Saturday, August 31, 2013

kerana dia syurgaku


hadir segalanya dalam hidupku 
cermin yang memantulkan segala
cahaya nyata atau maya
belai lembutmu aku dambakan
namun insan hakikat yang tidak sempurna
 aku belajar bernafas
dalam udara hitam yang menyesakkan
air yang kadang tenang
kadang dalam amukan arus binasa
aku bertahan dengan segala kekuatan yang ada
semuanya
kerana dia syurga ku

Miss Lee| 01.09.13 | 12.46 a.m

Wednesday, August 28, 2013

tak hendak seribu dalih

kalau hendak seribu daya....  perumpamaan orang dulu-dulu.

Ntah la... terlalu memaksa agaknya. Fikirkan kerja hari mendatang yang sangat mencabar.. tekanan datang dari segenap arah. Hendak bermula dari mana.. buntu. Lebih menyakitkan bila ada yang bertangguh. 

Trip pun dah tak lama dah. Bawa 3 orang pelajar ke gerik. 7 jam perjalan naik bas laju supersonik....huhu... best apa bas buat lap kat bukit. Trip lasak kan... siap-siap pakaian mendaki. Ubat luka...bandage... dah packing. 

Kuat.. itu yang aku tunjukkan pada dunia. Aku tau dalam first aid ni takde ubat untuk sapu kat hati aku yang luka ni. 

Kalau tak mahu....seribu dalih




Thursday, August 22, 2013

pencinta luaran


cinta yang melengkapkan kekurangan... sempurna segalanya di mata... 
jika tidak cinta...nampak kurang... nampak lompang. Buruk pada pandangan.
Tambahan lagi menjadi pilihan yang terdesak... aah... terima sajalah~ dengan bunyi keluhan yang panjang.

 Satu hari akan dimamah usia... diusik mentari. Asalmu tanah. Putih atau hitam... akan jadi tanah jua! 

-si hitam
 string attached!! can't wait for the adventure

it's not my favourite..but it will definitely will put your mind out of the dark cage. free and fresh!










Wednesday, August 21, 2013

white stiletto's pumps

agagagagaga.... tinggi sekali

badassss punya kasut. sale gilababi dari mysale.com.. tak payah google korang takkan jumpa melainkan dengan apps dari ipad or iphone. Tak sempat wat beraya sebab lambat sampai. Perghh.. gayat kut pakai. Nanti nak pakai time bersanding... dah sah kan masa tu..kikiki.. paut lengan abang kemas-kemas. Harap takde la masuk sotkabar pengantin tersungkur di tangga rumah sendiri kan. 

Monday, August 19, 2013

welcome pms

ooo...yerp... this is pms... and pimples are happily growing too... yeay


pabila dia

bila perut meragam.... aku duk terbaring pandang siling... tengok kipas pusing... dan kejap-kejap mencari toilet... +_+



hantaran perkahwinan

Pening fikirkan apa yang nak diletak atas dulang hantaran.

copy paste dari blog kak nadiah muhammad


Antara barang2 hantaran yang boleh diberikan kepada pihak lelaki adalah :

-Set minyak wangi dan barang penjagaan kulit 
-Set tali pinggang dan beg duit
-T-shirt Polo
-Baju kemeja (boleh disekalikan dengan seluar slack)
-Jam tangan
-Kasut kulit bertutup
-Sirih junjung
-Coklat / Manisan2 lain
-Buah2an
-Kek / Muffin / Cupcakes
-Sejadah
-Kamera / Alat2 digital yang lain
-Barangan pasukan kegemaran (Contoh : Baju, topi, dan beg Manchester United)

Berikut pula adalah senarai hantaran yang boleh diberikan kepada pihak perempuan :

-Sirih junjung.. nak
-Set minyak wangi dan barang2 penjangaan kulit (boleh diasingkan menjadi dua)- elok asing.. dapat dah 2 dulang.. nak pilih perfume kat pacific store je. Barang penjagaan kulit nak brg body shop (yang chocolate tuh)
-Telekung..nak
-Al-Quran / Tafsir Al-Quran..nak
-Kasut tumit tinggi... takmau.. kalau jarang pakai nanti kasut rosak..
-Beg tangan.. nak...tapi takreti nak pilih maklum la selalu beli yang rm20 cam bdk skolah pakai. mungkin boleh try Bonia
-Cincin / gelang / rantai... bagi ketiga2 pon bagoss
-Wang mas kahwin (dalam bentuk cek atau lain2).. kasi cash.. upah jadi bini seumur hidup
-Set alat solek.. jangan beli... saya tak pandai mekap..
-Jam tangan.. nak.. beli yg casio
-Buah2an... nak stoberi celup coklat
-Sepersalinan kain (kain pasang)... hmm... xperlu
-Kek / Muffin / Cupcakes.. nak cupcakes..icing yang cute2
-Coklat / Manisan2 lain... nk coklat kisses... takmau ferrero
-I-Pad / Alat2 komunikasi yang lain... terpulang ihsan suami