Sempena hari keputrian beta ke 28... aww... tua dah you..... percutian yang diidamkan di Kuantan terpaksa cancel kerana keluarga dalam waktu sedih kematian Mok.
Maka sempena kami masih lagi berdua... peluang ini digunakan untuk makan bufet santai. Kali ini kami cadang nak try Seoul Garden di KBMall.
Konsep bayar dulu sebelum makan. Dia tulis kat depan tu harga "ALL-YOU-CAN-EAT" slogan yang biasa digunakan untuk konsep buffet tapi hampeh lepas kena caj minuman dan sup berasingan. Plus kena lagi tax. Membangun bersama GST katanya... Dua orang makan kos nya RM70.
kalau berhajat nak makan banyak.. eloklah amik sup biasa dan bukan tomyam pedas. Nak pedas leh cicah ngan macam-macam sos. Semua ada. Yang ini sup ginseng... sedap ooooo....
Seafood ni sebenarnya nak simmer dalam sup.... biarkan rebus lama-lama... sup akan lebih umph bila kita buh seafood... udang..kepah... mentirang...
ayam dan daging pelbagai jenis sos perap
fries and wedges yang sentiasa panas dan rangup.
veges and fishball...aikk.... abang amik pumpkin?
kimchi pun ada... sapa yang kemaruk teringin nak try... ye lah asik tengok je dalam drama korea.. sini boleh rasa. Kimchi ni sayur yang fermented.. apetah term melayu.. peram? dalam sos pedas.. ada cili udang kering dan juga sangat masin. Tak sesuai ratah.. bagus untuk tambah dalam sup atau nasi. Dalam mangkuk kecik tu tomyam kepah... clam tomyam yang dah siap dimasak.. amik kat kaunter... kari ikan pun ada... tomyam itu saangat sedap. Rebus la bihun.. leh buh dalam kuah tomyam tu+udang pun boleh.
nom nom nom...
tak tau bape round punggah makanan... haha.. cam raksaksa lapor
sos ni sedap jugak.. saya amik lagi potato wedges. Eh..eh... dia baru je siap cendawan goreng. Fevret abadi ni....
grill and simmer.... aumm nyam nyam...
hihi.... kenyang anak mama. Banyak kali ulang tayang baju ni. Paling longgar untuk perut boyot ni. Tunggu baby masuk 6 bulan baru nak cari baju ngandung.
Happy birthday to me. Thank you sayang. I love you.
No comments:
Post a Comment