Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Friday, November 28, 2014

arjuna beta

dengar bait-bait lagu indah seorang ibu buat anaknya
entry ini saya tujukan untuk aniq... sudah hampir 4 bulan usianya... mengharungi hari-hari dengan penuh kekuatan

gambar dari instagram bondanya- mushu4411
aniq kuat sekental hati bondanya!

ubat yang dimasukkan melalui tiub ke kepala

superman kecil ketika pemeriksaan jantung dengan doktor pakar

gigih bonda hiaskan baby cot aniq.. comel kan

aniq.... auntie yana doa selalu.......

arjuna beta-fynn jamal

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela


ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata

semua tak serupa

Thursday, November 27, 2014

hero sulung 3 bulan 5 hari

ni muka bangun pagi ni... cergas sekali... muka mintak cubit mintak cium!

ni masa balik dari airport... carseat dah beli tapi belum pasang. Hahaha... seb baik ammar berat. Elok je baring tak tergolek ke mana-mana.



Sudah 6.1 kg. Ada sikit demam ngada-ngada lepas nurse inject. Teruslah jadi anak yang baik... sihat.... beri kegembiraan pada mama dan papa. Kena jadi baik tau... nanti ada adik kena bimbing adik lak nanti. Waittt... adik? muehehehe.... lek lu.... lek lu....... mama papa nak honeymoon lagi. Awal tahun duk mabuk muntah bawak ammar dalam perut. Next year mama nak pusing malaya!

Wednesday, October 29, 2014

bersalin caesarian tak sakit? kurang risiko?

Masa aku tengah nazak beranak aritu ada gak tergerak. Bukan tergerak.. rasa memang nak je.. suh doctor bedah... tak tahan betul sakit berjam-jam. Menggigil mata separuh je buka... separa sedar gitu. Dah belit oxygen sume. Laki pun dah lemau nunggu tepi katil... kering tekak duk doa selawat... Syukur Alhamdulillah.... keputusan doctor untuk usahakan bersalin normal tu adalah sangat tepat dan paling selamat untuk aku dan baby... ni aku share dari fb.. true story

Kalau satu hari nanti terpaksa bersalin cara caesarian pun.. mungkin sebab yang tak boleh elak. Mudah-mudahan selamat.. tawakal dan berserah. Pesanan buat para suami agar hargai ibu dan isteri. Jangan laju je nak langgar 'pantang'. "Alah..awak tu kan bersalin operate" no no no tau. Tak mau.

emm.. aku pon amek gak epidural ni. Better elakkan tapi dah sakit sangat amek je lah.



Well, this happened today.

Patient 'X' encountered some complications during a Caesarian Section and it started with her suffering from cardiac arrest 3x, hence CPR was commenced 3x throughout the surgery.
The OT was so busy with doctors running around trying to revive and save her.

Almost..
- 30 packed cells bags (red blood cells)
- 30 cryoprecipitate bags (blood components)
- 20 platelet bags
- 10 fresh frozen plasma bags (blood components)
and also 3 ampules/vials of NovoSeven (Factor 7 - one of the blood clotting/coagulation components, each ampule costs no less than rm5000)
Pam masuk atas, mengalir2 keluar kat bawah.
The 'SUPER FLUID INFUSER MACHINE' i called it, Level 1, was also hard at work. (this is only used in massive bleeding cases yang macam air paip je keluar)

All of these were transfused into one patient.
(The total amount might be more as we kept on calling the Blood Bank, asking for more blood to resuscitate her)
WOW, you said.

The surgeons had to re-operate her as her bleeding never stopped even after they have closed her up. She was in the OT for a total 7hours at least. When I passed the exit door of our OT, I saw her little boy waiting anxiously, peeking over the automatic sliding door every single time the OT Reception receives and sends out patients, wondering if it's his mum the nurses were pushing out.
It was so heartbreaking I had to walk quickly to the changing room sebab dah habuk masuk mata sikit.

The surgeons have issued 'DIL' (Danger in Life/Dangerously Ill Listed) in view of the severity of her condition.
I sure hope she survives.
Her two young kids and a newborn baby are waiting for her.

Patient 'X' is I would say, rather lucky that she was operated on in a hospital with adequate facilities and experienced obstetricians/anaesthetists.
Kalau kat district........I think you can fikir2 lah...nak CPR berapa minit sementara sampai tertiary centres before the patient becomes brain dead if the district hospital is unable to handle such complex case?
There are cases which the medical team managed to resuscitate the patients though but patient's quality of life might be reduced.

Our working diagnosis is Amniotic Fluid Embolism.
Ni maksud dia, air ketuban, sel fetus,rambut atau serpihan (debris?) masuk ke dalam saluran darah ibu yang mana si ibu akan terus mendapat kegagalan fungsi jantung and pernafasan (cardiorespiratory collapse...sorry unable to do a direct translation. any more senior O&G doctors can help me out here)

Yep, that's the kind of risk/sacrifice mothers all over the world have to face in delivering you.

To summarize, my dua kupang advices:
1. To young single mothers:
please, nak bersalin tu, is not without risks. Bukan suka2 main then oppps...Im having a babyyyyy. Then, no antenatal care at all, sampai2 hospital terus delivery. If you're lucky, then Alhamdulillah. But if you're not? Nothing is sadder than a mother-less child.

2. To mothers with pre-existing health conditions:
make sure you are well monitored throughout your pregnancy. It's for your own good. If you have chosen to deliver via Caesarian Section, do your homework and read on the risks involved and then, discuss it with your Obstetrician. The same goes if you have decided to delivery via normal delivery (SVD).
If you are weighing the idea of having a home birth, please, at least discuss with any medical personnel and get their input so you can make a better informed decision (rather than making one based on Facebook posts/'my friend told me that....')
Consider these:
a) Who will monitor your baby in your womb at home? Mana nak tau your baby is having difficulty inside?
b) If indeed your baby is facing difficulties and end up being born with poor APGAR Score (a score we use to assess the baby is OK or not, Low Apgar Score contohnya baby born blue, not crying, not active, lembik saja), who will attend to your baby? Give your baby adequate oxygen? Suction the excess fluid that the baby have swollen?
c) If you get postpartum haemorrhage (pendarahan selepas bersalin), how on earth will you get access to available screened blood for transfusion?
*Khas utk those championing home birth*

3. To boyfriends and husbands,
please, be considerate and mindful of the risks you are putting your wives in when you (both of you) have decided to have a child. See the Obstetricians together and go into the labor room with her, be with her through the excruciating pain. Be with your wife through each step of the way. When you finally get to hold your baby, don't forget to kiss your wife for she had just risked her life for that bundle of joy you're holding in your arms. The complications of delivery do not end the moment your baby is delivered. Remember this.

We have had a husband insisting on the wife to keep on trying to get a baby boy even after we told him that she could die in the process of labor due to her pre-existing health condition.
"Takpa doktor, kami nak cuba" the husband answered while the wife simply looked down to the floor.

Read more dear future parents.
Amniotic fluid embolism, even though is rare, it is not a joke.

Lastly,
Thank You dear Mothers, my Ibu especially.
You are a special bunch of Superheroes.

Friday, September 12, 2014

coret hari ke-22 berpantang anak sulung

tengah menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Never thought the best thing ever happen in my life is the motherhood! Segalanya berubah---> lebih baik.

Rutin hidup berubah. Tambah-tambah tengah berpantang dengan newborn ni. Menyusukan anak, tukar lampin, berurut, bertungku, dan lain-lain. Setakat ini Ammar tak banyak ragam. Cuma cepat jugak dia menembam. Berkat susu ibu Alhamdulillah.

Banyak kali usap perut... sekarang rindukan saat dia dalam perut... gerak dan tendangan manjanya. Saya terkenang saat pertama buat UPT test, muntah berbulan-bulan... loya sampai takleh masak dan tengok bawang, berat membawak perut, sampailah saat genting bersalin. Tiba-tiba rasa betapa semua begitu pantas. Sayang... mama redha dengan semua tu dan mama sangat gembira dengan kehadiran kamu.

Pujian juga buat abang yang sangat bersabar dan bersama dalam susah dan senang. Abang suami terbaik! Saya punya kekurangan dan abang melengkapi. Semoga hubungan kita sehingga ke syurga. Saya cintakan abang.

Pergerakan masih terhad kerana luka jahitan... walaupun sudah hampir sembuh saya masih tak sanggup sentuh luka tu. Cuma saya pastikan tempat luka tidak dibiarkan basah dan selalu sapu ubat guna kapas. Sentuh pun tak.. apatah lagi intai tengok... emmm.. luka tu hampir 40 minit dijahit. seram....... yang penting elakkan duduk bersila... bila takleh bersila susahlah nak wat keje cam tukar lampin, mandikan baby.. dan nak buang air besar pun sampai nangis.

Anak mama..Ammar.. budak baik.. terus lah jadi anak mama yang baik... yang tak banyak ragam... semoga banyak rezeki susu untuk Ammar... mama doa setiap hari.

------------------


Hati agak terkilan dan sedih saat ini bila mengetahui sesuatu... kata-kata telah dilemparkan untuk menimbulkan ketegangan antaraku dengan individu lain. Aku tak ada daya untuk melawan. Andai kau menang dengan sorakan syaitan memuja kehebatan kau membakar api sengketa... tahniah. ALLAH lebih ADIL... mengetahui setiap di dalam fikiran dan hati manusia. Aku dianiaya saat aku amat memerlukan bantuan emosi dan fizikal. Aku bukan malaikat untuk mengaku sempurna... dan juga bukan sehina yang kau khabarkan.





Friday, September 5, 2014

muhammad aniq aisy

Nama yang indah... Pemilik nama yang istimewa.. Terlalu dekat di hati dan terlalu dicintai.





Permata sulung sahabatku kak Azlinda.... Aniq dilahirkan istimewa. Tidak dijangka oleh ibu... abah... Dan juga tidak dikesan keistimewaan itu sepanjang 9 bulan dalam kandungan ibu. Kedua belah tangan tidak terbentuk sempurna... Aniq juga mempunyai pelbagai komplikasi lain yang kronik. Hari pertama sahaja sudah ditebuk perutnya kerana saluran najisnya tiada. Tiada susu ibu disuakan di mulut kecil itu kerana saluran makannya tidak bersambung ke usus... Susu diberikan selepas 2 minggu melalui satu lubang pada perut. Dan leher pula ditebuk untuk mengeluarkan air liur. Jantungnya juga dikatakan berlubang.

Hanya berhubung dengan whatsapp. Aku menerima kiriman gambar dari kaklin yang cukup meruntun hati. Allahu Akbar... Allah menguji kak... Tabah lah.

Muhammad Aniq Aisy selepas pembedahan pertama.


Susuk tubuh kecil yang lahir dengan berat 1.68kg itu dipenuhi wayar dan jarum. Dia kuat... Berjuang dalam setiap nafas.... Kadangkala menangis bila terbau kehadiran ibu.

Dia belum mengerti apa-apa...


Muhammad Aniq Aisy.... Yang membuatkan aku kuat sewaktu dalam kesakitan. Aku sentiasa membayangkan tubuhnya yang menanggung lebih banyak beban sedangkan dia tidak jua berdaya untuk mengeluh dan meraung kesakitan.

Melihat anakku Ammar Zafran aku terkenangkan Aniq. Umur yang hanya berbeza sebulan. Ku doakan kau sejahtera dan dirahmati. Semoga Allah meningkatkan darjat dan keimanan ibu dan abah dalam menghadapi dugaan ini.

Wednesday, September 3, 2014

menyusu bayi pertama kali

Antara perkara yang dirisaukan para ibu yang pertama melahirkan anak pastinya berkenaan susu badan. Saya mulanya ragu-ragu juga. Sepanjang mengandung beberapa kali cuba untuk keluarkan susu badan. Saya cuba picit, beli pam elektrik dan cuba pam. Cubaan dengan pam elektrik kali pertama waktu kandungan 8 bulan... Ada cecair jernih yang sedikit melekit. Saya cuba mencari info... Hasil pembacaan katanya ibu akan menghasilkan susu yang dinamakan kolostrum pada awal kelahiran bayi. Susu ini hanya dalam jumlah sedikit dan sangat penting kerana mengandungi zat yang sangat tinggi. Saya pun berhenti dari memicit susu.. Kang abis lak kolostrum kesian baby.

Kunci kejayaan penyusuan susu badan secara eksklusif ialah dengan berfikiran positif. Fikir bahawa kita akan menyusukan bayi. Tiada makanan lain untuk bayi hanya susu badan sahaja. Walaupun tiada susu pada saat bayi baru lahir teruskan memberi kepada bayi. Ransangan hisapan mulut bayi lebih baik dari pam elektrik. Lama kelamaan keluarlah susu tu... Tenangkan fikiran dan jangan panik.

Sebaik sahaja uri dikeluarkan badan akan cuba menghasilkan susu badan. Pengalaman saya sendiri... Setelah bayi dibersihkan dan diazankan saya diarahkan nurse untuk terus menyusukan bayi. Walaupun penat dan kekok pada awalnya. Saya tak pasti waktu tu susu ada atau tidak namun bayi saya menyusu setengah jam tanpa henti. Dan beberapa kali selepas itu saya cuba lagi menyusukannya.

5 jam selepas itu bayi berak.. Najis hitam yang tidak berbau. Nama saintifiknya meconium. Itu ialah najis pertama hasil makanannya dalam perut ibu. Saat tu saya yakin saya berjaya hasilkan susu kerana kolostrum lah yang meransang pembuangan meconium.

Kenapa saya tak nampak susu keluar? Bayi cukup kenyang ke? Pedulikan persoalan tu. Perut bayi yang baru lahir sebesar guli je. Satu sudu susu pun dah cukup banyak dah... Jangan gatal nak bagi susu formula.

Hasil perahan pertama susu badan saya dapat 1oz... Hari ketiga dapat 2oz... Makin lama makin banyak. Jaga pemakanan.. Banyakkan minum air. Allah buat yang terbaik dan dia yang bagi rezeki pada anak. Yakin lah pada Allah.
Hasil pertama 1oz.. Huuu... Teruja nampak susu kuar. Dapat sebanyak ni pun baby isap trus lelap. Kenyang dah....


Hari ke 9 baru saya mula berurut dan bertungku. Susu badan banyak sampai lencun baju. Alhamdulillah.

Tuesday, September 2, 2014

kisah bersalin sulung (part 3) finale

khamis 21 ogos 2014
Hari ni jangkaan tarikh bersalin yang tertera di buku pink. Pukul 8 pagi cam biasa para doktor ronda-ronda wad. Pakar O&G doktor akim (bukan nama sebenar) yang pada mulanya sangat saya suka sebab ensem... tapi pada hari tersebut saya rasa menyammmmmpah sangat. Rasa cam nak sumbat selipar je kat mulut dia. Disebabkan saya terlampau stress terkurung dalam wad.

"Yana ada kat sini lagi ye... hmmm... takde katil kosong lagi kat labour room... kita try tengok lagi ye pagi ni. Lama dah awak kat sini.. kesian..."

Sentap jiwa dengar "kesian~" tuh. Bila je geng-geng doktor tu blah saya pusing badan. Nangis... memang haru punya nangis. Sesambil whatsapp abang. Abang dah kerja ari tu.. ye lah dah banyak ari dia teman di hospital... Saya mengadu pada abang.. nak lari dari wad tu. Nak pegi kat hospital swasta.. nak cepat-cepat bersalin. Sakit ati dan segan duk sampai seminggu dalam wad tahanan tu.... saya yang paling veteran kiranya...

Tengah menangis dan hingus penuh di hidung... terdengar akak misi panggil

Liyana... siap-siap ye.... gerak ke labour room kejap lagi.

HAH!!! betul ke ape aku dengar ni?? dah sampai masanya! Apa lagi sepantas kilat saya call abang, kemas barang.. yang mana sepah dalam laci saya sumbat dalam plastik je. Gi mandi kasi wangiiii... langkah penuh bergaya ke labour room.. ceyyyy (saje tokok tambah citer)



Disebabkan saya request epidural... saya pun kena la masuk bilik tu. Rupanya pesakit dengan epidural akan duk dalam bilik khas.. dari awal sampai lah teran anak.. kena duk situ.

Epidural? Apa tu?

Sebelum ni banyak dengar cerita seram tentang epidural... ye lah.. teknik bius kat tulang belakang.
Disebabkan ada sorang kawan baru je bersalin dengan kaedah ni saya beranikan diri untuk mencuba memandangkan saya akan melalui induce yang lama dan menyakitkan. Terpaksa induce kerana saya masih tidak mengalami contraction dan bukaan baru 3 cm. Ibu hanya dibenarkan teran baby bila bukaan 10cm.

Saya dibius oleh seorang doktor india yang sangat comel dan sopan percakapannya. Saya disarungkan baju biru yang terbuka sikit di belakang.. bra kena lah buka yer... disuruh peluk bantal dan bongkokkan sikit badan. Ada menggigil skit sebab takots sangat kan. Doktor spray cecair yang agak sejuk.. betul-betul kat tulang belakang. perghhh... berdiri bulu roma. Kat situ kalo orang sentuh pun rasa geli. Doktor bagitau setiap step yang dia akan buat. Masa inject terkumat-kamit saya berdoa... ada rasa cam letrik mengalir je once cecair epidural tu terjah kat saraf. Aik.. cepat je. Takde lah seram macam yang dibayangkan! Bukanlah cucuk sampai kena tulang tapi selaput spine aje.

Ada wayar halus di tempat dicucuk tu bersambung ke mesin epidural. Kata doktor dos epidural tu boleh dilaraskan... kalau sakit sangat doktor akan cuba tambah dos.. tapi tengok keadaan lah.. tak boleh suka hati jugak.

nampak tak wayar halus tuh... haaa.. epidural lah tu.... pic from hp abang

saya col suh abang masuk cecepat.. sarungkan stokin.. tak tahan sejuk..


Nurse masukkan drip kat tangan kiri.... 2 jenis cecair sumbat kat situ. Satu cecair induce.. satu lagi air yang biasa masuk kat patient tuu... sebab saya tak boleh makan apa-apa dah once masuk sini. Katanya... 7-8 jam saya akan terperap... tunggu induce tu buka jalan sampai 10cm.

Doktor buat ARM.. pecahkan air ketuban... dari masa ke semasa dia "cek jalan" kata omputehnya VE. Disebabkan epidural saya dah tak rasa apa-apa masa VE. Ditemankan suami tercinta... kami harungi hari yang panjang itu bersama...  waktu mula induce pukul 9 pagi.

Contraction bermula

Pukul 3 petang... bukaan 5 cm.

Pukul 6 petang... bukaan masih 5 cm!!doktor pun terkejut bila bukaan takde progress ingatkan dah boleh mula teran dah...  masa ni komplikasi mula jadi. Saya mula rasa contraction yang sangat-sangat sakit. Mata saya tertutup rapat. Badan saya menggigil sejuk yang teramat! Saya tak dapat rasa kaki dan tangan.. terlalu sejuk...macam beku. Abang dah mula panik. Doktor tambah dos epidural. Saya tak mampu bercakap. Tapi saya sedar dan dengar semua. Apa yang dinamakan contraction itu mula saya 'nikmati'. Betullah cara induce ini menyakitkan. Bukanlah maksudnya bersalin normal tak sakit. Induce tak membenarkan saya berehat dari sakit. Baru je 2 kali tarik nafas sakitnya datang... tarik nafas.... sakit datang... sakitnya bagaimana? yang dikatakan ibarat 20 tulang dipatahkan serentak... dan begitu lah azab yang saya lalui dari pukul 6 petang sehingga jam 11.30 malam!

Epidural sudah tidak mampu menahan kesakitan tahap tertinggi tu. Adoii lah.... tapi tanpa epidural saya akan menderita sakit dari pagi lagi.. kira ok lah kan. errr...

Saya sempat bersuara perlahan... dalam suara terketar-ketar mintak maaf dengan abang. Ingat malam tu dah sampai dah ajal.

The baby is coming!!

Bukaan dah capai 10cm pada tengah malam dan saya sudah separa sedar langsung tak bertenaga. Doktor suh teran saya teran cam nak kencing je. Masa tu saya redha kalau doktor nak bedah. Saya cakap.. saya tak larat.. tak boleh ke forcep atau vakum (terpengaruh ngan citer 3 idiots sebenarnya). Doktor cakap.. saya akan ambil forcep jap lagi tapi muka baby akan cedera lah. What???? No way... ok.. mama teran kuat-kuat kayyy.. takmau anak mama cedera. Abang setia di sisi bagi sokongan moral.. usap kepala... baca doa... doktor mula penuh di kiri kanan..

Tepat pukul 12.15 pagi... hari jumaat 22 ogos.. putera sulung mama Ammar Zafran dilahirkan. Doktor tarik trus letak atas perut. Abang cium dahi.. saya nangis... tanya abang... tengok anak!! tangan! kaki! cukup tak sume jari?? Abang kata sume ok. Tetiba doktor plak cakap.

Baby flat! Biru.. bawak ke bilik sana cepat! 

Rupa-rupanya baby lemas sebab lama sangat teran. Baby kuar diam je. Saya makin kuat menangis.. tapi doktor cakap semua ok. Abang pujuk.. pegang tangan... sambil doktor proceed jahit apa yang patut. Masa jahit tak sakit kerana kesan epidural. Lama gak jahit tapi saya tak tanya apa-apa... tak cakap apa-apa... risaukan anak...

Lepas setengah jam... nurse bawak baby.. Ya Allah.... comel.... abang terkulat-kulat tak reti pegang.. nurse suh azankan. Kemudian letak di sisi saya.... saya susukan untuk kali pertama.

assalamualaikum.... ammar zafran


after all.... saya tak rasa serik pun untuk bersalin lagi. Subhanallah.... indah.

Tuesday, August 26, 2014

kisah bersalin sulung (part 2)

sabtu- 16 ogos 2014
pukul 10 bergerak ke kubang kerian...  sebelum serah diri ke wad... pusing-pusing dulu dalam mydin. Capai sikit-sikit barang untuk kegunaan dalam wad. Konon nak abiskan 2 jam dalam mydin.. heh.. cakap besar je. Setengah jam jalan semput kut. Mata meliar cari kusi je... Kejap-kejap nak duduk. Abang jalan laju je... selalu tinggalkan mak buyung (sebenarnya saya yang lemah gemalai jalan).

Then... register nama di kaunter kecemasan HUSM. Ari sabtu kaunter pendaftaran yang biasa tidak dibuka. Bergerak ke wad 2 Akik. Ooo.... aircond.. best.... apesal tak ramai ni? Rupa-rupanya ni wad khas untuk golongan yang ada kes- GDM, hypertension, jantung, kembar dll. Wad ni tak benarkan peneman berada di sisi kecuali waktu melawat sahaja iaitu kul12-1 tengahari, dan kul 5-7 petang. Jadi abang hanya menanti di bilik menunggu (lelaki) dengan pas khas. Jenguk saya waktu melawat sahaja.

Malam pertama di HUSM sekali lagi scan baby...amik darah...  merasa kali pertama apa yang dikatakan "seluk" yang menakutkan tu. Seluk atau vaginal examination (VE) adalah igauan ngeri bakal ibu di hospital. Hehhe... terkenang....

alat CTG... tengok heartbeat baby dan kadar contraction




the kuning ward



ahad- 17 ogos 2014
pukul 8 pagi VE dilakukan dan doktor mula induce dengan ubat jenis pil. Menangis time VE sebab memang dilakukan sedikit kasar untuk ransang bukaan. Tengok glove doktor penuh darah aiiii.... seriau mak. Ransangan bukaan tu buatkan saya merasa sedikit contraction dan jugak terkepit-kepit berjalan ulang alik toilet. CTG dilakukan lepas sejam induce tengok bacaan contraction. Abang datang kul 1 waktu melawat saya berpeluh satu badan. Tahan sakit. Hasil induce dengan pil tu... bukaan 2cm pada kul8 jadi 3cm pada pukul 2. Hek eleh... 1cm je??? sakit kemain. Darah keluar berketul-ketul dari pagi hingga malam...

Masuk waktu maghrib sakitnya hilang. Dapat tidur malam dengan best sekali. Prosedur ARM untuk bersalin belum dapat dilakukan kerana keadaan saya belum bersedia.



isnin-18 ogos 2014
pagi bermula dengan VE lagi. Adalah sedikiiiit kurang sakit berbanding sebelumnya sebab rahim sedikit lembut. CTG dan tekanan darah diambil berterusan..... dan selama saya dalam wad... saya diberi diet khas untuk masalah GDM. Tu yang sangat sedih..... tak sedap betolll.

Oh ye... disebabkan saya akan bersalin cara induce. Doktor tawarkan epidural untuk mengurangkan kesakitan.. kata orang.. induce sangat sakit. ye kerr?

Bibir sangat kering. Mengelupas teruk sebab duk dalam aircond berhari-hari. Anta pic ke whatsapp abang.. gambo barang... pesan suh beli vaseline petroleum jelly. Ok skit lepas sapu kat bibir.


kesian abang... macam-macam pesen gaya menunggu... lama amik cuti teman bini dalam wad

selasa-19 ogos 2014
Abang beli burger zinger KFC. Makan sambil nangis sebab tacing sangat.. huuuuu... sedapnya.... masih terperuk dalam penjara aircond ni.

rabu-20 ogos 2014
Muka masam. Hati sakit. Saya protes takmau VE. Sebab dah beberapa hari doktor janji nak masukkan saya dalam labour room tapi asik full aje. Baby sangat sayangkan mama.... dia memang tak mau lagi mama rasa sakit. Memang contraction tiada sejak isnin... ahad tu pun sebab induce pil.


Sunday, August 24, 2014

kisah bersalin sulung ( part 1)





rabu- 13 ogos 2014,
saya ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan rutin (antenatal). Alhamdulillah HB darah dah mula stabil lepas saya berdisiplin dengan ubat. Namun hasil ultrasound doctor kesan air ketuban kurang.. katanya kondisi ni namanya "oligo"... haaa... sedap namanya. Kadar air ketuban yang molek ialah 8.0. Tapi bacaan saya menunjukkan 7.23... Konon saya perlu pergi segera ke hospital dengan ambulan. Tapi saya berkeras takmo lagi dengan alasan baby masih aktif. Saya yakin dan saya tawakal. Hati saya sangat kuat menentang. Doc izinkan...syarat kena gi awal pagi. orait!

khamis- 14 ogos 2014
awal pagi ke HUSM, dengan beg 1 beg baby dan 1 bag mummy. Tunggu di kaunter O & G. Agak lama juga tunggu turn. Akhirnya sampai giliran... diperiksa oleh doctor pakar lelaki... err... foreign. Abang tercengang jugak tapi pemeriksaan ultrasound je bukan pemeriksaan intim.. hihii....  Hasil dengan peralatan hospital yang canggih itu.. bacaan air ketuban ialah 6.40. Lagi kurang dari yang klinik kesan! Gulp! pucat gak masa tu. Doctor Abdullah berusaha bercakap dalam bahasa melayu walaupun saya respon in english. Respect. Katanya suh masuk wad... induce and beranak hari tu jugak... bahaya...

Kami laki bini blur... takut wei... tapi pastu doc suh cek ICG (heartbeat) baby.. tengok kalo stabil.. leh delay lagi admit ward..  CTG amik masa dalam 20 minit. Saya tertido.. sebab lama kut kat hospital. Saya penat. alhamdulillah.. baby godek2 gerak bagus. Keputusan- perlu serah diri masuk wad hari sabtu. ahad buat operasi.

jumaat- 15 ogos 2014
ke bandar... melampiaskan nafsu makan di tempat-tempat yang dikehendaki tanpa bantahan dari suami tersayang. Heaven!! juga solat hajat (berdua je). mohon dipermudah... sebab semuanya di tangan Allah.

Monday, August 11, 2014

tanda-tanda hampir bersalin

bila yer dia nak kuar??

Tinggal sepuluh hari lagi jangkaan hari bersalin... tapi kalau lagi cepat lagi bagus. Benda yang kita sakit dan takut biarlah cepat berlalu. Dan memang tak sabar nak tengok baby sulung ni. Setakat ni benda yang saya duk ngidam sume abang dah penuhi... emmm.. hampir semua. Cuti rehat bersalin saya request awal-awal.. kiranya seminggu awal. Tak larat dan takde mood langsung nak kerja... bawak belon besar ni kehulu kehilir. lagipun risau nak turun naik tangga kerap sangat. 

Hampir setiap hari saya google tentang hal bersalin... cuma video bersalin je tak tengok... dulu-dulu time duk blaja kat u adalah tengok gak. Start ngandung ni tak mau tengok... takut... kalau teringin sangat pun stakat tengok video perkembangan baby dalam rahim. 

Setakat ni saya mengalami sakit belakang, sakit kat bawah tuuu bila berjalan, perut nampak makin rendah keboyotannya, keputihan, kontraksi ringan tengah malam, kerap kencing, dan muntah bila makan berat. Lusa pegi klinik kesihatan..... harap sangat kesudahannya saya terus naik ambulan, pegi hospital dan terus beranak! banyak cantik.... macam la mudah..... kata orang hazabnya akan dikenang sampai hujung nyawa... 

Baby.... mama nak sangat tengok baby..... 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



1.Sakit Belakang-

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil.Dalam masa yang sama, ia juga menjadi petanda awal kelahiran.Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat.Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang.keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan beralih kedudukan dan menekan tulang belakang.

Sementara itu, bagi mengurangkan rasa sakit belakang yang dialami,posisikan diri anda seperti merangkak,kemudian angkat atau tinggikan badan ke atas.Lakukan sehingga kiraan lima.Ulangi cara yang sama untuk beberapa kali.Selain itu, anda juga boleh mengurangkan rasa kesakitan dengan banyak berjalan.Malah, ia juga membantu mempercepatkan proses kelahiran. Jika sukar untuk berjalan, minta suami anda urut bahagian belakang semasa anda berbaring secara mengiring.


2.Kontraksi rahim-

 Kontraksi adalah antara tanda awal dan isyarat paling penting yang menunjukkan sudah tiba masanya untuk anda bersalin.Kontraksi adalah  rasa tegang pada perut malah kadang-kadang anda  akan berasa sakit di bahagian tengah perut sehingga ke bahagian ari-ari.

Sekiranya sudah mengalami kontraksi,cuba perhatikan dan catatkan jarak masa di antaranya.Kontraksi sebenar berlaku secara  teratur  pada jarak masa yang konsisten.

Jika kontraksi yang dialami berlaku setipa lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setipa kali, secara teratur dan semakin kerap,segera bergegas ke hospital pilihan agar anda boleh mendapatkan pemantauan daripada doktor yang memeriksa kehamilan.Perlu diingatkan bahawa braxton Hicks tidak sama dengan kontraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.

3.Bloody show-

Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj.Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis.Perlu diketahui, apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan.

Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks.Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi.Jika anda mengalami tanda sebegini, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital.  Hal ini kerana tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum anda melalui proses kelahiran.Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.


4.Pecah Ketuban-

Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak.Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak berwarna.Sebaliknya jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih  berada dalam kandungan.

Ramai wanita hamil  yang keliru tentang perbezaan air ketuban dan air kencing.Untuk pengetahuan,air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.Air ini berwarna jernih dan tidak berbau. Tidak seperti air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing.

Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.Jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sementara itu, menurut kajian kebanyakan wanita tidak pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin.Apa yang berlaku ialah doktor akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

5.Serviks terbuka-

Sebaik sahaja kontraksi berlaku,pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis.Walau bagaimanapun,hanya doktor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan.Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10sm.


6.Perut memulas-

Disebabkan bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan,ia akan memberi tekanan kepada saluran yang dikhususkan untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa ingin membuang air besar.Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tanda umpamanya.

7.perut "turun"-

Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah,manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong.Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.


8.Kerap membuang air kecil-

Apabila bayi sudah bergerak ke bawah,sudah pasti ia akan memberi tekanan pada pundi kencing. Atas sebab itulah,anda akan mula kerap berasa hendak membuang air kecil.

Sunday, August 10, 2014

dilema: bersalin di hospital swasta atau kerajaan.

gambar berhias


Bismillahirrahmanirrahim...

Saya mulakan entry ini dengan rasa berdebar menghitung hari kelahiran putera sulung. Sesungguhnya saya hanya mampu berserah kepada Allah soal keselamatan dan kesejahteraan saya dan anak yang bakal dilahirkan nanti. Makin dekat hari... makin risau...

Timbul persoalan dalam kepala ni... di hospital mana? swasta atau kerajaan @ government. Saya tau pakar yang terbaik ada di hospital kerajaan. Cuma seriau mendengar kisah-kisah yang kurang menyenangkan bila soal bersalin di hospital kerajaan. Bukan niat nak kondem. Saya sebagai kakitangan kerajaan amat memahami bebanan doktor dan nurse... dengan khalayak patient yang terlalu ramai, bukan setakat tenaga yang perlu dikerahkan, tapi kebolehan mengawal emosi pun perlu. Selalu je kan orang kata nurse suka marah-marah. Yang sakit makin bertambah sakit. Namun ada juga yang berpendapat layanan nurse sangat mesra dan terbaik. Ikut nasib lah...

Bersalin... amat menyakitkan... dan saya juga mahu suami tercinta rasa selesa sepanjang saya dalam rawatan dan proses bersalin.

Berikut adalah beberapa link yang baru saya buka.

 http://cikleley.blogspot.com/2012/08/bersalin-di-hospital-kerajaan-vs.html

http://adiwafa.blogspot.com/2011/10/cerita-bersalin.html

http://purplelilyth.blogspot.com/2013/01/kronologi-bersalin.html

Monday, August 4, 2014

false alarm (aidilfitri 2014)



Begitulah besornya perut di kala sambutan aidilfitri 2014 ni. Heheh... tasnim dress dari caryazara ni saiz 38. One size bigger biasa saya pakai saiz 36. Alhamdulillah muat untuk disarung.





Pagi raya di rumah in law... petang di umah mama. Petang beraya di mana-mana umah sedara yang dekat. Tak mampu gerak jauh da... bila-bila masa je leh meletop perut ni. Beg emergency memang dah standby dalam kete.

Al-kisah raya kedua ada tetamu datang (masa ni kat umah in law)... layan tetamu dalam sejam. Pastu saya berehat atas sofa. Sambil usap si Queen yang manja bertenggek atas riba, tiba-tiba je saya rasa pening. Pening kepala rasa berpusing. Semua benda dalam umah pusing dengan laju.

Abang! Abang! Saya pening ni.. pening sangat!!!

Keadaan dalam umah kecoh jap. Saya pejam mata dalam 10 minit... Peluh dingin basah dahi ni... bila rasa dah kurang sikit pening saya jalan slow-slow pegi toilet.. muntah. Pastu baring atas katil.

pendekkan cerita.. sumbat sume kelengkapan masuk wad dalam kete... minggu 36 ada kemungkinan saya akan bersalin... dalam kepala yang masih pusing-pusing tu saya kuatkan diri bertahan dalam jalan jem musim raya. Perjalanan amik masa dalam 45minit ke husm kubang kerian.

masuk unit kecemasan.... amik darah cek heart beat baby... kata doc... hanya false alarm. Tapi tak lama dah ye... due dalam 3 minggu lagi. Sekian.

Wednesday, July 23, 2014

menghitung hari

Berat baby makin maju.... Dalam minggu 36 berat dia dah 2.7 kg. Anggaran berat ni dibuat dengan cara ultrasound. Doc akan ukur saiz kepala dan perut baby. Biasanya berat yang sebenar sedikit berat dari anggaran. Mungkin si kecik ni cecah 3.0+ kg time lahir nanti.....

Berat saya waktu mula hamil ialah 49 kg... Kadang makin turun dan kadang naik. Kandungan 9 bulan ni baru 51 kg.

Kaki sembab dan sakit bila melangkah. Pagi tadi abang yang hantar ke tempat keje. Dugaan betul mengandung dalam diabetes dan bulan puasa. Semoga Allah permudahkan. Menghitung hari....

Teruja dengar berita dari suzana. Sudah hamil 15 minggu. Tahniah.

Sunday, July 20, 2014

sakit celah paha (pelvic pain) - minggu 36

Ingatkan pagi tadi tu amaran bersalin... sakit oooo...... nak melangkah pun haduiii.... tarik napasss.... bila rujuk google rupanya simptom biasa akhir kehamilan. So... bersabor je lah. Tahan sakit ni... dan mengajar cam biasa. Baby sangat aktif... tendangan padu dihayunkan tidak mengira masa.



pubic/pelvic pain ni jugak dikenali sebagai pubic symphysis diastasis (SPD)...dia terjadi disebabkan oleh kelonggaran ligamen pada pelvik/sendi di kawasan kemaluan...puncanya adalah disebabkn oleh hormon relaxin yg melembutkan sendi2 tersebut...secara umum, SPD ni sebenarnya memudahkan proses utk bersalin nanti...

kalau org kita cakap, kepala baby tu dh ke bawah & menekan bahagian pelvik...

antara simptom2 SPD:
(1) sakit belakang, sakit pinggul
(2) rasa ngilu di kawasan kemaluan
(3) sakit peha/kaki terutama bila berjalan, turun naik tangga atau bergerak atas katil
(4) sakit yg teruk pada waktu malam

cara mengurangkan kesakitan:
(1) bykkn berseman (senaman yg sesuai utk ibu mengandung)
(2) sewaktu duduk, pastikan kedua2 kaki rapat & tidak tergantung (kaki kena lurus pijak lantai)
(3) elakkan berdiri terlalu lama

Saturday, July 19, 2014

berurut sebelum bersalin



Pagi tadi jumpa tok bidan...

First time diurut... banyak jugak benda baru blaja...
dan suspen bila dia bagitau kedudukan baby dah sangat ke bawah... tak boleh dialih naik dah..... tggu masa... anggaran dia dalam 2 minggu lagi baby akan lahir... hadoi... tiba-tiba berpeluh rasa. Skang ni minggu 36.. cukup 9 bulan. Baby cukup ligat gerak.. berbonjol-bonjol timbul siku kaki dia time tok bidan usik. Hmmm..... anak jantan mama...

Lepas berbuka... pangkal paha sakit sangat.. macam lebam. tapi takde lebam pun. Kata ibu sebab baru 1st time berurut... pegi plak time perut dah sarat sangat.. urat dah tegang.... cam penguin jalan... sakit.

benarkah.... 2 minggu lagi?

Wednesday, July 16, 2014

mummy to be....... sooner or later



Minggu ke 35. Ya Allah... cepat sangat masa ni. Dalam hati ni sentiasa teruja dan takut. Teruja nak timang anak... darah daging sendiri. Mesti banyak rutin hidup yang akan berubah. Masa dan perhatian akan lebih tertumpu pada si kecil nanti. Dan pastinya bermain di fikiran.... kesakitan waktu melahirkan nanti. Saya ni penakut.... rasanya masuk wad dulu pun sebab demam. Tak merasa lagi sakit cedera kemalangan, luka berdarah teruk... jadi tak dapat bayangkan kesakitan berjuang di labour room. Yang dikatakan majoriti sahabat sebagai saat bergadai nyawa... kesakitan yang tiada tolok bandingnya.

Doa saya agar dipermudahkan kelahiran anak ini. Zuriat pertama kami. Pengikat kasih. Semoga dilahirkan anak ini sempurna akal dan fizikal. Baik budi dan akhlak. Anak yang membawa cahaya dan kegembiraan buat semua. Tangisan yang dinanti.... mama dan papa menunggumu sayang.....

Sunday, July 13, 2014

perut gatal ketika hamil.. dan mimpi aneh

Serius aku tak pernah jangka seteruk ini rasanya bila kulit meregang. Nangis tengah-tengah malam sebab tak tahan gatal sangat. Aku sapu bio oil... masih gatal... sapu lak strech mark cream.... tak hilang gak.... bila basuh area perut yang gatal tu rasa pedih sangat masa lap ngan towel... gosok ngan towel rasa cam guna berus besi. Pedih... aku sapu bedak bayi.... ada lah rasa smooth sikit bila gosok. Dulu penah rasa gatal masa kandungan 6 bulan... ni time 8 bulan tetiba rasa lagi dan sangat tak selesa jadinya. Nangis aje lah... nak suh laki tolong pun dia takleh wat ape jugak.


Perut dah tak lawa.... ni sume abang la punya pasal.. waaaaa.........
Mama tunggu baby kuar... harap-harap hilanglah gatal-gatal ni.. akan mama usahakan parut tu sampai hilang.

Sebenarnya selain dari gatal-gatal perut.... aku terjaga semalam sebab  mimpi... mimpi yang ada beberapa orang bagi nasihat. Suruh buat itu ini untuk kelahiran anak. Dalam mimpi tu aku cam keliru sebab banyak perkara yang aku tak jangka dan aku tak faham nape kena buat semua tu. Bila tersedar aku cuba ingat balik kata-kata dalam mimpi tu. Tapi dah lupa dan tiba-tiba fikiran jadi celaru... sebab cuba ingat balik. Bila dah rasa tensen kepala jadi sakit... tambah plak perut wat hal....

mimpi apakah itu
gambar hiasan..

Monday, June 30, 2014

ramadhan pertama bersama (2014)



Alhamdulillah...
masih dikurniakan kesempatan untuk menikmati bulan mulia ini. Ramadhan... Kali pertama meraikan bulan ini sebagai suami isteri. Indah sekali.

Puasa
Sahur pertama saya masak lauk yang saya gemar... daging goreng. Abang tak banyak songeh. Maklumlah dulu sahur zaman bujang ala kadar. Saya dah kurang cergas... tak banyak dah lauk mampu disediakan... perut sudah 8 bulan memboyot. Cuma saya masih ambil ESP shaklee untuk tenaga tambahan. Tambah lagi dengan ostematrix dan vco.

Sudah mula solat sambil duduk.. kerana rasa senak bila rukuk. dan sangat perlahan untuk duduk bangun sakit pinggang. saya masih mampu sujud seperti biasa.

Puasa saya cuba jalani sebaik mungkin. Anak mama merengek-rengek bila tengahari. Saya tunjuk perut pada abang.. pelik membonjolnya.. keras. Biasanya senget menghala ke kanan. Baby suka parking nyendeng kat kanan kut. Terhibur tengok perut berombak-ombak....hihi.. baby mama lapar ye. Sabar ye..... Dekat-dekat time berbuka betul dia mengeras hehe... sabor yer... comel tul.

Sebulan lebih lagi mama akan jumpa sayang... insya Allah...



Friday, June 20, 2014

minggu 31 1st time mummy to be

gambar hiasan... my tummy got stretch marks!!!!

berat perut.... minggu ni memang sepenuhnya drive pegi skolah.. Even duk kat kuarters... mengah woi jalan kaki then naik opis nak thumbprint. Pusing jugak ler stereng kete.... Gap antara kelas kadang-kadang tertidur... dah bawak bantal kecik. Lentokkan kepala kat meja keje je.... so far takde orang marah lagi. Maybe sebab diet gula yang buatkan saya makin lemah skang. 

sedikit petikan kisah semalam...

Masuk dapur.... cuaca panas... buka peti ais amik air sejuk... tuang dalam gelas...  minum sambil berdiri... tak tahan dahaga dan panas...

Rakus dan gelojoh minum... terbatuk... batuk dan batuk.. kong kong

"Abang!!!!!!... Aaaaaaa..............."

Abang datang. 

"Ha nape? Ape?"

-"Saya terkencing lagi....." sambil buat muka comel hagemaru... 


susah nak control pundi kencing yang makin sempit ni. haihhh.... banyak kali dah terkucil. T_T

Thursday, May 29, 2014

sayang mama sudah 7 bulan... yey!

masuk minggu ke-28 kehamilan... maka dah masuk 7 bulan dah kan. Cepat masa berlalu...  meski pun mama tengah berperang dengan GDM  (gestational diabetes mellitus).. harap anak mama pun sama-sama kuat. Takpe lah mama terpaksa diet dan kena inject berkali-kali. Asalkan anak mama lahir nanti sihat dan kuat.

Kemain kuat ye tendang mama.... tengah mama tido makin dush! dush! dari dalam. Hehe.. pusat mama timbul.. ayooooo... tak comel plak terpaksa mama cover-cover skit. Memang terasa sangat baby cepat membesar dalam trimester ni. Rasanya ni tempoh badan baby diselaputi lapisan lemak di bawah kulit. Kulit anak mama akan hilang kedut. Nanti lahir chubby bulat montel.. lagi kiut dari beruang panda juta-juta tu!



ni bukan perut mama tau... mama amek dalam youtube... tengok gaya penyepaknya memang sama lah ngan anak mama....




amacam... walaupun mama slalu terkejut... tapi rasa seronok! hehehehe

sekiranya ditakdirkan anak mama lahir sekarang mungkin begini saiznya... besar skit je dari tangan papa... tapi harapnya jangan la lahir tak cukup bulan.... tak best tau wayar penuh badan... mama tak boleh peluk.