Tanda Awal Hamil Atau Mengandung
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil
tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung
sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping
tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari
anda.
-ya..memang saya lapar sokmo... gejala gastrik membuatkan perut saya bermain biola setiap 3jam!'
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda
menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu
mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh
ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau
disebabkan kandungan yang terdahulu.
-takde lagi
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan
rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan
mersa kerap untuk buang air.
-ya.. tapi mungkin sebab cuaca sejuk.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang
masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan
anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah
sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
-ya.. buat keje sikit tapi tido lama (opss)
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada
anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan
ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila
badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat
ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
-ya.. sedang mengalami.
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi,
anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada
ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang
sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
-takde...
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning
sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu
hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar
biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung.
-takde..
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat
pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan
mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak
dari hari pertama ia naik.
-Ya... sekarang suhu badan sangat panas sekitar 4-5 pagi.
9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya
dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda
menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
-Ya. Ini hari ke-6..baru... huhu.. awal lagi.
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari
ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing,
kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.
-ada jalur yang kabur... kena try test lagi minggu depan.
-ada jalur yang kabur... kena try test lagi minggu depan.
No comments:
Post a Comment