaan. Tengok glove doktor penuh darah aiiii.... seriau mak. Ransangan bukaan tu buatkan saya merasa sedikit contraction dan jugak terkepit-kepit berjalan ulang alik toilet. CTG dilakukan lepas sejam induce tengok bacaan contraction. Abang datang kul 1 waktu melawat saya berpeluh satu badan. Tahan sakit. Hasil induce dengan pil tu... bukaan 2cm pada kul8 jadi 3cm pada pukul 2. Hek eleh... 1cm je??? sakit kemain. Darah keluar berketul-ketul dari pagi hingga malam...

Masuk waktu maghrib sakitnya hilang. Dapat tidur malam dengan best sekali. Prosedur ARM untuk bersalin belum dapat dilakukan kerana keadaan saya belum bersedia.



isnin-18 ogos 2014
pagi bermula dengan VE lagi. Adalah sedikiiiit kurang sakit berbanding sebelumnya sebab rahim sedikit lembut. CTG dan tekanan darah diambil berterusan..... dan selama saya dalam wad... saya diberi diet khas untuk masalah GDM. Tu yang sangat sedih..... tak sedap betolll.

Oh ye... disebabkan saya akan bersalin cara induce. Doktor tawarkan epidural untuk mengurangkan kesakitan.. kata orang.. induce sangat sakit. ye kerr?

Bibir sangat kering. Mengelupas teruk sebab duk dalam aircond berhari-hari. Anta pic ke whatsapp abang.. gambo barang... pesan suh beli vaseline petroleum jelly. Ok skit lepas sapu kat bibir.


kesian abang... macam-macam pesen gaya menunggu... lama amik cuti teman bini dalam wad

selasa-19 ogos 2014
Abang beli burger zinger KFC. Makan sambil nangis sebab tacing sangat.. huuuuu... sedapnya.... masih terperuk dalam penjara aircond ni.

rabu-20 ogos 2014
Muka masam. Hati sakit. Saya protes takmau VE. Sebab dah beberapa hari doktor janji nak masukkan saya dalam labour room tapi asik full aje. Baby sangat sayangkan mama.... dia memang tak mau lagi mama rasa sakit. Memang contraction tiada sejak isnin... ahad tu pun sebab induce pil.


Sunday, August 24, 2014

kisah bersalin sulung ( part 1)





rabu- 13 ogos 2014,
saya ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan rutin (antenatal). Alhamdulillah HB darah dah mula stabil lepas saya berdisiplin dengan ubat. Namun hasil ultrasound doctor kesan air ketuban kurang.. katanya kondisi ni namanya "oligo"... haaa... sedap namanya. Kadar air ketuban yang molek ialah 8.0. Tapi bacaan saya menunjukkan 7.23... Konon saya perlu pergi segera ke hospital dengan ambulan. Tapi saya berkeras takmo lagi dengan alasan baby masih aktif. Saya yakin dan saya tawakal. Hati saya sangat kuat menentang. Doc izinkan...syarat kena gi awal pagi. orait!

khamis- 14 ogos 2014
awal pagi ke HUSM, dengan beg 1 beg baby dan 1 bag mummy. Tunggu di kaunter O & G. Agak lama juga tunggu turn. Akhirnya sampai giliran... diperiksa oleh doctor pakar lelaki... err... foreign. Abang tercengang jugak tapi pemeriksaan ultrasound je bukan pemeriksaan intim.. hihii....  Hasil dengan peralatan hospital yang canggih itu.. bacaan air ketuban ialah 6.40. Lagi kurang dari yang klinik kesan! Gulp! pucat gak masa tu. Doctor Abdullah berusaha bercakap dalam bahasa melayu walaupun saya respon in english. Respect. Katanya suh masuk wad... induce and beranak hari tu jugak... bahaya...

Kami laki bini blur... takut wei... tapi pastu doc suh cek ICG (heartbeat) baby.. tengok kalo stabil.. leh delay lagi admit ward..  CTG amik masa dalam 20 minit. Saya tertido.. sebab lama kut kat hospital. Saya penat. alhamdulillah.. baby godek2 gerak bagus. Keputusan- perlu serah diri masuk wad hari sabtu. ahad buat operasi.

jumaat- 15 ogos 2014
ke bandar... melampiaskan nafsu makan di tempat-tempat yang dikehendaki tanpa bantahan dari suami tersayang. Heaven!! juga solat hajat (berdua je). mohon dipermudah... sebab semuanya di tangan Allah.

Monday, August 11, 2014

tanda-tanda hampir bersalin

bila yer dia nak kuar??

Tinggal sepuluh hari lagi jangkaan hari bersalin... tapi kalau lagi cepat lagi bagus. Benda yang kita sakit dan takut biarlah cepat berlalu. Dan memang tak sabar nak tengok baby sulung ni. Setakat ni benda yang saya duk ngidam sume abang dah penuhi... emmm.. hampir semua. Cuti rehat bersalin saya request awal-awal.. kiranya seminggu awal. Tak larat dan takde mood langsung nak kerja... bawak belon besar ni kehulu kehilir. lagipun risau nak turun naik tangga kerap sangat. 

Hampir setiap hari saya google tentang hal bersalin... cuma video bersalin je tak tengok... dulu-dulu time duk blaja kat u adalah tengok gak. Start ngandung ni tak mau tengok... takut... kalau teringin sangat pun stakat tengok video perkembangan baby dalam rahim. 

Setakat ni saya mengalami sakit belakang, sakit kat bawah tuuu bila berjalan, perut nampak makin rendah keboyotannya, keputihan, kontraksi ringan tengah malam, kerap kencing, dan muntah bila makan berat. Lusa pegi klinik kesihatan..... harap sangat kesudahannya saya terus naik ambulan, pegi hospital dan terus beranak! banyak cantik.... macam la mudah..... kata orang hazabnya akan dikenang sampai hujung nyawa... 

Baby.... mama nak sangat tengok baby..... 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



1.Sakit Belakang-

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil.Dalam masa yang sama, ia juga menjadi petanda awal kelahiran.Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat.Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang.keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan beralih kedudukan dan menekan tulang belakang.

Sementara itu, bagi mengurangkan rasa sakit belakang yang dialami,posisikan diri anda seperti merangkak,kemudian angkat atau tinggikan badan ke atas.Lakukan sehingga kiraan lima.Ulangi cara yang sama untuk beberapa kali.Selain itu, anda juga boleh mengurangkan rasa kesakitan dengan banyak berjalan.Malah, ia juga membantu mempercepatkan proses kelahiran. Jika sukar untuk berjalan, minta suami anda urut bahagian belakang semasa anda berbaring secara mengiring.


2.Kontraksi rahim-

 Kontraksi adalah antara tanda awal dan isyarat paling penting yang menunjukkan sudah tiba masanya untuk anda bersalin.Kontraksi adalah  rasa tegang pada perut malah kadang-kadang anda  akan berasa sakit di bahagian tengah perut sehingga ke bahagian ari-ari.

Sekiranya sudah mengalami kontraksi,cuba perhatikan dan catatkan jarak masa di antaranya.Kontraksi sebenar berlaku secara  teratur  pada jarak masa yang konsisten.

Jika kontraksi yang dialami berlaku setipa lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setipa kali, secara teratur dan semakin kerap,segera bergegas ke hospital pilihan agar anda boleh mendapatkan pemantauan daripada doktor yang memeriksa kehamilan.Perlu diingatkan bahawa braxton Hicks tidak sama dengan kontraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.

3.Bloody show-

Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj.Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis.Perlu diketahui, apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan.

Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks.Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi.Jika anda mengalami tanda sebegini, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital.  Hal ini kerana tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum anda melalui proses kelahiran.Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.


4.Pecah Ketuban-

Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak.Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak berwarna.Sebaliknya jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih  berada dalam kandungan.

Ramai wanita hamil  yang keliru tentang perbezaan air ketuban dan air kencing.Untuk pengetahuan,air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.Air ini berwarna jernih dan tidak berbau. Tidak seperti air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing.

Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.Jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sementara itu, menurut kajian kebanyakan wanita tidak pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin.Apa yang berlaku ialah doktor akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

5.Serviks terbuka-

Sebaik sahaja kontraksi berlaku,pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis.Walau bagaimanapun,hanya doktor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan.Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10sm.


6.Perut memulas-

Disebabkan bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan,ia akan memberi tekanan kepada saluran yang dikhususkan untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa ingin membuang air besar.Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tanda umpamanya.

7.perut "turun"-

Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah,manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong.Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.


8.Kerap membuang air kecil-

Apabila bayi sudah bergerak ke bawah,sudah pasti ia akan memberi tekanan pada pundi kencing. Atas sebab itulah,anda akan mula kerap berasa hendak membuang air kecil.

Sunday, August 10, 2014

dilema: bersalin di hospital swasta atau kerajaan.

gambar berhias


Bismillahirrahmanirrahim...

Saya mulakan entry ini dengan rasa berdebar menghitung hari kelahiran putera sulung. Sesungguhnya saya hanya mampu berserah kepada Allah soal keselamatan dan kesejahteraan saya dan anak yang bakal dilahirkan nanti. Makin dekat hari... makin risau...

Timbul persoalan dalam kepala ni... di hospital mana? swasta atau kerajaan @ government. Saya tau pakar yang terbaik ada di hospital kerajaan. Cuma seriau mendengar kisah-kisah yang kurang menyenangkan bila soal bersalin di hospital kerajaan. Bukan niat nak kondem. Saya sebagai kakitangan kerajaan amat memahami bebanan doktor dan nurse... dengan khalayak patient yang terlalu ramai, bukan setakat tenaga yang perlu dikerahkan, tapi kebolehan mengawal emosi pun perlu. Selalu je kan orang kata nurse suka marah-marah. Yang sakit makin bertambah sakit. Namun ada juga yang berpendapat layanan nurse sangat mesra dan terbaik. Ikut nasib lah...

Bersalin... amat menyakitkan... dan saya juga mahu suami tercinta rasa selesa sepanjang saya dalam rawatan dan proses bersalin.

Berikut adalah beberapa link yang baru saya buka.

 http://cikleley.blogspot.com/2012/08/bersalin-di-hospital-kerajaan-vs.html

http://adiwafa.blogspot.com/2011/10/cerita-bersalin.html

http://purplelilyth.blogspot.com/2013/01/kronologi-bersalin.html

Monday, August 4, 2014

false alarm (aidilfitri 2014)



Begitulah besornya perut di kala sambutan aidilfitri 2014 ni. Heheh... tasnim dress dari caryazara ni saiz 38. One size bigger biasa saya pakai saiz 36. Alhamdulillah muat untuk disarung.





Pagi raya di rumah in law... petang di umah mama. Petang beraya di mana-mana umah sedara yang dekat. Tak mampu gerak jauh da... bila-bila masa je leh meletop perut ni. Beg emergency memang dah standby dalam kete.

Al-kisah raya kedua ada tetamu datang (masa ni kat umah in law)... layan tetamu dalam sejam. Pastu saya berehat atas sofa. Sambil usap si Queen yang manja bertenggek atas riba, tiba-tiba je saya rasa pening. Pening kepala rasa berpusing. Semua benda dalam umah pusing dengan laju.

Abang! Abang! Saya pening ni.. pening sangat!!!

Keadaan dalam umah kecoh jap. Saya pejam mata dalam 10 minit... Peluh dingin basah dahi ni... bila rasa dah kurang sikit pening saya jalan slow-slow pegi toilet.. muntah. Pastu baring atas katil.

pendekkan cerita.. sumbat sume kelengkapan masuk wad dalam kete... minggu 36 ada kemungkinan saya akan bersalin... dalam kepala yang masih pusing-pusing tu saya kuatkan diri bertahan dalam jalan jem musim raya. Perjalanan amik masa dalam 45minit ke husm kubang kerian.

masuk unit kecemasan.... amik darah cek heart beat baby... kata doc... hanya false alarm. Tapi tak lama dah ye... due dalam 3 minggu lagi. Sekian.

Wednesday, July 23, 2014

menghitung hari

Berat baby makin maju.... Dalam minggu 36 berat dia dah 2.7 kg. Anggaran berat ni dibuat dengan cara ultrasound. Doc akan ukur saiz kepala dan perut baby. Biasanya berat yang sebenar sedikit berat dari anggaran. Mungkin si kecik ni cecah 3.0+ kg time lahir nanti.....

Berat saya waktu mula hamil ialah 49 kg... Kadang makin turun dan kadang naik. Kandungan 9 bulan ni baru 51 kg.

Kaki sembab dan sakit bila melangkah. Pagi tadi abang yang hantar ke tempat keje. Dugaan betul mengandung dalam diabetes dan bulan puasa. Semoga Allah permudahkan. Menghitung hari....

Teruja dengar berita dari suzana. Sudah hamil 15 minggu. Tahniah.

Sunday, July 20, 2014

sakit celah paha (pelvic pain) - minggu 36

Ingatkan pagi tadi tu amaran bersalin... sakit oooo...... nak melangkah pun haduiii.... tarik napasss.... bila rujuk google rupanya simptom biasa akhir kehamilan. So... bersabor je lah. Tahan sakit ni... dan mengajar cam biasa. Baby sangat aktif... tendangan padu dihayunkan tidak mengira masa.



pubic/pelvic pain ni jugak dikenali sebagai pubic symphysis diastasis (SPD)...dia terjadi disebabkan oleh kelonggaran ligamen pada pelvik/sendi di kawasan kemaluan...puncanya adalah disebabkn oleh hormon relaxin yg melembutkan sendi2 tersebut...secara umum, SPD ni sebenarnya memudahkan proses utk bersalin nanti...

kalau org kita cakap, kepala baby tu dh ke bawah & menekan bahagian pelvik...

antara simptom2 SPD:
(1) sakit belakang, sakit pinggul
(2) rasa ngilu di kawasan kemaluan
(3) sakit peha/kaki terutama bila berjalan, turun naik tangga atau bergerak atas katil
(4) sakit yg teruk pada waktu malam

cara mengurangkan kesakitan:
(1) bykkn berseman (senaman yg sesuai utk ibu mengandung)
(2) sewaktu duduk, pastikan kedua2 kaki rapat & tidak tergantung (kaki kena lurus pijak lantai)
(3) elakkan berdiri terlalu lama