Monday, March 3, 2014

bebelan nurse menjelang trimester kedua

bosan dengar nurse membebel... HB turun... berat badan tak naik.. saya cakap masih lagi muntah setiap petang.. sebenarnya tengah tak sihat. Batuk dan demam. Arini saya skip kelas tingkatan 2 di tingkat 4 sebab kelas yang sebelumnya saya batuk sampai tak kuar suara. Tekak rasa kering dan gatal. Kepala pening turun naik tangga tu pun nak pitam.

Makan dan minum sangat tidak terurus.. kebanyakan masa saya paksa diri telan makanan. Lepas 10 minit semua dimuntahkan. Dah mula masuk trimester kedua.. kenapa masih lum abis muntahnya... kesian baby..

Risau sangat dan pikir macam-macam. Saya bagitau abang nak scan baby kat klinik alif. Dalam 15 minit menunggu. Saya heret abang... sama-sama masuk jumpa doktor zakiah. Cakap nak scan baby.

5 minit dalam bilik ultrasound tu... cukup membahagiakan. Abang melopong tengok baby...dah cukup sifat.. tendang-tendang... nampak kaki dia panjang.. Tiap kali perut ditekan dia tendang balik.. tangan duk genggam-genggam sekitar kepala. Tak duk diam. Wah.. teruja sangat. Alhamdulillah dia sihat. Berat baby dalam 127 gram. Teciknyer diewwwww.... ayat gedix jap. Panjang badan dalam 9 cm. Huhu.. memandai je tafsir gambar scan tu.. harap betul la apa yang saya pikir.. sebab tak paham sangat catatan ringkas dalam tu.

Tengah berazam nak mula balik minum susu kambing. Terbengkalai sikit urusan makan berkhasiat angkara pelbagai krisis dalam 2 minggu ni. Cuaca pun sangat panas..

Teringat pesan nurse... jangan banyak sangat beli barang baby.. baju mengandung pun sekadar 2,3 pasang sudah cukup. Risau perkara tidak baik berlaku.. nanti lebih parah kesannya. Na'uzubillah... akan saya hati-hati. Saya sangat inginkan anak ini.

1 comment: