Monday, February 11, 2013

kami penyepit

ok... nampak familiar kan mini pelamin ni... saya pinjamkan set bertunang aritu... lagi pun majlis akad nikah je. Nanti resepsi leh sewa yang boom boom gempak lagi kan akak...... alhamdulillah majlis dah selesai. Kurang sorang 'cik' kat skolah. Kami pun tak ketinggalan amik berkat posing kepit-kepit ngan pengantin.


 berkepit membawa berkat


cemolot skit...... ummmmmmm... cayam dia

Sunday, February 10, 2013

dengan satu lafaz

peti harta karun kak lin

larilah hingga ke hujung dunia,
berenanglah hingga ke dasar lautan,
terbanglah hingga langit ketujuh,
kalau sudah jodoh pasti bersatu jua

Satu petikan dari novel feveret.... hmmm... hari ini satu sejarah tercipta. Termeterai satu janji dan ikatan... yang cukup dinanti... benar jodoh itu rahsia Allah. Beberapa gambar eksklusif majlis pernikahan Kak Lin. Hanya jemput ahli keluarga sahaja. Majlis kenduri atau bekwoh akan berlangsung pada bulan Mei. Kak Lin dan Abg Shah Rukh... semoga ikatan ini berkekalan hingga ke syurga. Amin..

pak aji betulkan serban... dia lak neves agaknya.

abg shah rukh tgh prektis lafaz
hah ini kontrak nya..... jangan marah nanti kena jual

sign kontrak sampai ke syurga tu kak....

akak yang cumel


satu lafaz dan SAH. Aku lak yang sayu lagi pilu time ni


abg shah baca kontrak dia lak


istiadat bercincin

rapat lagi... rapat lagiiiiii....
Dalam hepi-hepi tadi... ati ni sayu jugak.... sedih.... takut kehilangan akak yang tersayang ni. Dapat lak suami orang jauh....  terpaksa ku lepaskan dikau pergi :'(

Saturday, February 9, 2013

it's all about prep

Busy, busy, busy.... a few days disconnectod from my chubbychubbyz. Yupppp... this is real business and it's hectic..super hectic... i really mean it.

bought from Romantika. This big classy glasses. Simple yet elegant. Just add water to give a touch of magic to the fake orchid. Artificially beautiful
always with 'less is more'

they could be a nice decoration... if they stop running around.

Saturday, February 2, 2013

lamb chop setiap hari

juicy and tender lamb chop
Mana tak kembang badan... selalu je bedal lamb chop. Huhu... saya buat sendiri. Dapat dari pembekal kambing panggang yang jual kat hotel-hotel tu.... just half cook dalam microwave pastu grill kat halogen cooker tak pun pemanggang 'ajaib' cam vantage dalam tv tu. Kejap je masak. Lembut lak tuh.... tak mampu digambarkan betapa bahagianya dapat makan lamb chop sepuas hati. Sedap nye bagai di awangan~

menstrual cramps

thermos bag tu beli kat mana???

Cramp kaki senang je nak atasi. Camne nak buat bila perut meragam kala bendera jepun berkibar? Sakitnya amat mengganggu emosi, jiwa dan sanubari. uhuhu... 

hormones called prostaglandins trigger muscle contractions in your uterus. While these contractions help to expel the uterine lining, they also cause menstrual cramping and can constrict the blood vessels to the uterus, which results in pain and cramping to the abdomen.

tertido dengan lappy atas perut... hangat dan nyaman sekali.... cian takde thermos bag cam pompuan tu. (seb baik tak ranap lappy....kalo jatuh..errr)

mari membeli rumah

nak gi bayar kat kaunter jap


selain daripada kereta mari kita godek-godek umah plak....

ni ada satu blog yang menarik... untuk warga pasir mas khususnya... adei... rasa dah tua plak. Nak beli umah dah.... padahal tengah hula-hula main teddy bear lagi. hihihi


klik sini ---> maka corporation

umah tu nanti kat luar kita warna kan coklat 3 tone....
ruang tamu tema black white
bilik tido pink!!

Friday, February 1, 2013

kisah kecewa di chim chum food village d' bayam kota bharu

indah khabar dari rupa restoran chim chum food village d' bayam kota bharu. Sebelum ni excited tulis entry penemuan business card restoran tu. Tapi hasilnya amat mengecewakan. Bukan sekali-kali niat nak kondem restoran orang melayu. Saya pasti tokey besar takde malam tu. Saya dah la tengah demam, kena plak insiden yang sakitkan ati. Mula naik sakit kepala. Mengamuk la teacher kat sana.

Saya call restoran kira-kira pukul 3 petang dan pihak mereka call for confirmation dalam kul8.00 malam. So excited..

Saya yang tiba dulu... tunggu rombongan budak-budak yang datang ngan bas. Niat mula-mula nak ke food village kuala besar tapi drebar bas suggest datang ke kota bharu je. Lebih dekat. Saya ok je... asalkan anak-anak dapat makan. Kata drebar dia pernah datang. Sama je ngan cawangan lain....kata nya lah.

Dan setibanya anak-anak dengan pakaian lawa-lawa... nak dinner la katakan. Kami menuju ke tempat amik bahan steamboat. Sambil tu meja dah diletakkan tempat grill dan steamboat... berbara hangat dan mengujakan...whoooooo....

tengok-tengok... sume petak makanan kosong. Terpinga-pinga jap. Ada sorang je pompuan yang badan nya besar.... dengan rentak perlahan begitu slow motion buka plastik makanan mentah yang diperap. Saya perhatikan.... ayam perap rempah tu dia buka plastiknya.. kuar semangkuk kecil gitu..... dah la sikit... lembab gile gerakannya... ayam tu masih beku.. tersangat beku melekat semua kepingan ayam. Akak debab tu pandang kitorang yang ramai ni. "Eh..ramainya... sape korang ni?"  eh eh... soalan...  muka dia terkejut tengok ramai orang...takkan la kami dtg nak tumpang berak. Nak makan la kak oi...... tempah dah awal-awal tempat takkan takleh sediakan awal-awal bahan.... dah la restoran yang steamboat ni masak sendiri.

Sekali dia tuang makanan.... terus kami amik... sikit-sikit dia buka... ya rabbi....... slow gila..... tolong la.....  Saya sampai cakap, "Nak saya tolong buka plastik ke? Ni nape beku keras sangat ni? Budak-budak ni ada yang puasa sebab nak datang makan tau."

Ada lebih sejam aktiviti menunggu plastik dibuka dengan lauk sikit-sikit tu. Budak-budak ramai dah give up... amik je nasi goreng...mee... yang dah sejuk... makan tu je alas perut. Drebar bas yang suggest tempat ni pun duk geleng-geleng kepala kesian kat budak


Sangat-sangat kesian keadaan kami malam tu. First time makan buffet yang ditempah ala-ala kena catu makan.


Saya tetap nak puji pekerja yang uruskan bara dan tukang tuang sup... dan kesian diorang pun saya sembur marah. Masa sup kering dia cepat-cepat datang tuang... tempat grill masa tu kosong. Saya marah dia, "tak payah la tuang... nak makan apa. Tak ada apa nak bakar ni".

Sayu tengok lemak ayam tu terbakar kering tanpa makanan untuk dibakar. Sambil mata perhatikan gerak perlahan akak debab dan budak-budak yang beratur tunggu dia tuang makanan beku.

seketul besar daging blackpepper yang beku melekat kepingannya.. so lambat lah nak relai ..... tunggu punya tunggu
Teringat grill buffet yang selalu saya snap gambar... meriah sup dan grill atasnya.. tapi kali ni saya nak amik banyak pun kesian takut budak-budak tak cukup makan. Sayur yang ada cuma sikit cendawan..kangkung.

these kids... they're happy as always...  yang baju putih tu drebar bas.

sori ye anak-anak
Pengalaman saya di Food Village Pengakalan Chepa dan Kuala Besar sangat-sangat best. Saya jarang sangat amik fish ball murah.. hanya grill ayam, daging, udang.. makan satu family puas-puas. Adik-adik jantan yang besar-besar tu pun makan puas hati. Itu lah makan buffet.

Malam di jalan bayam ni.... untuk bayaran RM19.90 per kepala.... rasanya tak sampai RM6.00 pun purata nilai makanan yang dimakan. Kami 36 orang pulang dengan terkilan. Yang menceriakan suasana hanya gurau senda anak-anak. Birthday Alifah... diorang beli satu kek kecil. Happy birthday sayangku.

Bara yang terbakar.. hati aku lagi panas terbakar. Baca dalam blog lain mungkin lain ceritanya. Mungkin malam ni je suwey sikit di sini. Semoga lain kali kisah ini takkan berulang. Food Village d' Bayam, Tingkatkan Prestasi, Kurangkan kontroversi.