Ada sesetengah wanita hamil mengalami gejala mengantuk
sewaktu semester pertama kehamilan. Sebenarnya ini adalah gejala biasa. Badan
anda masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan kehamilan. Ketika ini juga,
hormon PROGESTRON yang tinggi menyebabkan anda rasa mengantuk.
Progesteron juga menyebabkan rasa letih melampau.Keadaan
keletihan ini mungkin akan menyebabkan loya dan muntah2 berlaku dengan lebih
teruk.
Ada juga yang mengalami ketidakselesaan semasa tidur. Antara
penyebabnya :
1. Perut yang semakin membesar.
2. Sakit belakang
3. Sakit dada
4. Nafas semakin pendek
5. Insomnia atau sukar tidur malam.
Posisi tidur yang sesuai untuk ibu hamil adalah posisi SOS
atau Sleep On Side (tidur secara mengiring). Untuk lebih selesa, bengkokkan
kaki, dan lutut semasa tidur & meletakkan bantal di celah kaki.
Anda juga boleh dapatkan 'pregancy pillow' yang membantu
anda utk tidur selesa.
Sebolehnya.. elakkan ;
a. tidur secara terlentang (boleh menyebabkan sakit
belakang, masalah pernafasan dan penghadaman serta tekanan darah rendah)
b. tidur di atas perut (dengan keadaan perut anda yang semakin membesar, adalah berbahaya utk berbuat
begitu)
No comments:
Post a Comment