Monday, December 31, 2012

diriku yang gatal

baam yang baik

Balik sekolah lewat petang.... jem sungguh dekat bulatan lemal... perut pun berdangdut mau makanan. Ikut kan rasa lapar nak je pusing kete masuk umah abg... wat muka tak malu mintak nasi ngan mak. Bley gitu? hihi.. tapi apakan daya kak lin pun ada jua di belakang follow mau cari restoran dan makan sama-sama. Tersengguk-sengguk dalam kereta ngantuk betul.

Sampai di tendong hujan berenti sekejap.. mak aih... bahaya gak nak biarkan merc saya di halaman umah. Kang naik bas sekolah nak ngajar sok. Hujan separuh hari air dah melimpah camni. Saya call baam mintak dia bawakkan sipar jepun. Tak mau la redah banjir dengan wedges ini. Thanks baam tolong bawak bakul dan buku rancangan ngajar tuh. Esok berapa dalam tak tau lah. Malam ni pulun keje untuk hari esok yang gemilang. Dah suh si aiman fotostat kertas... nampak muka dia liat nak mampus nak kuar hujan-hujan nih. Semoga ada kedai fotostat yang buka pada waktu ini.

Camne lah nak kuar esok.. selak tinggi-tinggi kain.. takpun pakai je baju PJ. Tapi takde lak ngajar PJ ari selasa. Paling tak tahan... kaki saya sangat sensitif. Air banjir buatkan aku menggaru kaki ketika ini... selalu lupa nak beli bedak antibacteria.. bedak pampers budak pun boleh kut. Esok kena beli. Ishh. Kan bagus kalau ada orang tolong garu... kruk kruk sedang ku garu sendiri... nyaman~

stress

It does affects on my biological clock. What should I do?

waiting

Sunday, December 30, 2012

jadi chegu kelas suda

Ok.. bila gi skolah... bandingkan dengan kak lin punya.. memang besar giler cincin tunang nih. Wahaha... segan jugak nak tayang, berkilau-kilau leh buta mata student. Tapi kak iz kata takper.... lambang kemewahan tu. Bior je. Janji lawa.

Beli kertas-kertas kat kedai Popular tadi. Nazir nak datang melawat pada hari pertama. So kelas kena nampak elok lah. At least nak cover softboard yang lubang-lubang tu. Saya deco ngan butterfly je kut. Senang.... pattern pun dah ada dalam laptop ni. Print je.

Saya menulis dan menulis begini sekiranya fikiran saya berserabut. Huhu... Memang mencabar bila sekolah pertama ialah sekolah hebat camni. Tapi kena positif! Mane tau nanti saya akan sehebat guru-guru lain. Saya ni jenis lambat belajar. Namun kelebihan saya adalah dari segi kreativiti, multimedia, komunikasi dan chomel. Hahaha. Jangan asik pikir kelemahan je. Cuba guna kelebihan sebaik mungkin dan perbaiki kelemahan dari masa ke masa.

Student saya sangat chomel.. owh sukaaaa.... excited gak first time jadi guru kelas. Saya cakap nak deco satu kelas kaler pink, meja, langsir, dinding, pintu. Sume pink! hehehe...

hitung hari... baru hari isnin... uhuk2... lambatnye khamis....

Saturday, December 29, 2012

PNS (pre-newyear-syndrome)

I"m terribly stressed out right now. I don't feel good. A bit of headache... easily tempered. Loads of work but end up doing nothing. I need to cool myself first. I start to seek things to cheer me up. A long doa after solat... this is a real challenge.. a real responsibility. Being a new person in an elite environment really something that I shouldn't take easy. I may smile... show my innocence to people but I'm trying hard. Seems like an error is way tooooo bad for me deal with. 

Abg.. miss you badly. Since you are away... far far away

snack time... with him... soft creamy choc.. smells good.... and tastes good too
gave him a doughnut lesson..  very important one

a very proper and good driver

awww.. sunset... look.. sedikit kegatalan disitu

wearing his shades since I'm too short for the car screen visor..  cam otromen lak. Silau you~



why did I always update on our relationship... because thinking of him makes me happy. Now I'm smiling can't you see? :D

Friday, December 28, 2012

my secret

Dulu saya sangat kurus... kulit kusam. Sekarang tak lagi. Gebus sangat. Rahsianya - herbalife.
hehe... selain shake tu.. yang best ialah tea mix... skang ni kalo tak cukup minum 2 liter tea mix tu memang rasa tak selesa. Walaupun kerap gak la wiwi..... memang badan rasa best dan bertenaga. Alhamdulillah... Kulit burn sesudah latihan kawad intensif di batu caves.. memang kulit mengelupas dan kembali asal dalam masa seminggu je. Comel sungguh diri ku di hari pertunangan. Tq member nur hayati yang suggest herbalife ni. Suke3. 

young, fresh and pretty.. like a rose :)

aku lah yang berkamera iteww.. bersama mak buyung. Kulit pucat dan kekurusan.

waktu latihan di kem batu caves.. 3 hari  tido dalam khemah... meredah lumpur .. dan kawad bawah terik matahari... about a month before engagement. Masa ni selalu nangis sebab takde line tepon. Haha

Berbedak nipis sahaja.. ampunkan mata besarku yang rabun itu. Sangat suka sunburn sudah hilang.... this is 3 weeks before engagement. Berat badan sangat ideal. Cumel kan pipi ku. Hehe

I consume product ni dalam 3 bulan. Shake vanilla. Nak rasa manis saya buh skit kordial blackcurrent tesco brand...bli botol kecik je cordial tuh. Shake! Shake! Shake!

kisah tudung fareeda

Cerita copy paste yang saya berkenan nak share.

Cerita jualan tudung fareeda.... kire nak abiskan stok gitu. Tudung yang 3 layer, 4 layer, beratus-ratus layer suma ada. Nasib baik lah saya masih penggemar bawal (selamat poket abg...) harga tudung fareeda ni anda google lah sendiri sebab saya tak pernah beli. Aku orang kampung tak ada apa-apa. Rumah pun ku tiada ada pun abah punya. Haha..

_______________________________________________________________________




My open letter to Fareeda Bangi. Thinking of following-up with letters to Local Authority, DUN and MP. Anybody can suggest proper procedure/hierarchy?

Salam Butik Fareeda, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Gambar ini menunjukkan salah satu kereta daripada berpuluh-puluh buah kereta, yang dimiliki oleh pelanggan Fareeda, yang meletakkan kereta/parking di hadapan pintu pagar rumah saya sekaligus menghalang laluan kereta saya untuk keluar/masuk dari rumah sendiri.

Gambar ini diambil pada hari Sabtu, 22/12/2012 pada jam 11 pagi. Walaupun pagar rumah saya DIBUKA LUAS dan kereta saya diletakkan di laluan dalam rumah, namun pelanggan kurang bijak ini masih parking di hadapan pintu pagar rumah saya dan menghalang laluan. Walaupun pelanggan Fareeda ini meninggalkan nombor telefon tetapi hanya menjawab panggilan selepas beberapa kali dihubungi.

Apabila pelanggan ini akhirnya muncul untuk mengalihkan keretanya, dia menjawab "ya" apabila ditanya adakah dia pergi ke butik Fareeda, dan ditangannya menjinjing dua beg kertas Fareeda.

Walaupun butik Fareeda tidak boleh mengawal tahap intelektual dan kesedaran sivik para pelanggannya, namun seharusnya tanggungjawab sosial butik Fareeda kepada penduduk sekeliling Seksyen 8 harus dituntut dan dititik beratkan. Sewajarnya butik Fareeda mengamalkan sistem pembelian yang lebih efektif dan tidak menyusahkan pelanggan dan penduduk setempat. Sewajarnya lagi pemilik Fareeda mencari lokasi yang tidak berhampiran dengan kawasan perumahan, contohnya di kawasan perniagaan 3B Curve atau Paragon. Tentunya tidak mendatangkan masalah kepada pemilik Fareeda yang telah mengaut keuntungan, untuk melaksanakan salah satu daripada cadangan tersebut.

Ingin juga saya menambah, ketika Jualan Masyhur yang berlangsung baru-baru ini, pelanggan-pelanggan tegar Fareeda telah berkampung/bermalam seawal jam 12 malam di kaki-kaki lima kedai di sekitar kawasan rumah saya. Saya juga terkejut apabila mereka telah beratur panjang pada jam 6.30 pagi, dan barisan ini memanjang sehingga ke kawasan perumahan. Ini mendatangkan rasa tidak selesa dan tidak selamat kepada saya dan keluarga.

Suka saya berpesan kepada pelanggan-pelanggan Fareeda supaya menunjukkan kalian Nyata Jelita juga mempunyai akal fikiran, timbang rasa, kesedaran sivik, tanggungjawab sosial dan sikap berhemah yang setimpal dengan harga tudung yang anda beli/pakai.


indahnya panadol

kota bharu ku di sapu jem berkrim

 perut hokhek

Gara-gara seteguk milo ais yang sangat dingin kat airport tadi. Perut saya kadang-kadang susah nak duga. Ni abis sejuk badan. Kena lak jalan jem. Haru betul. Singgah 7E beli pil ajaib. The panadol!

Lepas 10 minit je... ni lah hasilnya. Kali ini adik lak nak termuntah tengok akak duk berfotogedik. Bosan ko...... lama kut stuck kat dalam bandar. Duck face tu tak tahan. Orang lain snap gitu pun aku kutuk. Ehehe.. sekali sekala kan.


bergedik sekali dan sekala

Namun kechomelan dan kegembiraan hari khamis ini telah di ambil kesempatan oleh seseorang... membuatkan aku kembali upset. Sekian.


kasut pak supir


Sebagai seorang kakak yang budiman, saya cuba untuk membalas jasa baik adik-adik yang bertungkus lumus membanting tulang menjayakan majlis pertunangan saya pada sabtu lalu. Muaz saya sudah hadiahkan external hard disk... dan si supir bulat ni saya janjikan sepasang kasut futsal. Selesai dating ngan sue saya menuju ke al-ikhsan kota bharu. Ada banyak cawangan di sini. Wow! memang mantop year end sale. Murah-murah. 

gambar amik dari pakcik google
Al-kisah~ Walaupun rambang mata memilih design kasut yang terhidang di depan mata.... saiz nya ngak ada!

amik satu kasut. try.. eh kecik

 "Kak...saiz berapa ni? "

-"saiz 7 dik"

"tolong bawak saiz 8"

~*~

"aik..ketat... bawak saiz 9 lah"

~*~

"adusss ketat lagi.. saiz 10 lah" (saiz 10 ko!!!)

-"takde dik... model ni yang paling besar saiz 9"

Pastu bermacam-macam kasut dia try.. masa tu perut saya dah tunggang terbalik.. nak muntah..nak terbeliak bijik mata.. huiii... cepat la budak... lama giler duk try kasut. Tengok muka salesgirl tu pun nampak fed-up dan cam terkumat kamit doa supaya adik aku cepat blah. Dia penat kut naik atas check stok saiz 10. Hahaha... naya tul ada adik saiz gergasi ni.




kesudahannya saya bagi duit kat adik.. seblah petang dia kuar sendiri dan dapat jumpa kasut idaman dengan saiz sesuai. Usaha tangga kejayaan!

terbang pergi




Hantar intan payung ku suzana... aii sedihnya... bila lak mu balik sue.... feeling hindustan abes kat airport. kiss kisss... miss you baby <3

check-in.. bergambo je lah.. saya tak mampu nak terobang sesama..
supir ni memang cekik darah tul. Mintak upah kasut RM200. Baik naik teksi airport je.

happy friday



waiting for you
is like a kid dropping their ice cream
it's as depressing as going to sleep
and not having a single dream

Thursday, December 27, 2012

al-fatihah

Ziarah kematian saudara di bukit abal~

bila mau pergi?

ada sebijik jerawat naik menjelang waktu gemilang yang masih tak muncul-muncul +_+"

kejap-kejap tengok cermin. ada.. kejap lagi tengok plak... ada lagi...

bila u mau pegi ha jerawat?

- sedang bersiap-siap nak gi airport anta buah ati.. cemolot, cepipi.. sume2 lah!

chaowww!

Wednesday, December 26, 2012

akmaliyana e-day part 3



Dengan lajunya saya melompat atas pelamin.. tak sabar kan. haha. Perasaan saya waktu ni... ntah la. Cam kat dunia lain. Semua orang hanya fokus pada saya... wajah saya... makpak saya sendiri pun berkerut muka kelip-kelip mata tengok pehal pelik bebenor anak dara yang sorang ni. Mane la saya penah mekap tebal sebelum ni. Secara rasminya jadi tunangan orang.

tengah ejas cara duduk yang paling ayu..

saya rasa cam tak nampak manusia kat depan... tengok dinding pun okey

lentikkan jari gitewww

sudah tersarung di jari
masa sarung cincin mak kata "eh..ketat jugak cincin"... uhuhu.. terasa kat ulu hati...  i naik berat 3 kg  before  engagement.. yelah.... happy kan.

abah sarungkan cincin permata zamrud pada jari abg

doa.. mohon keberkatan




bersanding.. renjis-renjis dipilis
aku ada.. kau ada

i like it so much!


akmaliyana e-day part 2


Edisi ini berlaku tatkala saya sedang bersemayam dalam bilik. Lama tul tunggu... bergedik posing ngan anak-anak buah dalam bilik... rupanya tetamu ngadap makanan dulu. Seb baik saya dah makan sebelum mekap.. kalo tak mau bunyi kriukkk perut berjenama nih. 


abang long kite tengah layan VIP

single. available dan bekeng


mama in law.. Insya-Allah

heee.. leh tahan ramai rombongan seblah laki

my simple candy buffet... sini mahal la candies.... len kali nak suh chesu beli kt KL

bila nonton video time ni.... rasa sedih dan terharu... secara rasminya saya dipinang... ain ko kena wat video gakkkkkkk... 



owhhh...saya suka sangat ini

lauk kampung jer.... burp~ nasi putih, ayam percik, dalca daging, telur masin, tembikai, sambal. Yang masak sume ni ialah tukang kebun sekolah mama... dibantu oleh cikgu-cikgu fardhu ain. Kerjasama gitu. Mekasih.

waiter... bawakkan saya jin and tonik!

it's pink and sexy!

galaxy Y hello kitty!

Abg.... ta tahan.. aishhh... pink nyerrr..... seksinyer..... huh huh... sesak napasss dah. Ade ke tak mende ni kat kb? selama ni tak minat pun nak beli smartphone.. tapi... aarghhh!!! nak cari gak ni! cumel nye cumel3. Demi yang cumel ni saya sanggup beli  (cakap dengan penuh semangat!)

p/s: yang hantaran nye tetap seperti yang dibincangkan ye :p

Tuesday, December 25, 2012

lara



serba tak kena
takde mood
makan tak brenti
mungkin bulan nak singgah

hmm... adui
perasaan macam duk sorang diri kat pulau
tengah cari towel kecik
lap air mata


Monday, December 24, 2012

akmaliyana e-day part 1


berikut adalah gambar-gambar sementara menunggu warga-warga tua berbincang... hujan tengah lebat. gambar sewaktu mekap diklasifikasikan 18SG takleh tayang.


 pose jendela
Mekap yang cun ini hasil contengan kak rinisz mohamad. fb dia- rinisz mohamad. Sape yang nak langsung pertunangan atau perkahwinan area pasir mas dan kota bharu leh try contact dia. Saya amik mekap saja... dia datang umah. Pelamin dan yang lain sume family buat sendiri. Kos mekap di rumah ni RM200. Petua untuk muka gebu semestinya malam sebelum tu guna neem face pack dulu. Rasa cam tertukar.. kulit muka aku ke kulit timun ni.. licin tul. (sila muntah yer..ehehe). Tudung tu beli kat bazar tok guru... murah giler RM23 je pas tawar. Mama tambah manik kat tepi-tepi. FYI, manik pink bulat tu dibeli pada tahun 1986. Tahun saya dilahirkan. Cool kan.
pose jendela II

pose kerabat
Sila perhatikan rama-rama di belakang yang terbang pulang itu hanya menggunakan kertas warna purple. Ditampal dengan selotep biasa (digulung). Double tape agak kuat dan susah tanggal. Efek dinding glowing yang sangat gojes itu pula hasil lampu hiasan hadiah dari ain. Harga lampu tersebut dianggarkan dalam 6 juta dollar filipina. Si baju merah yang jelita itu ialah suzana. Datang jauh dari pantai cahaya bulan.

melangut dagu aih..ramainye

 auntie kesayangan.. che su the lawyer

arini single yer che su

awateef mekap sendiri bila tengok saya dimekap.. pas amik gmbo ni kitorang cuci muka dia .

doodle untuk kesedaran diri

len kali nak tampal ni kat dahi

curi dari fb sue..

curi gak nih..