khamis 21 ogos 2014
Hari ni jangkaan tarikh bersalin yang tertera di buku pink. Pukul 8 pagi cam biasa para doktor ronda-ronda wad. Pakar O&G doktor akim (bukan nama sebenar) yang pada mulanya sangat saya suka sebab ensem... tapi pada hari tersebut saya rasa menyammmmmpah sangat. Rasa cam nak sumbat selipar je kat mulut dia. Disebabkan saya terlampau stress terkurung dalam wad.
"Yana ada kat sini lagi ye... hmmm... takde katil kosong lagi kat labour room... kita try tengok lagi ye pagi ni. Lama dah awak kat sini.. kesian..."
Sentap jiwa dengar "kesian~" tuh. Bila je geng-geng doktor tu blah saya pusing badan. Nangis... memang haru punya nangis. Sesambil whatsapp abang. Abang dah kerja ari tu.. ye lah dah banyak ari dia teman di hospital... Saya mengadu pada abang.. nak lari dari wad tu. Nak pegi kat hospital swasta.. nak cepat-cepat bersalin. Sakit ati dan segan duk sampai seminggu dalam wad tahanan tu.... saya yang paling veteran kiranya...
Tengah menangis dan hingus penuh di hidung... terdengar akak misi panggil
Liyana... siap-siap ye.... gerak ke labour room kejap lagi.
HAH!!! betul ke ape aku dengar ni?? dah sampai masanya! Apa lagi sepantas kilat saya call abang, kemas barang.. yang mana sepah dalam laci saya sumbat dalam plastik je. Gi mandi kasi wangiiii... langkah penuh bergaya ke labour room.. ceyyyy (saje tokok tambah citer)
Disebabkan saya request epidural... saya pun kena la masuk bilik tu. Rupanya pesakit dengan epidural akan duk dalam bilik khas.. dari awal sampai lah teran anak.. kena duk situ.
Epidural? Apa tu?
Sebelum ni banyak dengar cerita seram tentang epidural... ye lah.. teknik bius kat tulang belakang.
Disebabkan ada sorang kawan baru je bersalin dengan kaedah ni saya beranikan diri untuk mencuba memandangkan saya akan melalui induce yang lama dan menyakitkan. Terpaksa induce kerana saya masih tidak mengalami contraction dan bukaan baru 3 cm. Ibu hanya dibenarkan teran baby bila bukaan 10cm.
Saya dibius oleh seorang doktor india yang sangat comel dan sopan percakapannya. Saya disarungkan baju biru yang terbuka sikit di belakang.. bra kena lah buka yer... disuruh peluk bantal dan bongkokkan sikit badan. Ada menggigil skit sebab takots sangat kan. Doktor spray cecair yang agak sejuk.. betul-betul kat tulang belakang. perghhh... berdiri bulu roma. Kat situ kalo orang sentuh pun rasa geli. Doktor bagitau setiap step yang dia akan buat. Masa inject terkumat-kamit saya berdoa... ada rasa cam letrik mengalir je once cecair epidural tu terjah kat saraf. Aik.. cepat je. Takde lah seram macam yang dibayangkan! Bukanlah cucuk sampai kena tulang tapi selaput spine aje.
Ada wayar halus di tempat dicucuk tu bersambung ke mesin epidural. Kata doktor dos epidural tu boleh dilaraskan... kalau sakit sangat doktor akan cuba tambah dos.. tapi tengok keadaan lah.. tak boleh suka hati jugak.
nampak tak wayar halus tuh... haaa.. epidural lah tu.... pic from hp abang
saya col suh abang masuk cecepat.. sarungkan stokin.. tak tahan sejuk..
Nurse masukkan drip kat tangan kiri.... 2 jenis cecair sumbat kat situ. Satu cecair induce.. satu lagi air yang biasa masuk kat patient tuu... sebab saya tak boleh makan apa-apa dah once masuk sini. Katanya... 7-8 jam saya akan terperap... tunggu induce tu buka jalan sampai 10cm.
Doktor buat ARM.. pecahkan air ketuban... dari masa ke semasa dia "cek jalan" kata omputehnya VE. Disebabkan epidural saya dah tak rasa apa-apa masa VE. Ditemankan suami tercinta... kami harungi hari yang panjang itu bersama... waktu mula induce pukul 9 pagi.
Contraction bermula
Pukul 3 petang... bukaan 5 cm.
Pukul 6 petang... bukaan masih 5 cm!!doktor pun terkejut bila bukaan takde progress ingatkan dah boleh mula teran dah... masa ni komplikasi mula jadi. Saya mula rasa contraction yang sangat-sangat sakit. Mata saya tertutup rapat. Badan saya menggigil sejuk yang teramat! Saya tak dapat rasa kaki dan tangan.. terlalu sejuk...macam beku. Abang dah mula panik. Doktor tambah dos epidural. Saya tak mampu bercakap. Tapi saya sedar dan dengar semua. Apa yang dinamakan contraction itu mula saya 'nikmati'. Betullah cara induce ini menyakitkan. Bukanlah maksudnya bersalin normal tak sakit. Induce tak membenarkan saya berehat dari sakit. Baru je 2 kali tarik nafas sakitnya datang... tarik nafas.... sakit datang... sakitnya bagaimana? yang dikatakan ibarat 20 tulang dipatahkan serentak... dan begitu lah azab yang saya lalui dari pukul 6 petang sehingga jam 11.30 malam!
Epidural sudah tidak mampu menahan kesakitan tahap tertinggi tu. Adoii lah.... tapi tanpa epidural saya akan menderita sakit dari pagi lagi.. kira ok lah kan. errr...
Saya sempat bersuara perlahan... dalam suara terketar-ketar mintak maaf dengan abang. Ingat malam tu dah sampai dah ajal.
The baby is coming!!
Bukaan dah capai 10cm pada tengah malam dan saya sudah separa sedar langsung tak bertenaga. Doktor suh teran saya teran cam nak kencing je. Masa tu saya redha kalau doktor nak bedah. Saya cakap.. saya tak larat.. tak boleh ke forcep atau vakum (terpengaruh ngan citer 3 idiots sebenarnya). Doktor cakap.. saya akan ambil forcep jap lagi tapi muka baby akan cedera lah. What???? No way... ok.. mama teran kuat-kuat kayyy.. takmau anak mama cedera. Abang setia di sisi bagi sokongan moral.. usap kepala... baca doa... doktor mula penuh di kiri kanan..
Tepat pukul 12.15 pagi... hari jumaat 22 ogos.. putera sulung mama Ammar Zafran dilahirkan. Doktor tarik trus letak atas perut. Abang cium dahi.. saya nangis... tanya abang... tengok anak!! tangan! kaki! cukup tak sume jari?? Abang kata sume ok. Tetiba doktor plak cakap.
Baby flat! Biru.. bawak ke bilik sana cepat!
Rupa-rupanya baby lemas sebab lama sangat teran. Baby kuar diam je. Saya makin kuat menangis.. tapi doktor cakap semua ok. Abang pujuk.. pegang tangan... sambil doktor proceed jahit apa yang patut. Masa jahit tak sakit kerana kesan epidural. Lama gak jahit tapi saya tak tanya apa-apa... tak cakap apa-apa... risaukan anak...
Lepas setengah jam... nurse bawak baby.. Ya Allah.... comel.... abang terkulat-kulat tak reti pegang.. nurse suh azankan. Kemudian letak di sisi saya.... saya susukan untuk kali pertama.
assalamualaikum.... ammar zafran
after all.... saya tak rasa serik pun untuk bersalin lagi. Subhanallah.... indah.