selesai hadap kelas tingkatan 5.. tunggu pulak kelas kul 11.05..
Sedap betul nasi kerabu kat kantin. Ni mulut pun masih terbau budu. Kena beli gula-gula jap lagi nak bagi hilang bau... Pagi kena makan banyak... buat bekal sampai ke petang. Petang takleh makan sangat... kang muntah.
Pelik... asal hari sekolah saya kuat skit sebelah pagi. Cergas berjalan ke hulu hilir naik tangga. Kalau hujung minggu jumaat sabtu memang lembik muntah pagi dan petang. Tak paham...
Semalam beli burger mcD makan berselera. Tapi muntahkan semua setengah jam lepas tu. Wuuuuu... sedih rasa. Tu la yang orang kata... dah bukan rezeki.. dah makan pun muntah balik.
Minggu depan Insya-Allah... saya gi klinik... buat buku pink.
No comments:
Post a Comment