Kelmarin ke kb veterinary centre... abe chik naik bisul.... bisul dah pecah. Mula-mula perasan ada luka sikit kat belakang telinga... dan dia syok giler garu dan garu sokmo... dah tenyeh minyak gamat biar cepat kering. Pastu 2 hari sibuk urusan hospital jaga che su pah. Sekali balik tengok luka abe cik teruk sangat.... basah.. cam ada nanah. Merebak sampai bawah leher dia.
So.. ari isnin balik sekolah bungkus abe chik ngan towel... bawak gi vet kat tunjung. Doc cakap bisul... dah pecah... dia kata kucing ni sihat dan tak demam pun. Kena bersihkan luka je. Memang dia tak demam... friskies pun masih lagi abiskan semangkuk penuh kejap je. Kata doc tu bisul tu mungkin bisa gigitan haiwan lain atau jangkitan sebab duk garu-garu sokmo. Bisul tu dah lama cuma kita tak perasan sebab bulu lebat. Patut la suka bebenor dia garu tang situ.
Doc spray ubat kat luka... jadi cam buih-buih gitu... untuk hilangkan nanah. Sapu iodin yang sangat huduh rupanya... cam darah ikan je... merah likat. Sapu gel dan bedak anti kuman. Pastu bagi satu inject baik punya kat atas bontot abe chik.
Saya tanya lagi... "Tempat yang dogel ni... nanti tumbuh balik tak bulu dia? Takut tak ensem da abe chik ni...."
-"Bulu dia akan tumbuh balik.. lepas luka kering... dalam 2 minggu tumbuh lah". Wahhh... lega mak.
Ni kak chik... abe chik dah lari pas suap antibiotik.. penakut cam aku masa kecik dulu |
r
bukan main mahal nak ubatkan budak-budak bulu ni.. leh makan mewah satu table new horizon.. rugi tak daftar prudential insuran... heh.. mana ada insuran haiwan. |
No comments:
Post a Comment