Friday, February 1, 2013

merentas desa 2013

masa sesi latihan (a day before)

masa latihan petang cuaca sangat panas.. 5 peserta yang pertama sume lembik dan hampir pitam
papah suh jalan skit2
ni pekerjaan idaman mereka.... tukang buat air. tak mau lari lettewww.
ni acara final merentas desa... hasilnya sume rumah Kuning  yang bolot juara. tengok la sape cikgu nyaaaaa...muehehehe

Thursday, January 31, 2013

finally.. dapat no tepon nya

credit to ciksweetie sebab post kan pic ini. pening ML google merata cari no tepon chim chum food village d'bayam.

jadi ini lah alamatnya


Food Village Restaurant (cawangan jalan bayam) @ Food Village d'Bayam
Untuk tempahan hubungi En. Mohd Noor 019-5977122 atau 013-9475137/ Hana 017-9679675




Sayang.... kalo nak ikut jom lah...

Wednesday, January 30, 2013

7 cara kempiskan perut. Jom try!




1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba

Tuesday, January 29, 2013

fluffy love

the most most wonderful gift ever!!!!! thank you sayang.  I LOVE YOU~ hugs!


it's been a while.. I keep on asking him for this furry cute thing. And here.... he brought me not one... but TWO fluffy super cute cats. 4 month juvenile cats. The cats' name which was given from their previous owner- both share the same name- BUCIK (buncit). Since there's one male and one female, I called them Kak Cik and Abe Chik.

just arrived.. blur and confuse... abecik tengah baring..kaler dia gelap skit berbanding kakcik.

Friday, January 25, 2013

kini berteman

Malam-malam ku kini tak lagi sepi.... weeee.... dengan kembang idong jalan dalam mall bawak menatang ni. Terima kasih dan peluk cium muah3 .... dalam blog jer tulis...takleh cium pun T.T



Huh... masih lagi peluk... gebunya... betul ke tahun ni aku nak kawin. Masih gila ngan hello kitty... dan masih nak bear. Takpe lah... ni tandanya muda rumajaaaa....

i love you toooooo.... 

abg... 2 minggu ni saya takkan merajuk. Promise!

hello kitty's finally mine

The galaxy Y hello kitty is finally mine.... wa tada hal la harga nya antara the cheapest smartphone. Kecumelan nya mengatasi segala. Skang ni tak kisah sangat spec camera tu. Zaman duckface sudah berlalu. Hehe... thanks syg for the diamond tinted.

gini la rupa nya bila dibuka...yeyeye

hi cute!

home button. Aiyaaark! so cute!!!!! pengsan~

miss kitty kini berkawan ngan android

:)

sebesar mana kah yang mampu




cam dalam citer terminator plak


Gambar di atas bukan deretan peti sejuk... tetapi datacenter facebook atau selalu kita sebut server ke hape. Hek..aku bukan orang keje ni. Tak tau apa nama saintifik menatang ni. Setiap saat mungkin berjuta-juta pengguna facebook dapat online serentak. Sekali post status or comment saat tu jugak kuar apa yang kita tulis tu. Perkara ni cam dah biasa so kita tak rasa kagum pun. Untuk menjayakan setiap komen anda, facebook company buat ladang server yang giler punya besar. Leh post comments, pictures, main game...pendek kata macam-macam ada.

the facebook ville!!!! 

Cukup jeles ngan server facebook tu..... bukan ape...tiap-tiap malam aku ngadap segala macam maknek website data student. APDM, SPBS, dan ntah apa lagi yang akan datang. Dapat settle kan nama 2 pelajar semalam pun syukur... very the siput sedut. Setiap kali online walaupun tengah malam tak kurang 40k jumlah guru-guru sedang di atas talian (tertera di page log in). Tapi syok gak bila tau ramai senasib. Makes me wonder how 'big' is our education system internet server. Takde ke dalam bajet 2013 nak bagi besar sket mende ni. Itu yang cikgu pi log in facebook wat ubat jiwa tunggu loading berjam-jam. Tensen woo... 


gambar hiasan