Sunday, December 9, 2012

bukan aku

kadang-kadang hati saya kuat
tapi kalah dengan air mata
peristiwa hari ini
hampir sama seperti tiga tahun lalu
saya tidak mahu mengulanginya
sungguh perit!
sepertimana yang disakiti
yang menyakiti juga terseksa
-------*-------

katanya
hadir saya memberi cahaya
tawa saya memberi semangat
siapa tahu dalam hati ini
cukup pahit untuk dizahirkan

kamu tiada kurangnya
cukup baik, luhur budi pekerti
pasti ada yang lebih baik
saya cuma hadir waktu kamu amat memerlukan teman
menghiburkan kamu dengan jenaka dan senyuman
agar hilang sedih dan sepi kehilangan insan tersayang

saya merasakan doa kamu
merasakan air mata kamu dalam setiap bait kata-kata
tapi saya....
bukan sebahagian tulang rusuk kamu
yang hilang itu



No comments:

Post a Comment