Showing posts with label re story. Show all posts
Showing posts with label re story. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

kisah banjir di pasir mas (part 1)

pic part 1

rabu 24 disember 2014

Kul 8.00 pagi gerak ke umah tokpa...biasa lah cuti bencana banjir rantau panjang. Amik peluang stay umah tokpa. Dah sampai lemal.. diorang kata jalan dah takleh masuk.. sume kereta dah kena pindah ke area tinggi. Diorang sume amik risiko letak dekat bulatan lemal. Abang berhenti tepi jalan.. amik gambar untuk facebook mdpm. Aku dan anak melopong tgk lembu-lembu. Orang kampung tambat tepi jalan. Anak aku suka betul tengok. Air sungai melimpah mengalir perlahan atas jalan. Kg, Lemal betul-betul di pinggir sungai. Basah kaki aku kuar kereta.

Ingat nak redah jugak masuk umah tokpa. Best apa lepak ramai-ramai tengok banjir. Tapi abang larang... nanti susah nak kuar. Kereta jauh. Balik kuarters je lah.

Lepas hantar saya ngan anak... whatsapp adik ipar..katanya air masuk dalam umah. Diorang tungkus lumus angkat perabot. Dan semestinya bilik yang bawah tu bilik kami.... katil dan almari kawin. hohoho... abang terus kuar. Tolong apa yang patut. 

Lepas 3 jam abang balik.. katanya kereta nyaris rosak masuk air. Dia parking depan sek panglima raja. Lepas 3 jam tayar kete dah tak nampak. Tawakal je start enjin... vroommmm... pelan-pelan macam motobot. Terkejut tengok abang balik dengan kereta melekat rumput-rumput kering. Eh? Nombor plat kete mana bang?? hahahaha.. ntah hanyut ke mana.... dah dalam sungai kut.

Cerita abang lagi.. ada sedara yang datang menumpang umah tokpa. Ok lah tu... apa-apa hal diorang boleh tolong. So.. kami relax dan santai. Barang dapo takde.. tapi abang kata.. tunggu esok... kan cuti krismas..ada sale. Aku sengih bahagia.

bekalan letrik di umah tokpa dah putus waktu petang lagi. Tapi semua kata ok lg... harapnya sementara je. Tunggu air surut.

kul9.00 malam baru perasan... talian digi dan maxis jadi kong. 

kul10.00 malam. takde letrik! gulp. Cuaca... tak hujan. Jiran depan bagi salam. Mintak izin nak parking di halaman depan. 


khamis 25 disember 2014

disebabkan takde letrik kami tidur di ruang tamu.. anak takleh panas.. dia tido dalam serkup saji baby... dengan kipas kecik yang guna batery.

Kul3.00 pagi saya kejut abang.. bunyi bising.. bunyi macam... air berombak. Allah! Orang kampung kelam kabut keluar umah. Kereta motor semua bergerak ke tempat selamat. Air paras lutut. Rasa berdebar.. talian telefon semua terputus. Tak boleh berhubung keluarga.

Sabar. Tenang... tak pernah depan ni naik air. Agaknya stakat tu saja (paras lutut)

sambung tidur...

bangun pagi.. tengok jiran depan anak-beranak tido dalam kereta. Air paras pinggang!

Istighfar kami... Allah... bala apa ni?? Nampak JPAM datang ngan bot angkut orang kampung.. kami tanya.. area lemal camne bang? Jpam tu dari Baling, Kedah. Katanya sana dah lepas paras landasan kereta api. Nampak abang macam blur... terkejut. Camne lah mak ayah kat sana.

Thursday, November 27, 2014

1st anniversary

Restoran Rangnok.. makan 2 orang... baby tak kira.. dalam rm50+ je. 4 jenis lauk


edisi throwback. Makan malam sempena anniversary... bawak baby sama-sama. Tempat selesa.. aircond.. seb baik tak ramai malam ni. Tempat ni biasanya penuh ngan agensi yang buat jamuan. 10 minit pertama je ammar duk dalam stroller... pastu dia jerit nak join makan sama. So kami gilir-gilir makan. Sorang dukung..sorang ngap.. sukati ko la ammar.. asalkan hepi. Meh ciom skit meh! Chup! chup!


abang... selamat ulangtahun ye... sayang abang so much!

Wednesday, October 29, 2014

bersalin caesarian tak sakit? kurang risiko?

Masa aku tengah nazak beranak aritu ada gak tergerak. Bukan tergerak.. rasa memang nak je.. suh doctor bedah... tak tahan betul sakit berjam-jam. Menggigil mata separuh je buka... separa sedar gitu. Dah belit oxygen sume. Laki pun dah lemau nunggu tepi katil... kering tekak duk doa selawat... Syukur Alhamdulillah.... keputusan doctor untuk usahakan bersalin normal tu adalah sangat tepat dan paling selamat untuk aku dan baby... ni aku share dari fb.. true story

Kalau satu hari nanti terpaksa bersalin cara caesarian pun.. mungkin sebab yang tak boleh elak. Mudah-mudahan selamat.. tawakal dan berserah. Pesanan buat para suami agar hargai ibu dan isteri. Jangan laju je nak langgar 'pantang'. "Alah..awak tu kan bersalin operate" no no no tau. Tak mau.

emm.. aku pon amek gak epidural ni. Better elakkan tapi dah sakit sangat amek je lah.



Well, this happened today.

Patient 'X' encountered some complications during a Caesarian Section and it started with her suffering from cardiac arrest 3x, hence CPR was commenced 3x throughout the surgery.
The OT was so busy with doctors running around trying to revive and save her.

Almost..
- 30 packed cells bags (red blood cells)
- 30 cryoprecipitate bags (blood components)
- 20 platelet bags
- 10 fresh frozen plasma bags (blood components)
and also 3 ampules/vials of NovoSeven (Factor 7 - one of the blood clotting/coagulation components, each ampule costs no less than rm5000)
Pam masuk atas, mengalir2 keluar kat bawah.
The 'SUPER FLUID INFUSER MACHINE' i called it, Level 1, was also hard at work. (this is only used in massive bleeding cases yang macam air paip je keluar)

All of these were transfused into one patient.
(The total amount might be more as we kept on calling the Blood Bank, asking for more blood to resuscitate her)
WOW, you said.

The surgeons had to re-operate her as her bleeding never stopped even after they have closed her up. She was in the OT for a total 7hours at least. When I passed the exit door of our OT, I saw her little boy waiting anxiously, peeking over the automatic sliding door every single time the OT Reception receives and sends out patients, wondering if it's his mum the nurses were pushing out.
It was so heartbreaking I had to walk quickly to the changing room sebab dah habuk masuk mata sikit.

The surgeons have issued 'DIL' (Danger in Life/Dangerously Ill Listed) in view of the severity of her condition.
I sure hope she survives.
Her two young kids and a newborn baby are waiting for her.

Patient 'X' is I would say, rather lucky that she was operated on in a hospital with adequate facilities and experienced obstetricians/anaesthetists.
Kalau kat district........I think you can fikir2 lah...nak CPR berapa minit sementara sampai tertiary centres before the patient becomes brain dead if the district hospital is unable to handle such complex case?
There are cases which the medical team managed to resuscitate the patients though but patient's quality of life might be reduced.

Our working diagnosis is Amniotic Fluid Embolism.
Ni maksud dia, air ketuban, sel fetus,rambut atau serpihan (debris?) masuk ke dalam saluran darah ibu yang mana si ibu akan terus mendapat kegagalan fungsi jantung and pernafasan (cardiorespiratory collapse...sorry unable to do a direct translation. any more senior O&G doctors can help me out here)

Yep, that's the kind of risk/sacrifice mothers all over the world have to face in delivering you.

To summarize, my dua kupang advices:
1. To young single mothers:
please, nak bersalin tu, is not without risks. Bukan suka2 main then oppps...Im having a babyyyyy. Then, no antenatal care at all, sampai2 hospital terus delivery. If you're lucky, then Alhamdulillah. But if you're not? Nothing is sadder than a mother-less child.

2. To mothers with pre-existing health conditions:
make sure you are well monitored throughout your pregnancy. It's for your own good. If you have chosen to deliver via Caesarian Section, do your homework and read on the risks involved and then, discuss it with your Obstetrician. The same goes if you have decided to delivery via normal delivery (SVD).
If you are weighing the idea of having a home birth, please, at least discuss with any medical personnel and get their input so you can make a better informed decision (rather than making one based on Facebook posts/'my friend told me that....')
Consider these:
a) Who will monitor your baby in your womb at home? Mana nak tau your baby is having difficulty inside?
b) If indeed your baby is facing difficulties and end up being born with poor APGAR Score (a score we use to assess the baby is OK or not, Low Apgar Score contohnya baby born blue, not crying, not active, lembik saja), who will attend to your baby? Give your baby adequate oxygen? Suction the excess fluid that the baby have swollen?
c) If you get postpartum haemorrhage (pendarahan selepas bersalin), how on earth will you get access to available screened blood for transfusion?
*Khas utk those championing home birth*

3. To boyfriends and husbands,
please, be considerate and mindful of the risks you are putting your wives in when you (both of you) have decided to have a child. See the Obstetricians together and go into the labor room with her, be with her through the excruciating pain. Be with your wife through each step of the way. When you finally get to hold your baby, don't forget to kiss your wife for she had just risked her life for that bundle of joy you're holding in your arms. The complications of delivery do not end the moment your baby is delivered. Remember this.

We have had a husband insisting on the wife to keep on trying to get a baby boy even after we told him that she could die in the process of labor due to her pre-existing health condition.
"Takpa doktor, kami nak cuba" the husband answered while the wife simply looked down to the floor.

Read more dear future parents.
Amniotic fluid embolism, even though is rare, it is not a joke.

Lastly,
Thank You dear Mothers, my Ibu especially.
You are a special bunch of Superheroes.

Thursday, October 16, 2014

aidiladha 2014 kini bertiga..yeay



Masa ni aku dah abis pantang 40 ari tu... Bahagia habak hang. Raya korban ni family wat akikah baby. Alhamdulillah Ammar dah ada kenderaan di akhirat nanti. Besor lembunya. Gambar yang kat bawah ni adalah gambar pertama 'bertiga'. Monyok skit abang sebab tokP lorat nak pegi semelih lembu. Abang kena ikut sama melapah lembu.

Hari yang sibuk serta penat. Semua duk keja potong dan lapah daging. Edar daging kepada jiran-jiran. Aku plak setia di sisi Ammar 24/7 menyusu. Walaupun tak banyak macam susu lembu tapi bulat elok je anak mama. Dalam gambar ni tak nampak bijik mata dah. Ammar silau..tak suka cahaya terang. 

Dan demikian malam harinya semua tertidur awal. Cancel date nak nonton 'Penanggal'. Kami laki bini dah nonton kt GSC masa honeymoon dedolu. Mahal tiket sebab tayangan pertama gitu. Muvi tu ok gak la.. Seram dan berfalsafah sastera melayu lama. Kadang-kadang bising jeritan penonton bila nampak lurah si fasha sandha. Hoho. 

Salam aidiladha :-) 






Tuesday, September 2, 2014

kisah bersalin sulung (part 3) finale

khamis 21 ogos 2014
Hari ni jangkaan tarikh bersalin yang tertera di buku pink. Pukul 8 pagi cam biasa para doktor ronda-ronda wad. Pakar O&G doktor akim (bukan nama sebenar) yang pada mulanya sangat saya suka sebab ensem... tapi pada hari tersebut saya rasa menyammmmmpah sangat. Rasa cam nak sumbat selipar je kat mulut dia. Disebabkan saya terlampau stress terkurung dalam wad.

"Yana ada kat sini lagi ye... hmmm... takde katil kosong lagi kat labour room... kita try tengok lagi ye pagi ni. Lama dah awak kat sini.. kesian..."

Sentap jiwa dengar "kesian~" tuh. Bila je geng-geng doktor tu blah saya pusing badan. Nangis... memang haru punya nangis. Sesambil whatsapp abang. Abang dah kerja ari tu.. ye lah dah banyak ari dia teman di hospital... Saya mengadu pada abang.. nak lari dari wad tu. Nak pegi kat hospital swasta.. nak cepat-cepat bersalin. Sakit ati dan segan duk sampai seminggu dalam wad tahanan tu.... saya yang paling veteran kiranya...

Tengah menangis dan hingus penuh di hidung... terdengar akak misi panggil

Liyana... siap-siap ye.... gerak ke labour room kejap lagi.

HAH!!! betul ke ape aku dengar ni?? dah sampai masanya! Apa lagi sepantas kilat saya call abang, kemas barang.. yang mana sepah dalam laci saya sumbat dalam plastik je. Gi mandi kasi wangiiii... langkah penuh bergaya ke labour room.. ceyyyy (saje tokok tambah citer)



Disebabkan saya request epidural... saya pun kena la masuk bilik tu. Rupanya pesakit dengan epidural akan duk dalam bilik khas.. dari awal sampai lah teran anak.. kena duk situ.

Epidural? Apa tu?

Sebelum ni banyak dengar cerita seram tentang epidural... ye lah.. teknik bius kat tulang belakang.
Disebabkan ada sorang kawan baru je bersalin dengan kaedah ni saya beranikan diri untuk mencuba memandangkan saya akan melalui induce yang lama dan menyakitkan. Terpaksa induce kerana saya masih tidak mengalami contraction dan bukaan baru 3 cm. Ibu hanya dibenarkan teran baby bila bukaan 10cm.

Saya dibius oleh seorang doktor india yang sangat comel dan sopan percakapannya. Saya disarungkan baju biru yang terbuka sikit di belakang.. bra kena lah buka yer... disuruh peluk bantal dan bongkokkan sikit badan. Ada menggigil skit sebab takots sangat kan. Doktor spray cecair yang agak sejuk.. betul-betul kat tulang belakang. perghhh... berdiri bulu roma. Kat situ kalo orang sentuh pun rasa geli. Doktor bagitau setiap step yang dia akan buat. Masa inject terkumat-kamit saya berdoa... ada rasa cam letrik mengalir je once cecair epidural tu terjah kat saraf. Aik.. cepat je. Takde lah seram macam yang dibayangkan! Bukanlah cucuk sampai kena tulang tapi selaput spine aje.

Ada wayar halus di tempat dicucuk tu bersambung ke mesin epidural. Kata doktor dos epidural tu boleh dilaraskan... kalau sakit sangat doktor akan cuba tambah dos.. tapi tengok keadaan lah.. tak boleh suka hati jugak.

nampak tak wayar halus tuh... haaa.. epidural lah tu.... pic from hp abang

saya col suh abang masuk cecepat.. sarungkan stokin.. tak tahan sejuk..


Nurse masukkan drip kat tangan kiri.... 2 jenis cecair sumbat kat situ. Satu cecair induce.. satu lagi air yang biasa masuk kat patient tuu... sebab saya tak boleh makan apa-apa dah once masuk sini. Katanya... 7-8 jam saya akan terperap... tunggu induce tu buka jalan sampai 10cm.

Doktor buat ARM.. pecahkan air ketuban... dari masa ke semasa dia "cek jalan" kata omputehnya VE. Disebabkan epidural saya dah tak rasa apa-apa masa VE. Ditemankan suami tercinta... kami harungi hari yang panjang itu bersama...  waktu mula induce pukul 9 pagi.

Contraction bermula

Pukul 3 petang... bukaan 5 cm.

Pukul 6 petang... bukaan masih 5 cm!!doktor pun terkejut bila bukaan takde progress ingatkan dah boleh mula teran dah...  masa ni komplikasi mula jadi. Saya mula rasa contraction yang sangat-sangat sakit. Mata saya tertutup rapat. Badan saya menggigil sejuk yang teramat! Saya tak dapat rasa kaki dan tangan.. terlalu sejuk...macam beku. Abang dah mula panik. Doktor tambah dos epidural. Saya tak mampu bercakap. Tapi saya sedar dan dengar semua. Apa yang dinamakan contraction itu mula saya 'nikmati'. Betullah cara induce ini menyakitkan. Bukanlah maksudnya bersalin normal tak sakit. Induce tak membenarkan saya berehat dari sakit. Baru je 2 kali tarik nafas sakitnya datang... tarik nafas.... sakit datang... sakitnya bagaimana? yang dikatakan ibarat 20 tulang dipatahkan serentak... dan begitu lah azab yang saya lalui dari pukul 6 petang sehingga jam 11.30 malam!

Epidural sudah tidak mampu menahan kesakitan tahap tertinggi tu. Adoii lah.... tapi tanpa epidural saya akan menderita sakit dari pagi lagi.. kira ok lah kan. errr...

Saya sempat bersuara perlahan... dalam suara terketar-ketar mintak maaf dengan abang. Ingat malam tu dah sampai dah ajal.

The baby is coming!!

Bukaan dah capai 10cm pada tengah malam dan saya sudah separa sedar langsung tak bertenaga. Doktor suh teran saya teran cam nak kencing je. Masa tu saya redha kalau doktor nak bedah. Saya cakap.. saya tak larat.. tak boleh ke forcep atau vakum (terpengaruh ngan citer 3 idiots sebenarnya). Doktor cakap.. saya akan ambil forcep jap lagi tapi muka baby akan cedera lah. What???? No way... ok.. mama teran kuat-kuat kayyy.. takmau anak mama cedera. Abang setia di sisi bagi sokongan moral.. usap kepala... baca doa... doktor mula penuh di kiri kanan..

Tepat pukul 12.15 pagi... hari jumaat 22 ogos.. putera sulung mama Ammar Zafran dilahirkan. Doktor tarik trus letak atas perut. Abang cium dahi.. saya nangis... tanya abang... tengok anak!! tangan! kaki! cukup tak sume jari?? Abang kata sume ok. Tetiba doktor plak cakap.

Baby flat! Biru.. bawak ke bilik sana cepat! 

Rupa-rupanya baby lemas sebab lama sangat teran. Baby kuar diam je. Saya makin kuat menangis.. tapi doktor cakap semua ok. Abang pujuk.. pegang tangan... sambil doktor proceed jahit apa yang patut. Masa jahit tak sakit kerana kesan epidural. Lama gak jahit tapi saya tak tanya apa-apa... tak cakap apa-apa... risaukan anak...

Lepas setengah jam... nurse bawak baby.. Ya Allah.... comel.... abang terkulat-kulat tak reti pegang.. nurse suh azankan. Kemudian letak di sisi saya.... saya susukan untuk kali pertama.

assalamualaikum.... ammar zafran


after all.... saya tak rasa serik pun untuk bersalin lagi. Subhanallah.... indah.

Tuesday, August 26, 2014

kisah bersalin sulung (part 2)

sabtu- 16 ogos 2014
pukul 10 bergerak ke kubang kerian...  sebelum serah diri ke wad... pusing-pusing dulu dalam mydin. Capai sikit-sikit barang untuk kegunaan dalam wad. Konon nak abiskan 2 jam dalam mydin.. heh.. cakap besar je. Setengah jam jalan semput kut. Mata meliar cari kusi je... Kejap-kejap nak duduk. Abang jalan laju je... selalu tinggalkan mak buyung (sebenarnya saya yang lemah gemalai jalan).

Then... register nama di kaunter kecemasan HUSM. Ari sabtu kaunter pendaftaran yang biasa tidak dibuka. Bergerak ke wad 2 Akik. Ooo.... aircond.. best.... apesal tak ramai ni? Rupa-rupanya ni wad khas untuk golongan yang ada kes- GDM, hypertension, jantung, kembar dll. Wad ni tak benarkan peneman berada di sisi kecuali waktu melawat sahaja iaitu kul12-1 tengahari, dan kul 5-7 petang. Jadi abang hanya menanti di bilik menunggu (lelaki) dengan pas khas. Jenguk saya waktu melawat sahaja.

Malam pertama di HUSM sekali lagi scan baby...amik darah...  merasa kali pertama apa yang dikatakan "seluk" yang menakutkan tu. Seluk atau vaginal examination (VE) adalah igauan ngeri bakal ibu di hospital. Hehhe... terkenang....

alat CTG... tengok heartbeat baby dan kadar contraction




the kuning ward



ahad- 17 ogos 2014
pukul 8 pagi VE dilakukan dan doktor mula induce dengan ubat jenis pil. Menangis time VE sebab memang dilakukan sedikit kasar untuk ransang bukaan. Tengok glove doktor penuh darah aiiii.... seriau mak. Ransangan bukaan tu buatkan saya merasa sedikit contraction dan jugak terkepit-kepit berjalan ulang alik toilet. CTG dilakukan lepas sejam induce tengok bacaan contraction. Abang datang kul 1 waktu melawat saya berpeluh satu badan. Tahan sakit. Hasil induce dengan pil tu... bukaan 2cm pada kul8 jadi 3cm pada pukul 2. Hek eleh... 1cm je??? sakit kemain. Darah keluar berketul-ketul dari pagi hingga malam...

Masuk waktu maghrib sakitnya hilang. Dapat tidur malam dengan best sekali. Prosedur ARM untuk bersalin belum dapat dilakukan kerana keadaan saya belum bersedia.



isnin-18 ogos 2014
pagi bermula dengan VE lagi. Adalah sedikiiiit kurang sakit berbanding sebelumnya sebab rahim sedikit lembut. CTG dan tekanan darah diambil berterusan..... dan selama saya dalam wad... saya diberi diet khas untuk masalah GDM. Tu yang sangat sedih..... tak sedap betolll.

Oh ye... disebabkan saya akan bersalin cara induce. Doktor tawarkan epidural untuk mengurangkan kesakitan.. kata orang.. induce sangat sakit. ye kerr?

Bibir sangat kering. Mengelupas teruk sebab duk dalam aircond berhari-hari. Anta pic ke whatsapp abang.. gambo barang... pesan suh beli vaseline petroleum jelly. Ok skit lepas sapu kat bibir.


kesian abang... macam-macam pesen gaya menunggu... lama amik cuti teman bini dalam wad

selasa-19 ogos 2014
Abang beli burger zinger KFC. Makan sambil nangis sebab tacing sangat.. huuuuu... sedapnya.... masih terperuk dalam penjara aircond ni.

rabu-20 ogos 2014
Muka masam. Hati sakit. Saya protes takmau VE. Sebab dah beberapa hari doktor janji nak masukkan saya dalam labour room tapi asik full aje. Baby sangat sayangkan mama.... dia memang tak mau lagi mama rasa sakit. Memang contraction tiada sejak isnin... ahad tu pun sebab induce pil.


Sunday, August 24, 2014

kisah bersalin sulung ( part 1)





rabu- 13 ogos 2014,
saya ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan rutin (antenatal). Alhamdulillah HB darah dah mula stabil lepas saya berdisiplin dengan ubat. Namun hasil ultrasound doctor kesan air ketuban kurang.. katanya kondisi ni namanya "oligo"... haaa... sedap namanya. Kadar air ketuban yang molek ialah 8.0. Tapi bacaan saya menunjukkan 7.23... Konon saya perlu pergi segera ke hospital dengan ambulan. Tapi saya berkeras takmo lagi dengan alasan baby masih aktif. Saya yakin dan saya tawakal. Hati saya sangat kuat menentang. Doc izinkan...syarat kena gi awal pagi. orait!

khamis- 14 ogos 2014
awal pagi ke HUSM, dengan beg 1 beg baby dan 1 bag mummy. Tunggu di kaunter O & G. Agak lama juga tunggu turn. Akhirnya sampai giliran... diperiksa oleh doctor pakar lelaki... err... foreign. Abang tercengang jugak tapi pemeriksaan ultrasound je bukan pemeriksaan intim.. hihii....  Hasil dengan peralatan hospital yang canggih itu.. bacaan air ketuban ialah 6.40. Lagi kurang dari yang klinik kesan! Gulp! pucat gak masa tu. Doctor Abdullah berusaha bercakap dalam bahasa melayu walaupun saya respon in english. Respect. Katanya suh masuk wad... induce and beranak hari tu jugak... bahaya...

Kami laki bini blur... takut wei... tapi pastu doc suh cek ICG (heartbeat) baby.. tengok kalo stabil.. leh delay lagi admit ward..  CTG amik masa dalam 20 minit. Saya tertido.. sebab lama kut kat hospital. Saya penat. alhamdulillah.. baby godek2 gerak bagus. Keputusan- perlu serah diri masuk wad hari sabtu. ahad buat operasi.

jumaat- 15 ogos 2014
ke bandar... melampiaskan nafsu makan di tempat-tempat yang dikehendaki tanpa bantahan dari suami tersayang. Heaven!! juga solat hajat (berdua je). mohon dipermudah... sebab semuanya di tangan Allah.

Sunday, May 18, 2014

scan 3D/4D baby di Kota Bharu

Assalamualaikum anak mama sayang~ muah3

Ala...comel je.. senyum. tangan kecik je duk gerak usap pipi.. muka.... kaki lipat sampai ke atas kepala. Sempit ye dalam perut mama... dah besar pun sayang.. dah 6 bulan berat 933gram... dah hampir 1kg. Patut la sakit sangat belakang mama bangun tido.... anak mama dah bambam... dah nampak dah...... BEBIRD!!! melompat seronok papa kau nak oiii.... 

my boy... i love you



scan 3d/4d ni buat di Poliklinik al-Hafiz bersebelahan SUK kota bharu. Kena call booking dulu. Harga rm80 tapi saya request CD gambar baby so harganya rm100.. ada la dekat 50 klip gambar dalam tu leh tengok puas-puas. Tapi kat sini saya post satu gambar je sebab lappy saya dah rosak cd player. So leh buka ngan lappy suami je. 

Hari ke-5 dilanda selsema. Tapi alhamdulillah dah berkurang.. paling teruk pada hari Jumaat. Memang total collapse. Baring seharian.. biasa hari jumaat banyak lah kerja dibuat. Basuh baju..kemas umah etc. Memang lain macam selsema orang mengandung ni gamoknya. Saya tak berani nak telan ubat sembarangan. Khamis malam tu banyak kali tersedar sebab susah nak bernafas. Hidung tersumbat... Bernafas ngan mulut tekak jadi kering... dan rasa risau baby tak cukup oksigen..tercungap-cungap rasa bila baring. Bersin ngan hingus tak payah cakap lah... sampai mengelupas hidung ni saya tonyoh tisu.. srottt dan srottt sepanjang masa. 

dalam hati cuma fikir anak. Kalau selsema pun tak tahan.. macam mana nak harung time bersalin nanti. erkk...


saya amik ubat klinik... dos yang paling light untuk ibu mengandung. Serta ubat untuk sakit tekak.. buruk suara skang ni. 

Wednesday, April 16, 2014

haid keluar sedikit?


anak anugerah yang tidak ternilai

sebelum berkahwin... saya juga antara yang kerap google macam-macam blog dan forum yang membicarakan hal ni. Setiap bulan haid saya keluar dalam masa 3-4 hari sahaja... hari ke 5 dan 6 adalah a few drops saja... pendek kata hari ke 4 kadang-kadang pakai panty liner je. Dan wahai sahabatku sekalian.... itu adalah normal selagi tarikhnya teratur. Dalam kes saya selang hari pertama haid dengan haid seterusnya ialah 28 hari. Ya... saya sentiasa tanda dan sentiasa tepat tarikhnya. Jadi... banyak atau sedikit darah yang keluar tidak mempengaruhi kesuburan. Itu dari pendapat saya yang kurang arif. hihihi... saje je nak bagitau jika hal camni berlaku jangan la duk telan macam-macam pil yang ntah apa-apa. Rezeki semua di tangan Allah. Sabar dan berusaha dulu kayyyy.... tak jangka jugak bunting pelamin ni.


salam dari makyong... i'm 5 month mummy-to-be.


Wednesday, April 2, 2014

Seoul Garden Kota Bharu

Sempena hari keputrian beta ke 28... aww... tua dah you..... percutian yang diidamkan di Kuantan terpaksa cancel kerana keluarga dalam waktu sedih kematian Mok. 

Maka sempena kami masih lagi berdua... peluang ini digunakan untuk makan bufet santai. Kali ini kami cadang nak try Seoul Garden di KBMall. 

Konsep bayar dulu sebelum makan. Dia tulis kat depan tu harga "ALL-YOU-CAN-EAT" slogan yang biasa digunakan untuk konsep buffet tapi hampeh lepas kena caj minuman dan sup berasingan. Plus kena lagi tax. Membangun bersama GST katanya... Dua orang makan kos nya RM70.

kalau berhajat nak makan banyak.. eloklah amik sup biasa dan bukan tomyam pedas. Nak pedas leh cicah ngan macam-macam sos. Semua ada. Yang ini sup ginseng... sedap ooooo....

Seafood ni sebenarnya nak simmer dalam sup.... biarkan rebus lama-lama... sup akan lebih umph bila kita buh seafood... udang..kepah... mentirang... 

ayam dan daging pelbagai jenis sos perap

fries and wedges yang sentiasa panas dan rangup.

veges and fishball...aikk.... abang amik pumpkin?

kimchi pun ada... sapa yang kemaruk teringin nak try... ye lah asik tengok je dalam drama korea.. sini boleh rasa. Kimchi ni sayur yang fermented.. apetah term melayu.. peram? dalam sos pedas.. ada cili udang kering dan juga sangat masin. Tak sesuai ratah.. bagus untuk tambah dalam sup atau nasi. Dalam mangkuk kecik tu tomyam kepah... clam tomyam yang dah siap dimasak.. amik kat kaunter... kari ikan pun ada... tomyam itu saangat sedap. Rebus la bihun.. leh buh dalam kuah tomyam tu+udang pun boleh.

nom nom nom...

tak tau bape round punggah makanan... haha.. cam raksaksa lapor

sos ni sedap jugak.. saya amik lagi potato wedges. Eh..eh... dia baru je siap cendawan goreng. Fevret abadi ni....

grill and simmer.... aumm nyam nyam...

hihi.... kenyang anak mama. Banyak kali ulang tayang baju ni. Paling longgar untuk perut boyot ni. Tunggu baby masuk 6 bulan baru nak cari baju ngandung. 


Happy birthday to me. Thank you sayang. I love you.


Tuesday, December 31, 2013

malam berdarah


cerita honeymoon kami.. whoaaa... gempak kan.

balik dari cameron highland menuju ke shah alam... duk hotel sana pulak. Bawak ole-ole cameron masuk bilik sekali strawberry tu meleleh sebab panas lama dalam kereta.. tak perasan plastik tu dah basah bocor. Tersilap letak kejap atas katil. Hamek kau abis merah cadar.. bukan sikit... nampak macam 2 cawan darah tumpah... abang kata bior la nanti orang hotel bersihkan.. bayar mahal-mahal biar diorang la setelkan. Ishhh... segan la pulok... malam tu... saya tarik cadar tu tenyeh-tenyeh sabun..air.. dan lap 'darah' strawberry tu. Tak rendam... bersihkan kawasan tu je. Hahahaha... penah ke jadi gini? pengantin basuh cadar hotel dalam toilet. Bila kena sabun jadi cam kebiru-biruan lak.... lantak la biru pun asal jangan merah..


itu lah kisah honeymoon kami untuk dijadikan pedoman...

Tuesday, December 24, 2013

ketam nipah indera tomyam pasir pekan



Saya setakat ni belum mengidam... err.. kecuali yang hari tu... sebelum tahu pregnant.. ada la dekat seminggu hari-hari sebut nak ketam.... agaknya bosan abang dengar "sedapnye ketam....", "mesti sedap kan kalau makan ketam...", "bestnya ketaaaam..." sampai dia bawak pegi indera tomyam yang femes ngan seafood tu... hamek kau... ketam nipah masak 3 rasa sepinggan besor... rm30..... sedap sangat... kami ratah... senyap tak bercakap kusyuk makan ketam. Saya tau abang bukan penggemar ketam. Tenkiu sayang..

gambar pinjaman sahaja



baru sebulan lebih.. perut dah nampak besar... walaupun kamu kecik lagi.. badan mummy dah kembang nak bagi kamu ruang yang selesa...  tak mampu bayangkan 9 bulan... wah.... 

baby... sabtu ni nak jumpa lagi...  klinik dr.roshadah.. 

makan di MALIS pasir pekan

restoran fevret adik ni... sempena birthday neesa...

makan chicken chop & fish and chip.. agak klise bunyi menu ni kan... tapi sedap!

kepunyaan saya dan muaz

breaded chicken chop lebih banyak dari grilled chicken... harga sama.


Saturday, November 30, 2013

fasa hidup baru~ the solemnization

rabu 20 november 2013.. tarikh kami disatukan...


Allah.. manis sekali perasaan yang kau campakkan dalam hati ini
tatkala kata keramat itu dilafazkan.

Berkatilah hubungan ini sampai akhir hayat kami.. hingga ke syurga. Amin...

Saya cintakan kamu.. suamiku.. Mohd Akmal





serius aku dah takleh bajet kiut senyum masa ni.. nervous sangat.. tangan ngan kaki sejuk sangat. Tukar status ni... hidup bakal berubah.. 

Alhamdulillah.... sekali lafaz

dengan jurukepit... nor dan culind

salam ngan suami

kaki cramp masa bangun dari tempat duduk bersimpuh tu.. mintak nisa amikkan sipar comel ni

aku mekap sendiri ajo ni.... cam minah jepun pulok


pelamin ni hasil sentuhan rinisz bride house... saya mintak dia wt design ala liyana jasmay punya.. hasilnya memang vouge... cute, serene, and snowy gitu.. 

Sunday, October 27, 2013

selamat berbahagia puan ain

seperti tajuk di atas.. dengan rasminya sahabatku ain telah menjadi milik orang. Selamat Pengantin Baru sahabat. Plan nak lari pegi sana... nak bermalam dalam bilik pengantin tu... hehe... apakan daya banyak aral... yang tak mampu ku elakkan.

Ain... terlalu istimewa.. persahabatan kami agak aneh. Kami berbeza dalam beberapa perkara, tapi terlalu sama dalam beberapa perkara. Aku hanya mampu simpulkan UPSI hanya mengingatkan aku tentang akrabnya aku bersama ain. Persahabatan ada pasang dan surut.. manusia tak akan lari dari khilaf. Aku dan juga dia.. kadang-kadang ada hujan, ada ribut, ada redup, cahaya dan pelangi. Segala getir itu mengajar aku erti persahabatan yang sebenar. Kami ketawa dan menangis bersama. Aku sudah lupa tangisan itu. Cuma terkenang hilai tawa yang hampir semput aku dibuatnya

Aku benar-benar sebak melihat gambar pernikahan ain. Allah Maha Besar... lihatlah kebahagiaan yang terbentang di hadapan. Umur mu masih panjang ain... cukup mengenangkan kisah lalu.. ain terlantar eksiden. Kelam kabut aku rembat barang-barang ain sumbat dalam beg hantar gi hospital. Dengan ayah ain telefon berkali-kali tanya ain kritikal ke tak. Semua masih segar dalam ingatan. Ramai yang simpati aku jalan sorang-sorang pegi class sampai miss maria sendiri kadang-kadang jemput aku dari rumah. Sungguh..aku terlalu rindu kamu saat itu. Sedih gila.. dah la musim hujan... jalan sorang di lorong sunyi tu.

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dah dapat yang terrrrbaik dah tu. Alhamdulillah. Selamat berbahagia. Aku pun nak kawen jugak. hahahahaha... datang tau!

selamat pengantin baru.. epul dan ain. 

Wednesday, April 3, 2013

warkah terindah

agak lama juga saya luangkan masa baca coretan beliau.

diary yang ditulis dalam blog Warkah Buat Isteri sepanjang si isteri dalam sakit.. rosak saraf otak kerana serangan asma.

Al-Fatihah buat Fauziah (Gee)

Semoga En.Abil tabah.





Tiba-tiba rindu abang.... saya doakan abang sentiasa sihat. 

Thursday, March 28, 2013

dealer proton kelantan

ni flyer yang baru ku siap edit untuk adik. Sape-sape nak beli kereta... apa-apa kereta terutama proton di kelantan boleh lah contact no ni ye. Aiman 014-5077149

HAMZA MOTORS SDN BHD, depan perumahan SBJ Pasir Pekan.. dekat ngan pasaraya Salamku yang terbakar hangus tu. Meh beli kete...

senarai harga/price list proton

Tuesday, February 19, 2013

Kisah Scarlett, Si Ibu Kucing Yang Menyentuh Hati..

entry copy and paste yang menarik untuk dikongsi

gambar hiasan... gambar asal terlalu menyedihkan.. mata aku dah berair tengok tadi.



Kisah Scarlett, Si Ibu Kucing Yang Menyentuh Hati..

Kisah si kucing yang bernama Scarlett, yang sebelumnya merupakan kucing jalanan menunjukkan kasih tidak berbelah bagi terhadap anak-anaknya. Walaupun kisah ini telah lama berlaku dan Scarlett telahpun tiada lagi. Ini adalah kisah seekor ibukucing yang sanggup meredah api demi menyelamatkan anak-anaknya..

Kejadian Kebakaran

Scarlett dianggarkan berusia 9 bulan ketika kejadian berlaku. Melahirkan 5 ekor anak-anak yang comel di salah sebuah bangunan usang (abandoned) di Brooklyn, New York pada tahun 1996. Pada 30 Mac, bangunan tersebut terbakar atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Bomba telah dihubungi untuk memadam kebakaran tersebut dari merebak ke bangunan berhampiran.

Ketika api mula berjaya dikawal, salah seorang ahli bomba, David Giannelli terdengar bunyi suara kucing yang halus berdekatan dengan bangunan yang runtuh. David terpandang Scarlett yang terbaring bersama 2 ekor anak kucing berpelukan. Manakala 3 ekor lagi dijumpai di seberang jalan kawasan tersebut.

Scarlett dipercayai membawa anak-anaknya seekor demi seekor keluar dari bangunan tersebut dalam keadaan panas dan asap tebal. Scarlett berada dalam keadaan agak parah dengan matanya luka, telinga terbakar, tapak kaki melecur dan badannya berasap, dalam cubaan menyelamat anak-anaknya dari kebakaran. Bulunya juga mempunyai banyak kesan hangus terbakar. Dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaannya ketika itu menggonggong anak seekor demi seekor keluar masuk bangunan? Demi kasihnya terhadap anak-anaknya yang baru berusia beberapa minggu.

David memasukkan Scarlett dan anak-anaknya ke dalam kotak. Scarlett dalam keadaan matanya yang luka dan kabur menghidu anak-anaknya seekor demi seekor bagi memastikan mereka semua masih hidup dan ada bersamanya sebelum jatuh pengsan.

'Kasih seekor ibu kucing' :)