Arini saya dah buka buku pink. Huhuhuhuhu..... tapi kurang bernasib baik sebab doktor takde. Doktor masuk wad cirit-birit. Dia pun manusia gak kan.....
Nurse suruh test kencing, darah, timbang berat, cek fizikal.
Alhamdulillah bacaan hb bagus... biasa dengar kawan-kawan asyik komplen pasal hb rendah. Tq abang selalu bancuhkan madu+air beberapa hari ni sebab saya demam. Bagus rupanya madu. Susu kambing pun bagus. Pendek kata amalkan aje sunnah nabi.
Jangkaan bersalinnya 21 Ogos 2014. Abang suh tahan sampai 31hb... kut2 anak leh lahir hari merdeka dapat la dia hamper kat sekolah setiap tahun. Banyak cantik.....
APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?
Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa
kandungan.
1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e
pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2
lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn
sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau
cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna).
Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak
bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.
2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan
anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan
baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.
3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung
bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl),
jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung
mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil
saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada
ibu??
Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan
mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs
berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan
darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung,
paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.
APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM
DARAH?
Tips 1 :
--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak
mengikut kesukaan
Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga
tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb
Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi
tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan
bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..
Tips 4 :
--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh
susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti
penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)
INFO
Info lain lak pasal hb rendah
RISIKO HEMOGLOBIN RENDAH (bawah bacaan 10)
PUNCA HB RENDAH:
Peningkatan dalam isipadu darah
Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
Penurunan kadar HB normal
Kurang pengambilan zat besi dalam diet
Kekurang folic acid
Pendarahan gastrointestinal
Kehilangan darah dari pendarahan buasir
RISIKO HB RENDAH:
Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan
janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
PASTIKAN BERUSAHA UNTUK TINGKATKAN PARAS HB!!
Makanan yang boleh meningkatkan paras hb berdasarkan pesanan
doktor, pengetahuan pembacaan dan nasihat/pengalaman dari rakan-rakan antaranya
ialah
1) kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam
al-quran)
2) madu
3) hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman
kan)
4) kerang
5) air horlick (bagus juga untuk memperbanyakkan susu badan)
6) sayur bayam
7) ikan bilis
8) daging
No comments:
Post a Comment