Friday, May 3, 2013
puisi: diam dalam bicara
sejauh mana aku mampu bertahan
atas dahan yang rapuh ini
sedaya upaya aku cuba memahami
ya... aku amat memahami
terlalu memahami
mendalam!
namun hanya aku seorang diri
tanpa kamu memijak berdiri
walau sementara
lihat seketika
lautan air mata
yang cukup lama bertakung ini
tutur kata ku atur sehabis halus
bisu ku itu dalam penuh bicara
kau begitu sakit kerana diamnya aku
sedangkan aku menutup semua pedihku
kerana dalihmu dalam hubungan ini
kesudahannya
aku masih menangis sendiri
terus sendiri
permainan hidup
boneka yang boleh dibaling
lemparkan ke dinding
boneka tidak akan berkata-kata
hanya senyum
diam
sepertiku
ML | 3 mei 2003
Labels:
puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment