Sunday, October 27, 2013

selamat berbahagia puan ain

seperti tajuk di atas.. dengan rasminya sahabatku ain telah menjadi milik orang. Selamat Pengantin Baru sahabat. Plan nak lari pegi sana... nak bermalam dalam bilik pengantin tu... hehe... apakan daya banyak aral... yang tak mampu ku elakkan.

Ain... terlalu istimewa.. persahabatan kami agak aneh. Kami berbeza dalam beberapa perkara, tapi terlalu sama dalam beberapa perkara. Aku hanya mampu simpulkan UPSI hanya mengingatkan aku tentang akrabnya aku bersama ain. Persahabatan ada pasang dan surut.. manusia tak akan lari dari khilaf. Aku dan juga dia.. kadang-kadang ada hujan, ada ribut, ada redup, cahaya dan pelangi. Segala getir itu mengajar aku erti persahabatan yang sebenar. Kami ketawa dan menangis bersama. Aku sudah lupa tangisan itu. Cuma terkenang hilai tawa yang hampir semput aku dibuatnya

Aku benar-benar sebak melihat gambar pernikahan ain. Allah Maha Besar... lihatlah kebahagiaan yang terbentang di hadapan. Umur mu masih panjang ain... cukup mengenangkan kisah lalu.. ain terlantar eksiden. Kelam kabut aku rembat barang-barang ain sumbat dalam beg hantar gi hospital. Dengan ayah ain telefon berkali-kali tanya ain kritikal ke tak. Semua masih segar dalam ingatan. Ramai yang simpati aku jalan sorang-sorang pegi class sampai miss maria sendiri kadang-kadang jemput aku dari rumah. Sungguh..aku terlalu rindu kamu saat itu. Sedih gila.. dah la musim hujan... jalan sorang di lorong sunyi tu.

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dah dapat yang terrrrbaik dah tu. Alhamdulillah. Selamat berbahagia. Aku pun nak kawen jugak. hahahahaha... datang tau!

selamat pengantin baru.. epul dan ain. 

Wednesday, October 23, 2013

a fresh new start



Syukur kupanjatkan kehadrat Illahi... walaupun segunung kudrat kita berusaha, tak mungkin berhasil melainkan dengan izin-Nya. Harap lepas ni rezeki lain pun mencurah juga. Insya Allah. Selamat pulang ke tanah air sayang...

Rasa aneh pun ada. Lepas ni abang ada depan mata. Tiap-tiap hari. Celik mata... ada... petang-petang... balik. Ngeee... suka. Semoga prestasi kerja kita sama-sama meningkat. Boleh lah pegawai IT tolong saya wat sistem FROG nanti. Hehehehe... leh bagi upah.

Thursday, October 17, 2013

finn hudson


tinggal kenangan... finn hudson

antara muka comel dalam Glee... finn hudson telah pergi untuk selama-lamanya dan walaupun finn tak kenal aku dan aku tak kenal pun dia di dunia luar drama... banyak kisah dalam Glee yang babitkan dia lekat dalam hati aku. Bengkak mata aku layan episode tribute untuk Finn.

-cikgu muzik diorang Mr.Shue panggil sume geng-geng Glee berkumpul dan buat sesuatu untuk memperingati Finn di sekolah.

- Kawan-kawan Finn nyanyi lagu untuk Finn

-Puckerman curi pokok yang ditanam untuk Finn... katanya nak simpan dalam bilik... dan katanya pokok tu kecik sangat.. better tanam yang besar.

-jaket varsity milik Finn jadi rebutan.

-Kurt amik jaket tu dari almari, bagi pada Santana sebab sian tengok pompuan tu nangis. Tiba-tiba jaket hilang..Santana tampal poster nak bagi $10,000 kalau jumpa.

-Rachel datang ( rachel bercinta dengan Finn di dalam drama dan di luar drama.. dah bertunang di dunia reality) aku nangis sampai berhingus dengan rachel cakap pasal Finn... tunang mati sape tak sedih. Dia pakai loket nama Finn.. jarang orang yang kisah hidupnya dirakam dan drama hampir dengan kisah sebenar.

-ending episode ni.. rupanya cikgu dia... mr.shue yang curi jaket. Nangis meraung dalam umah teringatkan Finn... nampak dia yang paling rileks kat skolah..  orang lain nangis dia nampak cool aje. Rupanya...

- sebenarnya episode ni takde lah gempak sangat tapi memandangkan saya tahu Finn benar-benar telah meninggal dunia menyebabkan saya hanyut dalam emosi pelakon yang benar-benar menangisi kehilangan Finn... pergi tak kembali.

rachel

sabar ye mr.shue

Friday, October 4, 2013

berhenti berharap

tiada yang lebih memahami dan mengasihimu melainkan Tuhan dan dirimu sendiri. 



Tuesday, October 1, 2013

bernafas dalam lumpur... huk huk



Kata orang ujian ni datang untuk orang yang terpilih... orang yang Allah sayang...
Harapnya tak berpanjangan lah derita ni. Kuatkan hati ni untuk redha dan mengharungi segala dugaan ini. Tak tau pada akhir perjalananan ni dapat result camne kat akhirat. Harung je lah semua di dunia yang sementara ni ye dok?

hehe... tersengih-sengih aku tahan air mata. Siksa jugak dengan pekerjaan ni. Hati sedih muka tetap mau senyum maaa..... tapi leleh-leleh jugak saat ngan kaunselor jiwa...kak lin. Hei.. ko pun tumpang nangis sekaki.. teruk eh kaunselor. Huhuhu.  Sedih tau muka i nangis... mesti you'all pun sentap. Hati aku cukup kental selama ni. Tapi tersembam jugak dalam selut tebal. Lemas!

Sekarang ni pun aku ukir senyum... dengan diri sendiri pun susah aku nak terus-terang. kata cendikiawan senyum tu leh ubatkan jiwa. Kepala aku duk pusing-pusing dekpun... naik darah gamoknyer...

Dapat call tadi.. ada kursus esok.. 2 orang guru je. Yang student tu untuk hari khamis. Kertas untuk disemak ada bertimbun atas katil ni. Ada separuh lagi belum bertanda. Adik aku dah rengek-rengek nak tido sama-sama. Terpaksa alih kertas... tepuk-tepuk bagi dia tido. Budak ni memang buas tidurnya. Semalam gedebuk jatuh katil pastu nangis..kul 3 pagi aku angkat dia.

Allah..... permudahkanlah... entah apa lagi yang aku bakal hadapi. Kalau ada ujian... janganlah ujian itu menjauhkan aku dari nikmat beriman kepada-Mu.