Sunday, March 23, 2014

pokok meletup opocot

hari sabtu yang sangat panas... ke bandar pasir mas abang nak tukar tayar kete yang belakang... tak pernah ditukar sejak beli kereta. Yang seblah depan dah tukar sebelum gi honeymoon dulu. Otw balik abang tanya nak beli apa-apa lagi ke... cuti sekolah ni... saya je cuti abang masih keje kt opisnya.

Abang.. saya nak beli pokok.. cian umah kita togel je... ada pokok bunga kertas kat pagar tu pun papa yang tolong tanam. Meh la... singgah kat nursery pokok jap. 

Huhu.. berenti lah kami di satu nursery pokok sebelum pasaraya Pantai Timur Pasir Mas. Agak lama juga kat situ... nak beli pokok tapi bukan reti pun pilih... memang la banyak pokok yang cantik. Tapi tak tau yang mana senang nak jaga. Last-last saya pilih pokok jenis pine. Kecik.. dalam setengah meter tinggi. Pokok tu masih dalam polybag hitam. Kata budak penjual tu better tanam dalam pasu sebab pokok ni lambat lagi besar. Dalam 4 tahun baru boleh nak pindah tanam luar pasu. Masa tengah kecik ni lagi kiut kalau duk dalam pasu.

Pokok pine tu rm10 satu dan pasu harga rm4. Saya beli sepasang kepit kat tiang depan umah. Masa terkial-kial pilih black soil nak sumbat pokok dalam pasu kat umah... budak penjual tu cakap biar dia je buat. Free jer..huhuuhuh... ok... hahahaha... lagi senang. So kami tunggu 5 minit dia pindah masuk pokok dalam pasu.. buh tanah..taruk baja dll. Budak tu angkut pokok masuk dalam kete.

Jeng..jeng... sampai umah. Teruja kut... beli pokok ni... dah siap dipasukan lagi. Leh la berlagak ngan papa...  comel je sumpat pine dalam pasu.

Saya buka pagar umah... buka sliding door..pastu buka cage kucing... tiba-tiba bunyi, "BOM!!!"

Dengan slow motion saya pandang belakang.. aaaaaaa..... pasu bunga aku!!! Abang terlepas pasu masa keluarkan dari kereta. Dia pegang plastik mana la cukup kuat nak hold pasu berat. Seb baik juga masih dalam plastik takde lah bersepah tanah kat situ. Alahai.. kami sama-sama melopong. Saya dah terjebik-jebik muka monyok.

Takpe... takpe... nanti abang beli pasu lain ye. 

gambar hiasan



*berakhir dengan aktiviti memasukkan pokok dalam pasu. Nyata tak semudah yang disangka. Tq sayang. Sekian.





No comments:

Post a Comment