Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

kerana dia syurgaku


hadir segalanya dalam hidupku 
cermin yang memantulkan segala
cahaya nyata atau maya
belai lembutmu aku dambakan
namun insan hakikat yang tidak sempurna
 aku belajar bernafas
dalam udara hitam yang menyesakkan
air yang kadang tenang
kadang dalam amukan arus binasa
aku bertahan dengan segala kekuatan yang ada
semuanya
kerana dia syurga ku

Miss Lee| 01.09.13 | 12.46 a.m

Friday, May 3, 2013

puisi: diam dalam bicara


sejauh mana aku mampu bertahan
atas dahan yang rapuh ini
sedaya upaya aku cuba memahami
ya... aku amat memahami
terlalu memahami
mendalam!

puisi: hati belayar

kata pemisah
membawa aku jauh

Tuesday, April 16, 2013

puisi; badai...

Allah sedang menguji...




Ya Allah... lindungilah dia... walau di mana dia berada. Kuatkan hati kami...

Amin

Friday, January 18, 2013

puisi: ikhlas

Semalam susah tul nak lelapkan mata
antara bahagia dan derita
kedua nya mengganggu mimpi
Entah lah... silap kah keputusan ni...


ikhlas

manusia biasa
tak mampu melihat keikhlasan
ibarat semut hitam berjalan 
di atas batu gelap waktu malam
kehendak hati jangan lah dipaksa
andai tiada terniat
leraikan lah simpulan
alangkah indah
jika ikhlas itu dihamparkan jelas
seperti terang nya mentari 
mungkin aku pembawa malang
yang harus berundur 
agar dia bertemu bahagia
terlalu kerap mencuba
akhirnya yang luka dan bernanah
hati sendiri

miss lee | 18.01.13 | 2.03 p.m.

Thursday, January 17, 2013

puisi: saat yang terhenti

kutujukan buat sahabat-sahabat yang sentiasa di sisi dalam susah dan senang ku. Semoga sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Kusedari kekangan jarak dan waktu membataskan hubungan tapi ku sentiasa mengingati :)


Saat yang Terhenti

Bagai jejak di tepian pantai
hilang di setiap deru ombak
begitu lah hadir insan dalam hidup
meniti kedewasaan
kutemui pelbagai rencah dan ragam 
tiada yang seindah dan mengukir senyum
melainkan sahabat sejati
yang lahirnya luhur
indah bagai mawar kala dingin fajar
setiap tawa dan tangis
tiada sekalipun kau berundur
dari menghulurkan tanganmu
seikhlas hati 
air mata seakan bersatu
dan waktu terhenti
bersama mu sahabat


miss lee | 18.01.13 | 12.08 a.m.