Saturday, May 18, 2013

hilang

kadang-kadang kita tak mampu jangka beberapa patah perkataan biasa mampu jadi petaka... itu yang ku hadapi, jiwa makin kosong seolah kedengaran desiran tandus padang pasir.

Aku tak mampu meredah seorang diri dalam lautan hinaan manusia.

Kalau ada... adalah..


Wednesday, May 15, 2013

perfume minyak panas

pedih tul perut....malam-malam makin terasa... pening dah kepala asyik sedar kul2, 3 pagi...pil alucid tu hilangkan jap rasa pedih tapi buat aku rasa kembung je. Bikin pesta buih dalam perut ke? Dapat telan separuh je roti tadi. Sambil cicah milo. Buat milo suam tanpa susu.

Baru je dapat bilik redaksi tingkat 4... tegang urat kaki di duk panjat tangga. Satu badan dah bau minyak panas ni.. perut... kaki... lumur satu badan. puas ati.


and I.....

i can't believe what i've just heard and knew

it's so...

tears flow as the rain pour


melawan arus cintamu

Sebegini hatiku rasa
Mengapa harus begini 
Kau disana aku disini 
Ku tak bisa lihat semua 
Cara cinta ini 
Maka katakan padaku 
Apakah kita harus bersama 
Tuk meneruskan perjalanan 
Asmara engkau dan aku 
Bagai sudah tidak jalan pemisah 
Seperti tiada erti semua 
Kerna ku tak daya melawan arus 
Asmara engkau dan aku 
Dibuai gelora dan tak menentu 
Seperti tiada erti semua 
Kerna ku tak daya melawan arus 
Arus ini, arus ini
Cara cinta ini 
Maka katakan padaku 
Apakah kita harus bersama 
Tuk meneruskan perjalanan 
Asmara engkau dan aku 
Bagai sudah tidak jalan pemisah 
Seperti tiada erti semua 
Kerna ku tak daya melawan arus 
Asmara engkau dan aku 
Dibuai gelora dan tak menentu 
Seperti tiada erti semua 
Kerna ku tak daya melawan arus cinta 
Melawan cintamu 
Melawan cintamu


utusan cinta fb

hmmm... pehal la orang tua ni. Dah elok-elok cakap pon tak reti lagi. Ingatkan diam aritu tak mo dah anta ayat bunga-bunga. Meroyan kalah election kut. Tak reti bahasa. Nape tak block? orang cenggini punya panjang akal wat akaun lain atau macam-macam cara nak intai akaun kita. Silap-silap cari kita kat tempat keje. Better biarkan sampai dia bosan dan block kita bila dia give up. Jom hiburkan hati baca utusan jiwa cinta tak kesampaian.


Saturday, May 11, 2013

redakan api itu

hmm... amarah datang lagi

adui...


Ya Allah.... 


sejukkanlah hati ni........


jadikanlah aku insan pemaaf


jadikan aku air yang mampu meredakan api


api jelmaan syaitan




Thursday, May 9, 2013

doa selalu

sabar sayang....
kita usaha...
kita usaha....
kita doa.....
waktu ini Allah uji
waktu ini kita perlu kuat
lebih kuat dari biasa
menangislah sepuasnya dalam doa
Dia Maha Mendengar

Allah 
Allah
Allah
Dengarlah rintihan kami...


Monday, May 6, 2013

belaja bahasa bersama che'gu ML

antara puluhan msg seumpamanya dalam inbox



yang ni dari sorang orang kuat ameno... semoga dia dapat jumpa cikgu terbaik untuk betulkan bahasa dia yang nampak seperti era ja'pa tonggek. (walaupun aku gunakan singkatan tapi masih dalam frasa ayat yang betul..hihi). Lepas sebut 'tunang' trus dia berenti like, komen, dan pm.

Sunday, May 5, 2013

cap epal kena gigit

ralit duk explore mende alah ni
al-kisahnya along kemaruk sangat gajet cap epal ni... sudah pun dia beli iphone cuti disember aritu... semalam dibeli nya sebijik ipad untuk abah....  sebelum jadi hak mutlak abah saya belajar lah dulu cmne nak guna maklumlah cap epal ni banyak yang tak sama ngan brand biasa. Visual memang tip top la sebab retina display... lain-lain aku yang jakun ni tak reti nak komen.

still.... i prefer tabby lagi....  murah dan practical.

ipad cap epal

batuks..uhuks..uhuk...

tersedar kul2.30 pagi... air cooler aku rapatkan ke katil halakan ke badan... sejuk giler.... mungkin hujan atau cuaca dingin sangat... aku tutup air cooler tu... kipas kat siling pun no.5 laju cam helicopter... sakit dada. Ada dekat sejam aku batuk.. bangun..menyandar.. pun batuk jugak... last-last turun bawah minum air suam. Tak pasal-pasal pagi aku bangun kepenatan yang amat sangat. Kul bape ye nak kuar ngundi. I semangat sangat ni.

Saturday, May 4, 2013

la tahzan

jumpa ayat ni kat newsfeed fb.... dalam kebanjiran post politik yang makin memuncak skala richter nya.... 
jangan bersedih....
jangan bersedih...
jangan bersedih....
Allah bersama kita
:')


sabtu ceria

dah makan ubat ?

Friday, May 3, 2013

perantau pru13

ayohdo datang... dia amik che balik ngundi teganu.....
chesu lawyer pun dah balik teganu... diorang sume ngundi kat setiu

puisi: diam dalam bicara


sejauh mana aku mampu bertahan
atas dahan yang rapuh ini
sedaya upaya aku cuba memahami
ya... aku amat memahami
terlalu memahami
mendalam!

puisi: hati belayar

kata pemisah
membawa aku jauh

diari hujung minggu

lenguh tul tido ngiring... nak anginkan sikit belakang badan ni. Seb baik la ada adik... rajin dia tolong tenyeh ubat kat belakang ni. Err..ntah la dah surut ke idak merahnya... kena teleng tengok kat cermin beso.

pagi ni just minum segelas horlick suam... 
kemas umah
basuh baju
mandi kucing
seperti biasa ujung minggu ku

malam ni along gerak balik dari sandakan
moga ada ole-ole~
sementara itu.... aku sedang kira pitis yang ada
kerana 1.5k bakal melayang sehari dua ni


Thursday, May 2, 2013

dan aku kahwinkan akan dikau............selipar!

adui...uii... Ya Allah... tadi kuar amik muaz balik.... singgah jap kbmall mama suh beli burger... maybe aku masih tingtong baru bangun tido..and lepas inject.. aku main rembat je sepatu.......  seb baik lum jejak masuk lagi dalam mall... terasa cam selipar seblah tebal seblah nipis. Aku pakai selipar kawen! Satu oren satu lagi merah! Sepantas kilat aku lari masuk kete.... Syukur Allah masih sayang aku... kalo selamba gi mcD kalah kut patung ronald tu kalo banding ngan slipar aku. Dalam kete sentiasa ada high wedges untuk dipakai tatkala urusan rasmi. Beli burger, amik muaz, trus chow balik.

hari pekerja nan indah

selamat hari pekerja...

aku rai dengan satu injection yang cukup umphh kat klinik zaini tadi.... kesihatan kena jaga... teruja first time nak mengundi ni...