1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan
itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan
kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah
air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu
proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan
cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas
yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga
kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan
proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak
sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran
air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang
terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk
mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau
dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan
pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai
contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya
penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah
dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai
akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan
merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan
dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu
meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran
dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan
dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan
mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat
badan.
No comments:
Post a Comment