Friday, February 28, 2014

vsd occlusion of my beloved hubby

Hari khamis 20/02/14 abang balik bawa berita.... hospital call... bajet pembedahan untuk menampal jantung berlubang yang menelan kos rm13k sudah lulus. Kena masuk wad pada ahad, operate hari isnin. Gulp! susulan dari pemeriksaan pada tahun lepas. Sebelum kami kawin..waktu tu tengah wat urusan cetak kad kawin.. saya temankan abang pegi husm untuk pemeriksaan. Ada dalam entry ini.

Hari jumaat dan sabtu kami suami isteri cuba untuk tidak layankan sangat perasaan. Macam-macam yang terdetik di hati. Tapi kami tahu... masanya akan tiba dan lambat atau cepat kami terpaksa hadapi. Pembedahan perlu dibuat sebelum abang mencecah 40 tahun. Takut mudah semput katanya. 

pada hari ahad 23 feb 2014.. check in HUSM Kubang Kerian, wad 1 selatan (surgeri lelaki). Jenis pembedahan ialah VSD Occlusion. Ape tu? sila tanya doktor ye.

gilir-gilir ngan abang... saya pun antara insan yang tak berupaya gak buat masa ni. Perut tu dah 3 bulan lebih. Baring pun nampak boyot. Masa berdiri lagi la meriah penonjolannya. Lenguh jugak hospital sediakan satu kerusi je untuk penjaga. Syok juga layan fb sesambil baring ni.

Abang suka memancing ngan ipad ni. Dapat ikan nanti kita bakar ye sayang..hehe

ini je yang paling menyeksakan abang. Berkali-kali dia duk aduh-aduh ngan tangan yang cucuk camni. Manja gedik tul. Tengok budak kecik katil seblah rilek selamba je jalan merata ngan tangan gini.

ari kejadian...ari isnin.. abang mulakan pagi dengan tido.... dan tido memanjang. cubit pipi pun tak sedar.. liat nak bangun... 


ni dalam pukul 11 pagi. Patient seblah pun kes yang sama. Abang duk gelisah je tengok. Pasni turn dia.. 

dapat injection, telan ubat dan jugak antibiotik dalam iv drip. Abang dibawa ke ruang depan OT... duk berselawat dan baca apa-apa doa yang patut.

15 minit tunggu di ruangan ni

abang... saya ada ni...

doc cakap, awak bleh je teman and masuk tengok kejap. Saya duk kat pintu... terbaca notis kat situ ada amaran ibu mengandung tak boleh berada disitu sebab bahaya radiasi x-ray. Terus saya blah cepat-cepat masuk balik wad.. baring-baring jap.. selawat dan solat asar. Dalam kul 6.20 both parents. Mama abah dan in law datang.. waktu melawat. saya cakap abang masih di OT.

abang baru kuar OT. Mengigil jugak tengok abang.. dengan wayar berselirat. Tak sedar. Saya panggil abang.. ada respon.. buka mata sikit. Tapi saya tau abang masih separa sedar. 


pindah masuk ke wad. Abang kata pening.. tak cakap banyak sangat. Cuma komplen tak selesa ngan bantal hospital. Seb baik saya bawa bantal baby. Kononnya nak letak kat belakang ibu mengandung. Takpe lah.. abang tido la ye...

pukul 12.00 malam... yey... hero sedar sepenuhnya. Nak gi toilet. Tak syok kencing guna tiub. Hahaha... macho gak takmo dia guna wheelchair.. jalan kedek-kedek cam budak baru bersunat. Pembedahan tu melalui salur darah dekat pangkal paha. So.. sakit kut nak jalan.

selasa pagi.. hero dah nampak bermaya skit. Tapi masih dengan ketidoran. Saya duk whatsup adik-adik jer... 

report ECG... tak paham

lakaran organ yang dibedah. Tu hitam secoet tu ialah kawasan berlubang yang telah ditampal. Pasni jantung tu dah takde kebocoran dan jantung seblah kiri dah tak terbeban cam dulu.



buat echo scan kira-kira kul 4 petang. Yeah.. lubang pada jantung dah tertutup. Alhamdulillah. 


sejujurnya pada hari jumaat ini saya tak sihat. Tekak sangat pedih.. nak demam rasanya.. kerap sangat mandi.... tengah malam pun mandi sebab cuaca panas. 

No comments:

Post a Comment