Tuesday, February 19, 2013

kata yang dilafaz sebelum tidur

Kejap tadi aku terdetik dalam hati, "I hate wednesday" sebab kelas sangat pack. Tiba-tiba teringat kata penceramah dalam TV. Apa yang dilafaz atau difikirkan waktu malam lebih-lebih lagi sebelum tidur, perkataan itu akan berulang-ulang dalam fikiran, seolah-olah program yang cuba di set kan dalam otak. Maka, jika memikirkan perkara buruk, bangun pagi akan terus bersifat negatif, tertekan, mengantuk dan badan jadi lemah. 
 
think positive
Hari ni saya ada kelas yang yang bersambung. Selepas mengajar kelas A terus berlari ke kelas B yang letak nya jauh antara satu sama lain. Saya sampai cakap ngan budak, "kalau la ada pintu doraemon". Kelas yang tingkat 4 tuh... mau tonggek naik tangga.. huh... sampai je kat atas saya berenti amik nafas.  Masa f6 dulu duk tingkat 4 jugak.... duk dalam kelas tak turun dah time rehat sebab selalu berpakat beli nasi belauk ayam bakar. Baru rasanya susah dan kesian kat cikgu yang jalan jauh dan naik tangga banyak kali. 

No comments:

Post a Comment