Thursday, January 17, 2013

puisi: saat yang terhenti

kutujukan buat sahabat-sahabat yang sentiasa di sisi dalam susah dan senang ku. Semoga sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Kusedari kekangan jarak dan waktu membataskan hubungan tapi ku sentiasa mengingati :)


Saat yang Terhenti

Bagai jejak di tepian pantai
hilang di setiap deru ombak
begitu lah hadir insan dalam hidup
meniti kedewasaan
kutemui pelbagai rencah dan ragam 
tiada yang seindah dan mengukir senyum
melainkan sahabat sejati
yang lahirnya luhur
indah bagai mawar kala dingin fajar
setiap tawa dan tangis
tiada sekalipun kau berundur
dari menghulurkan tanganmu
seikhlas hati 
air mata seakan bersatu
dan waktu terhenti
bersama mu sahabat


miss lee | 18.01.13 | 12.08 a.m.


No comments:

Post a Comment