Sunday, March 3, 2013

kerana dia seorang abang


Ini abg long aku... yang sangat jarang kuceritakan pada orang lain. Harap dia tak jumpa blog ni. Huhu.. kami dua beradik sangat rapat waktu kecil dengan jarak umur hanya setahun. Aku tau kadang-kadang dia fikir aku merampas kebahagiaan dia sebagai anak tunggal waktu tu. Bila dah dewasa ni... kami makin jauh... jauh dari segi hubungan dan jarak.... makin tak sehaluan.....  tapi dah dalam kerjaya yang sama. Guru jugak. Tapi pelik dia sangat obses dengan dunia askar. Ntah ler... 

diapit jiran yang sexy


abg long and nisa


heh... drama

waktu practical dia suka la snap pic kontroversi cenggini

Skang ni dia tekun bela misai... suka bila nampak garang. Tak tau la bila dia nak kawin... masih kecewa ngan kisah lalu kut. Jauh bawak diri ke sabah. Dalam hati ada taman. Jiwa nya sangat lembut dan halus gitu. Parut kesan torehan pisau abg long di lengan kiri ku mengingatkan aku tentang akrab nya kami berperang waktu kecil..umur aku 5 tahun masa tu. Tak main la kayu ngan lidi.. pisau terus... peristiwa tu menyebabkan abg long kena rotan mandatori berkali-kali, aku dah lupa berapa jahitan yang aku kena. Ingatkan tangan dah putus sebab darah banyak.

Walaupun dia pelik, garang, tak pernah manjakan aku cam dia buat kat nisa dan baam... jauh di sudut ati aku... aku tetap sayang dia... Air kalau dicincang takkan putus.... blood is thicker than water. Harap takde dikerahkan askar wataniah kat sana. Semoga dia selamat... dan terbuka ati nak berbini cepat dan balik semenanjung. Amin...

3 comments: