Tuesday, May 13, 2014
ibu hamil panas sokmo
-Tubuh wanita tengah mengalami banyak perubahan termasuk perubahan hormon. Kadar metabolisme jadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas.
-Keadaan bayi yang semakin membesar juga menyebabkan tubuh ibu cepat berasa panas. Penghasilan hormon progesteron akibat meningkatnya suhu tubuh janin dalam kandungan boleh menyebabkan rasa panas.
-Peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas.Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.
Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ni boleh menyebabkan ibu2 pitam dan pengsan..
MY SITUATION IS
-suhu harian mencecah 39'c
-aircond tempat kerja rosak
-kipas tempat kerja pun dah berusia 10 tahun, berkarat dan sedeyhh sangat.
-meja kerja yang padat tak membolehkan saya meletakkan kipas peribadi.
-balik rumah dalam keadaan yang amat lembik penat panas dan haiiiii lah.....
-mandi di rumah 5,6 kali sehari
-bila basahkan badan.. air kering tak sampai seminit..evaporated gitu
-bilik tidur menghadap kepanasan mentari petang.. begitu juga ruang tv
-jarang dapat berpakaian sopan di rumah... you know what i mean~
-beberapa kali bermimpi tentang aircond.. owh >.<
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment