Tuesday, October 28, 2014

entry kucing: pergilah sayang




kuserahkan dua haiwan kesayangan ni kepada Chesu. Berat hati. Rindu bagai nak pitam. Kadang aku panggil-panggil nama dia setiap kali duduk depan tv.

Bukan ini yang aku mahukan. Bukan ini yang aku niatkan. Dek kata-kata  orang yang entah apa dihatinya... aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Ya Allah, semoga penjaga yang baru ini akan menyayangi mereka sepenuh hati. Pergi lah sayang... pergi jauh.. moga di sana tiada lagi yang berkata nista.

Puas hati kamu?



Thursday, October 16, 2014

aidiladha 2014 kini bertiga..yeay



Masa ni aku dah abis pantang 40 ari tu... Bahagia habak hang. Raya korban ni family wat akikah baby. Alhamdulillah Ammar dah ada kenderaan di akhirat nanti. Besor lembunya. Gambar yang kat bawah ni adalah gambar pertama 'bertiga'. Monyok skit abang sebab tokP lorat nak pegi semelih lembu. Abang kena ikut sama melapah lembu.

Hari yang sibuk serta penat. Semua duk keja potong dan lapah daging. Edar daging kepada jiran-jiran. Aku plak setia di sisi Ammar 24/7 menyusu. Walaupun tak banyak macam susu lembu tapi bulat elok je anak mama. Dalam gambar ni tak nampak bijik mata dah. Ammar silau..tak suka cahaya terang. 

Dan demikian malam harinya semua tertidur awal. Cancel date nak nonton 'Penanggal'. Kami laki bini dah nonton kt GSC masa honeymoon dedolu. Mahal tiket sebab tayangan pertama gitu. Muvi tu ok gak la.. Seram dan berfalsafah sastera melayu lama. Kadang-kadang bising jeritan penonton bila nampak lurah si fasha sandha. Hoho. 

Salam aidiladha :-) 






Tuesday, September 23, 2014

kerana sekeping kobis

gambar ni tak lucah kan... kan....

perghhh... perit betul. Sekali kena memang next time kena beware. Sakit sangat kut bengkak susu ni. Saya sebenarnya sangat gigih mengepam susu siang malam demi simpan stok.. buat nya anak jantan ni isap abis susu badan.. terpaksa top up lagi ngan susu yang simpan perah dalam peti ais. Haaa.. tu pasal la budak tu cepat tembam.

kejadian semalam anak meragam susah nak tido.. maka pukul 4 petang dia lelap saya dan suami biarkan aje dia tido sebab penat melayan. Asyik nak berdukung manjang... dan berat mengah jugak nak dilayankan. Sepatutnya dia menyusu pukul 5 petang tapi terbabas tido lena sampai maghrib. Saya plak sibuk kat dapur pastu borak ngan abang depan tv. Rasa breast dah padat ngan susu.. tengok anak lena tak sampai ati nak kejut. Nak pam terasa malas.

Pukul 7 lebih saya cuba susukan.. macam marah-marah je baby masa isap seblah kanan.. belah kiri ok je... end up breast kanan maintan berat. Saya biarkan lagi.. rasa ok pe kalo susu banyak.

Mula kul8 lebih saya rasa sakit.. amik pam.. aik... tak kuar susu kat belah kanan yang berat tuh. Apehal ni.. uihh... sakit denyut-denyut...

Duk layan sakit tu baby saya bagi susu yang dah diperah. Seb baik ada stok 4 botol. Sementara tengah sakit ni boleh lah anak menyusu kenyang. Ada terdetik jugak.. kalo takdirnya setakat ni rezeki anak aku menyusu badan... ishhh... no no no... takleh give up!

Saya tuam ngan towel panas.. sakit.. tapi tahan aje lah... tak jadi. Makin sakit.. kepala tetiba rasa menyucuk-nyucuk. Kul 12 malam masuk bilik tido.. kipas perlahankan no.1 aje... selimut ngan comforter... badan gigil. Abang pegang.. huh.. panas katanya. Saya demam. Tu dia... bengkak susu ni betul leh jadi demam.. saya tak sangka sepantas ni demamnya.

pagi esoknya saya mula godek cari petua... call mama.. call ibu.. call tok bidan. Macam-macam benda yang diajar. Salah satu nya daun kobis. Amik daun kobis fresh letak dalam bra. Emm... rasa cam merepek je tapi try jugak sebab dah tak tahan sakit. Tengahari tu masih demam menggigil... saya mandi ngan air suam. dan try tepek kobis tu... dalam sejam saya tukar plak kepingan kobis tu. Kobis yang sejuk tu jadi panas... dek panasnya badan saya yang demam. Layu daun tu sebab basah.. tak paham gak camne daun leh jadi basah kuyup gitu.. peluh kut.

saya periksa breast.. eh... dah takde ketulan yang sakit gila tu. Rasa senak dan sakit masih ada skit-skit. Saya susukan anak... cakap ngan anak... tolong isap kuat skit bagi hilang sakit mama... anak menyusu sampai tertido. selang setengah jam pastu saya pam.. wooo... banyak susu dari breast yang bengkak tu. Dah sembuh agaknya. Alhamdulillah...

call abang.. bagitau malam nanti tak payah pegi klinik

Monday, September 22, 2014

nafsu membara si ibu pantang

hari ke 32 berpantang. hmmmmmm...... baby mama dah labuh pipi... geramnya tengok. heeee... 30 hb nanti kita kuar ye sayang. Mama abis dah pantang masa tu. Kita gi shopping ngan papa ye.. yey

Di samping shopping ingin sangat makan mende yang dilarang sepanjang pantang. Berikut adalah senarai makanan yang terasa cam nak sangat. Ada yang betul-betul sedap ada yang merepek sebab lama sangat pantang. fyi... saya berpantang sesetengah makanan ni sejak 5 bulan kehamilan gara-gara GDM.
oh maiiiii..... 



ambe nok makan ni

1. goreng pisang yang depan hospital lati.
2. lok ching (keropok ikan bakar cam sate)
3. telur goreng mata (telur kuning separuh masak)
4. pau kari ayam depan hospital kb
5. famous amos choc butterscotch
6. fish n chip manhattan
7. chicken chop malis
8. nasi lemak ayam bakar
9. tomyam udang besar sri lemal
10. daging goreng mama.


malangnya air sejuk (ais) belum lulus lagi sehinggalah hari ke-100. Allah tabahkan lah hati hamba-Mu. Sedapnya cendol... sedapnya milkshake... air nyor... baskin!!!

Ya  Allah... cobaan......


Friday, September 12, 2014

coret hari ke-22 berpantang anak sulung

tengah menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Never thought the best thing ever happen in my life is the motherhood! Segalanya berubah---> lebih baik.

Rutin hidup berubah. Tambah-tambah tengah berpantang dengan newborn ni. Menyusukan anak, tukar lampin, berurut, bertungku, dan lain-lain. Setakat ini Ammar tak banyak ragam. Cuma cepat jugak dia menembam. Berkat susu ibu Alhamdulillah.

Banyak kali usap perut... sekarang rindukan saat dia dalam perut... gerak dan tendangan manjanya. Saya terkenang saat pertama buat UPT test, muntah berbulan-bulan... loya sampai takleh masak dan tengok bawang, berat membawak perut, sampailah saat genting bersalin. Tiba-tiba rasa betapa semua begitu pantas. Sayang... mama redha dengan semua tu dan mama sangat gembira dengan kehadiran kamu.

Pujian juga buat abang yang sangat bersabar dan bersama dalam susah dan senang. Abang suami terbaik! Saya punya kekurangan dan abang melengkapi. Semoga hubungan kita sehingga ke syurga. Saya cintakan abang.

Pergerakan masih terhad kerana luka jahitan... walaupun sudah hampir sembuh saya masih tak sanggup sentuh luka tu. Cuma saya pastikan tempat luka tidak dibiarkan basah dan selalu sapu ubat guna kapas. Sentuh pun tak.. apatah lagi intai tengok... emmm.. luka tu hampir 40 minit dijahit. seram....... yang penting elakkan duduk bersila... bila takleh bersila susahlah nak wat keje cam tukar lampin, mandikan baby.. dan nak buang air besar pun sampai nangis.

Anak mama..Ammar.. budak baik.. terus lah jadi anak mama yang baik... yang tak banyak ragam... semoga banyak rezeki susu untuk Ammar... mama doa setiap hari.

------------------


Hati agak terkilan dan sedih saat ini bila mengetahui sesuatu... kata-kata telah dilemparkan untuk menimbulkan ketegangan antaraku dengan individu lain. Aku tak ada daya untuk melawan. Andai kau menang dengan sorakan syaitan memuja kehebatan kau membakar api sengketa... tahniah. ALLAH lebih ADIL... mengetahui setiap di dalam fikiran dan hati manusia. Aku dianiaya saat aku amat memerlukan bantuan emosi dan fizikal. Aku bukan malaikat untuk mengaku sempurna... dan juga bukan sehina yang kau khabarkan.





Friday, September 5, 2014

muhammad aniq aisy

Nama yang indah... Pemilik nama yang istimewa.. Terlalu dekat di hati dan terlalu dicintai.





Permata sulung sahabatku kak Azlinda.... Aniq dilahirkan istimewa. Tidak dijangka oleh ibu... abah... Dan juga tidak dikesan keistimewaan itu sepanjang 9 bulan dalam kandungan ibu. Kedua belah tangan tidak terbentuk sempurna... Aniq juga mempunyai pelbagai komplikasi lain yang kronik. Hari pertama sahaja sudah ditebuk perutnya kerana saluran najisnya tiada. Tiada susu ibu disuakan di mulut kecil itu kerana saluran makannya tidak bersambung ke usus... Susu diberikan selepas 2 minggu melalui satu lubang pada perut. Dan leher pula ditebuk untuk mengeluarkan air liur. Jantungnya juga dikatakan berlubang.

Hanya berhubung dengan whatsapp. Aku menerima kiriman gambar dari kaklin yang cukup meruntun hati. Allahu Akbar... Allah menguji kak... Tabah lah.

Muhammad Aniq Aisy selepas pembedahan pertama.


Susuk tubuh kecil yang lahir dengan berat 1.68kg itu dipenuhi wayar dan jarum. Dia kuat... Berjuang dalam setiap nafas.... Kadangkala menangis bila terbau kehadiran ibu.

Dia belum mengerti apa-apa...


Muhammad Aniq Aisy.... Yang membuatkan aku kuat sewaktu dalam kesakitan. Aku sentiasa membayangkan tubuhnya yang menanggung lebih banyak beban sedangkan dia tidak jua berdaya untuk mengeluh dan meraung kesakitan.

Melihat anakku Ammar Zafran aku terkenangkan Aniq. Umur yang hanya berbeza sebulan. Ku doakan kau sejahtera dan dirahmati. Semoga Allah meningkatkan darjat dan keimanan ibu dan abah dalam menghadapi dugaan ini.

Wednesday, September 3, 2014

menyusu bayi pertama kali

Antara perkara yang dirisaukan para ibu yang pertama melahirkan anak pastinya berkenaan susu badan. Saya mulanya ragu-ragu juga. Sepanjang mengandung beberapa kali cuba untuk keluarkan susu badan. Saya cuba picit, beli pam elektrik dan cuba pam. Cubaan dengan pam elektrik kali pertama waktu kandungan 8 bulan... Ada cecair jernih yang sedikit melekit. Saya cuba mencari info... Hasil pembacaan katanya ibu akan menghasilkan susu yang dinamakan kolostrum pada awal kelahiran bayi. Susu ini hanya dalam jumlah sedikit dan sangat penting kerana mengandungi zat yang sangat tinggi. Saya pun berhenti dari memicit susu.. Kang abis lak kolostrum kesian baby.

Kunci kejayaan penyusuan susu badan secara eksklusif ialah dengan berfikiran positif. Fikir bahawa kita akan menyusukan bayi. Tiada makanan lain untuk bayi hanya susu badan sahaja. Walaupun tiada susu pada saat bayi baru lahir teruskan memberi kepada bayi. Ransangan hisapan mulut bayi lebih baik dari pam elektrik. Lama kelamaan keluarlah susu tu... Tenangkan fikiran dan jangan panik.

Sebaik sahaja uri dikeluarkan badan akan cuba menghasilkan susu badan. Pengalaman saya sendiri... Setelah bayi dibersihkan dan diazankan saya diarahkan nurse untuk terus menyusukan bayi. Walaupun penat dan kekok pada awalnya. Saya tak pasti waktu tu susu ada atau tidak namun bayi saya menyusu setengah jam tanpa henti. Dan beberapa kali selepas itu saya cuba lagi menyusukannya.

5 jam selepas itu bayi berak.. Najis hitam yang tidak berbau. Nama saintifiknya meconium. Itu ialah najis pertama hasil makanannya dalam perut ibu. Saat tu saya yakin saya berjaya hasilkan susu kerana kolostrum lah yang meransang pembuangan meconium.

Kenapa saya tak nampak susu keluar? Bayi cukup kenyang ke? Pedulikan persoalan tu. Perut bayi yang baru lahir sebesar guli je. Satu sudu susu pun dah cukup banyak dah... Jangan gatal nak bagi susu formula.

Hasil perahan pertama susu badan saya dapat 1oz... Hari ketiga dapat 2oz... Makin lama makin banyak. Jaga pemakanan.. Banyakkan minum air. Allah buat yang terbaik dan dia yang bagi rezeki pada anak. Yakin lah pada Allah.
Hasil pertama 1oz.. Huuu... Teruja nampak susu kuar. Dapat sebanyak ni pun baby isap trus lelap. Kenyang dah....


Hari ke 9 baru saya mula berurut dan bertungku. Susu badan banyak sampai lencun baju. Alhamdulillah.