pukul 10 bergerak ke kubang kerian... sebelum serah diri ke wad... pusing-pusing dulu dalam mydin. Capai sikit-sikit barang untuk kegunaan dalam wad. Konon nak abiskan 2 jam dalam mydin.. heh.. cakap besar je. Setengah jam jalan semput kut. Mata meliar cari kusi je... Kejap-kejap nak duduk. Abang jalan laju je... selalu tinggalkan mak buyung (sebenarnya saya yang lemah gemalai jalan).
Then... register nama di kaunter kecemasan HUSM. Ari sabtu kaunter pendaftaran yang biasa tidak dibuka. Bergerak ke wad 2 Akik. Ooo.... aircond.. best.... apesal tak ramai ni? Rupa-rupanya ni wad khas untuk golongan yang ada kes- GDM, hypertension, jantung, kembar dll. Wad ni tak benarkan peneman berada di sisi kecuali waktu melawat sahaja iaitu kul12-1 tengahari, dan kul 5-7 petang. Jadi abang hanya menanti di bilik menunggu (lelaki) dengan pas khas. Jenguk saya waktu melawat sahaja.
Malam pertama di HUSM sekali lagi scan baby...amik darah... merasa kali pertama apa yang dikatakan "seluk" yang menakutkan tu. Seluk atau vaginal examination (VE) adalah igauan ngeri bakal ibu di hospital. Hehhe... terkenang....
alat CTG... tengok heartbeat baby dan kadar contraction
the kuning ward
ahad- 17 ogos 2014
pukul 8 pagi VE dilakukan dan doktor mula induce dengan ubat jenis pil. Menangis time VE sebab memang dilakukan sedikit kasar untuk ransang bukaan. Tengok glove doktor penuh darah aiiii.... seriau mak. Ransangan bukaan tu buatkan saya merasa sedikit contraction dan jugak terkepit-kepit berjalan ulang alik toilet. CTG dilakukan lepas sejam induce tengok bacaan contraction. Abang datang kul 1 waktu melawat saya berpeluh satu badan. Tahan sakit. Hasil induce dengan pil tu... bukaan 2cm pada kul8 jadi 3cm pada pukul 2. Hek eleh... 1cm je??? sakit kemain. Darah keluar berketul-ketul dari pagi hingga malam...
Masuk waktu maghrib sakitnya hilang. Dapat tidur malam dengan best sekali. Prosedur ARM untuk bersalin belum dapat dilakukan kerana keadaan saya belum bersedia.
isnin-18 ogos 2014
pagi bermula dengan VE lagi. Adalah sedikiiiit kurang sakit berbanding sebelumnya sebab rahim sedikit lembut. CTG dan tekanan darah diambil berterusan..... dan selama saya dalam wad... saya diberi diet khas untuk masalah GDM. Tu yang sangat sedih..... tak sedap betolll.
Oh ye... disebabkan saya akan bersalin cara induce. Doktor tawarkan epidural untuk mengurangkan kesakitan.. kata orang.. induce sangat sakit. ye kerr?
Bibir sangat kering. Mengelupas teruk sebab duk dalam aircond berhari-hari. Anta pic ke whatsapp abang.. gambo barang... pesan suh beli vaseline petroleum jelly. Ok skit lepas sapu kat bibir.
kesian abang... macam-macam pesen gaya menunggu... lama amik cuti teman bini dalam wad
selasa-19 ogos 2014
Abang beli burger zinger KFC. Makan sambil nangis sebab tacing sangat.. huuuuu... sedapnya.... masih terperuk dalam penjara aircond ni.
rabu-20 ogos 2014
Muka masam. Hati sakit. Saya protes takmau VE. Sebab dah beberapa hari doktor janji nak masukkan saya dalam labour room tapi asik full aje. Baby sangat sayangkan mama.... dia memang tak mau lagi mama rasa sakit. Memang contraction tiada sejak isnin... ahad tu pun sebab induce pil.