Sunday, January 19, 2014

muntah

muntah dan muntah.. lembik dah..... cepat2 lah berlalu wahai trimester pertamaku..


coret ari ahad

selesai hadap kelas tingkatan 5.. tunggu pulak kelas kul 11.05..

Sedap betul nasi kerabu kat kantin. Ni mulut pun masih terbau budu. Kena beli gula-gula jap lagi nak bagi hilang bau... Pagi kena makan banyak... buat bekal sampai ke petang. Petang takleh makan sangat... kang muntah.

Pelik... asal hari sekolah saya kuat skit sebelah pagi. Cergas berjalan ke hulu hilir naik tangga. Kalau hujung minggu jumaat sabtu memang lembik muntah pagi dan petang. Tak paham...

Semalam beli burger mcD makan berselera. Tapi muntahkan semua setengah jam lepas tu. Wuuuuu... sedih rasa. Tu la yang orang kata... dah bukan rezeki.. dah makan pun muntah balik.

Minggu depan Insya-Allah... saya gi klinik... buat buku pink.


Friday, January 17, 2014

i'm 8 weeks

Woohoo! You've got one whole inch of baby inside of you!
Your little embryo has finally reached the one-inch mark (30mm)!

What's more, your baby is finally starting to take on some very distinct human features. For starters, their little tail (really just the spinal cord) has disappeared completely.

It's nice to know your baby can no longer be mistaken for a sea creature! Additionally, both their toes and fingers are prominent with very little, if any, webbing. Upper and lower limbs all show recognizable joints (elbows and knees) and the lower limb bones are starting to ossify.
Still, don't expect your baby to resemble either parent quite yet - that is unless you look like a bobble-headed alien.


Right now, your tiny baby's head is disproportionately larger than the rest of their body and makes up almost half of their height and weight!

Monday, January 13, 2014

tak mau masak!!!


Khamis lepas... dalam perjalanan pegi dinner ke jeddah.. hehehe... sampai ke jeddah youuuu... kedai nasi arab kat kb je.. elok-elok mood romantik laki nak belanja makan... tiba-tiba abang kata, "dah lama tak makan nasi kat umah kan. Awak dah tak masak skang."

Automatik air mata kuar... laju siot cam hujan tengkujuh.. semput aku duk nangis dari highway salor sampai la kete berhenti depan restoran. Sentap mak nokkkk... terguris hati ni. Abang gelabah duk pujuk, dia toleh kejap-kejap tapi drive malam-malam sendiri mau ingat la bahaya. Dia biarkan aku nangis puas-puas. Kesudahannya dengan mata merah menyala, aku tetap dapat habiskan nasi kambing mandy kat jeddah tu. Tok arab yang buat kebab tu pandang banyak kali heran tengok aku laki bini. Ye lah.. aku dengan muka monyok tapi bedal nasi cam orang kebulur.


aku tak mau masak! bekas bawang aku tutup kemas-kemas. Seriau tengok bawang... Rasanya masa kandungan dalam perut ni 5 minggu aku dah rasa pelik bila masuk dapur. Serius aku sangat suka masak sebelum ni. Bukan main semangat lengkapkan perkakas dapur sebab berangan nak masak ala master chef. Aku pelik gak camni ke orang mengandung? Tiba-tiba meluat tengok bawang, garam, gula. Tapi selera makan kadang-kadang melampau je. 




Wednesday, January 8, 2014

such a long wait

alhamdulillah... awal dapat berita gembira... bukan kecil kurniaan ini...  sebenarnya hati masih tak percaya... rasa macam masih lagi di alam riang mahu lagi lasak pegi trekking tapi terpaksa lah tahun ni berubah.... banyak rehat... walaupun larat tapi kena had kan bergerak... demi kamu si kecil. Semoga kamu kuat macam mak kamu jugak..

Perut sudah boyot. Pakai singlet pun nampak tertonjol kuar perut ngan pusat. Ohoho.. campur ngan lemak sedia kala kut. Cepat menonjol.

Tangan dah banyak berparut duk bertukang di rumah. Lupa dan selalu lupa kena kurang lasak.

Saya cuba makan sebanyak mungkin waktu pagi. Kerana waktu itu saya paling berselera makan. Aneh juga saya cuma mabuk dan loya waktu petang. Ada satu malam saya berair mulut waktu maghrib.. tak pasti sebab mengidam ke apa. Tapi saya tak berselera pun nak makan waktu malam.


sekadar coret-coret sementara tunggu waktu tamat kerja.

kesayanganku


Monday, January 6, 2014

Khasiat Madu untuk Ibu Mengandung



Adakah madu selamat digunakan oleh ibu mengandung? 
Apakah cara yang betul untuk menggunakan madu bagi ibu mengandung?

Daripada pengalaman ibu-ibu mengandung yang mengambil madu semasa hamil, bukan sahaja madu selamat digunakan, malah khasiat madu baik untuk ibu and kandungan. Madu dapat mengurangkan rasa loya ketika mengandung, terutamanya pada waktu pagi. Untuk kesan yang terbaik, ambil madu sebelum tidur setiap hari.

Madu juga mampu mengekalkan daya tahan penyakit ibu sewaktu mengandung. Biasanya, ibu hamil sering mendapat selesema kerana sistem daya tahan mereka lebih lemah pada ketika ini. Dengan mengambil madu, bahan anti-bakteria di dalam madu mampu menyokong sistem daya tahan ibu sewaktu mengandung.

Di samping itu, madu boleh mengelakkan masalah sembelit, yang sememangnya sering dialami ibu mengandung. Kandungan pelawas dan anti-bakteria di dalam madu membantu sistem penghadaman ibu mengandung.
Khasiat madu untuk ibu mengandung yang lain termasuklah membolehkan tidur lebih nyenyak, memberi tenaga dan mengelakkan hipertension.

6 weeks


Only 34 more weeks to go!
My embryo-baby's brain is growing super-fast! Their miniature hand plates and even tinier finger buds are starting to form while their lower limbs remain flipper-tastic. My wee tadpole-babe has been very curled up, but their trunk and neck are starting to grow and straighten as their tail recedes into their back