Saya call restoran kira-kira pukul 3 petang dan pihak mereka call for confirmation dalam kul8.00 malam. So excited..
Saya yang tiba dulu... tunggu rombongan budak-budak yang datang ngan bas. Niat mula-mula nak ke food village kuala besar tapi drebar bas suggest datang ke kota bharu je. Lebih dekat. Saya ok je... asalkan anak-anak dapat makan. Kata drebar dia pernah datang. Sama je ngan cawangan lain....kata nya lah.
Dan setibanya anak-anak dengan pakaian lawa-lawa... nak dinner la katakan. Kami menuju ke tempat amik bahan steamboat. Sambil tu meja dah diletakkan tempat grill dan steamboat... berbara hangat dan mengujakan...whoooooo....
tengok-tengok... sume petak makanan kosong. Terpinga-pinga jap. Ada sorang je pompuan yang badan nya besar.... dengan rentak perlahan begitu slow motion buka plastik makanan mentah yang diperap. Saya perhatikan.... ayam perap rempah tu dia buka plastiknya.. kuar semangkuk kecil gitu..... dah la sikit... lembab gile gerakannya... ayam tu masih beku.. tersangat beku melekat semua kepingan ayam. Akak debab tu pandang kitorang yang ramai ni. "Eh..ramainya... sape korang ni?" eh eh... soalan... muka dia terkejut tengok ramai orang...takkan la kami dtg nak tumpang berak. Nak makan la kak oi...... tempah dah awal-awal tempat takkan takleh sediakan awal-awal bahan.... dah la restoran yang steamboat ni masak sendiri.
Sekali dia tuang makanan.... terus kami amik... sikit-sikit dia buka... ya rabbi....... slow gila..... tolong la..... Saya sampai cakap, "Nak saya tolong buka plastik ke? Ni nape beku keras sangat ni? Budak-budak ni ada yang puasa sebab nak datang makan tau."
Ada lebih sejam aktiviti menunggu plastik dibuka dengan lauk sikit-sikit tu. Budak-budak ramai dah give up... amik je nasi goreng...mee... yang dah sejuk... makan tu je alas perut. Drebar bas yang suggest tempat ni pun duk geleng-geleng kepala kesian kat budak
Sangat-sangat kesian keadaan kami malam tu. First time makan buffet yang ditempah ala-ala kena catu makan.
Saya tetap nak puji pekerja yang uruskan bara dan tukang tuang sup... dan kesian diorang pun saya sembur marah. Masa sup kering dia cepat-cepat datang tuang... tempat grill masa tu kosong. Saya marah dia, "tak payah la tuang... nak makan apa. Tak ada apa nak bakar ni".
Sayu tengok lemak ayam tu terbakar kering tanpa makanan untuk dibakar. Sambil mata perhatikan gerak perlahan akak debab dan budak-budak yang beratur tunggu dia tuang makanan beku.
seketul besar daging blackpepper yang beku melekat kepingannya.. so lambat lah nak relai ..... tunggu punya tunggu |
these kids... they're happy as always... yang baju putih tu drebar bas. |
sori ye anak-anak |
Malam di jalan bayam ni.... untuk bayaran RM19.90 per kepala.... rasanya tak sampai RM6.00 pun purata nilai makanan yang dimakan. Kami 36 orang pulang dengan terkilan. Yang menceriakan suasana hanya gurau senda anak-anak. Birthday Alifah... diorang beli satu kek kecil. Happy birthday sayangku.
Bara yang terbakar.. hati aku lagi panas terbakar. Baca dalam blog lain mungkin lain ceritanya. Mungkin malam ni je suwey sikit di sini. Semoga lain kali kisah ini takkan berulang. Food Village d' Bayam, Tingkatkan Prestasi, Kurangkan kontroversi.
No comments:
Post a Comment