Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

1st anniversary

Restoran Rangnok.. makan 2 orang... baby tak kira.. dalam rm50+ je. 4 jenis lauk


edisi throwback. Makan malam sempena anniversary... bawak baby sama-sama. Tempat selesa.. aircond.. seb baik tak ramai malam ni. Tempat ni biasanya penuh ngan agensi yang buat jamuan. 10 minit pertama je ammar duk dalam stroller... pastu dia jerit nak join makan sama. So kami gilir-gilir makan. Sorang dukung..sorang ngap.. sukati ko la ammar.. asalkan hepi. Meh ciom skit meh! Chup! chup!


abang... selamat ulangtahun ye... sayang abang so much!

Tuesday, May 13, 2014

jenjalan kuantan lah kito


atas cadangan ain.. kami shopping jap kat daiso... dalam ni barang jepun yang comel-comel semuanya rm5. Beli untuk adik dan juga iparnya.

gini lah dalam daiso... 

tujuan utama datang ecm ni untuk tengok movie... abang kemaruk mau nengok spiderman.. booking tiket kul2.30 petang. Cerita not bad... best walaupun hero tak gantenggg sangat. Tapi ada pengalaman ngeri kut kat sini... bunyi dalam cinema kalau citer2 action cenggini memang lah sangat kuat. Lupa ada budak kecik dalam perut ni. Banyak kali bagitau abang.. senak perut ni...baby mengeras.. kejap rasa keras tang kiri kejap tang kanan... agaknya budak ni tensen tutup telinga pusing menonggeng balik dalam perut. Saya balut-balut perut dengan jaket abang... letak beg.. ntah apa lagi yang daya nak pujuk baby.... Cian anak mama takut eh bunyi kuat... sambil pelan-pelan mama nyanyi suriram... seb baik baby ok.


upah teman nengok wayang...

kami menginap kat hotel bajet je... sebab datang tujuan nak berjalan bukan nak perap duk dalam hotel. Sebenarnya dah lupa nama hotel. Hahaha... ni kedai makan bawah tu. Kotakkalam namanya.. eh.. kat kelate kotakkalam maksudnya pencil box. apekah?

order chicken maryland

lepak teluk cempedak malam tuh... ada event rupanya... sekali lagi baby sengsara mengeras dalam perut.

haihh.. tak leh blah gambo ni... kembang semangkuk. baju beli kat ecm jugak.

pagi esoknya singgah umah ayahngah.. dan buat aktiviti ziarah sedara. Gerak balik dalam kul2 petang.. ni kat tok bali... kedai ikan bakar femes meletops... zul ikan bakar..

ramai tersangat dalam ni... saya tunggu hampir 40 minit dengan penuh saborr.... 

ni udang celup tepung..udang gemuk dan fresh.. rm8 aje hoiii.... aku bedal sorang!

ni ikan siakap.. abang pilih. mintak bakar tawar gitu je.. leh nak mintak bakar ngan sambal cuma perjalanan masih jauh saya lak takut perut problem makan pepedas ni... tapi kicap cicah dia memang besttttt!!! tak bakar dalam sambal pon still sodap. 

burp~

tak lupa juga nak ucapkan selamat pengantin baru buat syahril dan safiyya... cepat-cepat wat anak muka omputeh yer.. kita berbesan!


demikian berakhir cerita ringkas jenjalan kuantan.... terkilan tak dapat jumpa ain.. takpe lah.. takde rezeki.. hal kerja apa boleh buat... btw... good trip.. sonok pegi...

Saturday, March 8, 2014

yang bulat itu meja makan

mood memasak sudah marii..... akhirnya... dah boleh masuk dapur dan terlibat aktif dalam aktiviti ini. Malang lah pulak gas kat dapo tiba-tiba abis. Abang pusing keliling area sekolah cari kedai jual gas masak tapi semua kedai takde servis penghantaran. Abang sebolehnya angkat benda berat lagi lepas operate. Sabo je lah... nanti nak tanya lagi kedai-kedai lain. Mungkin ada yang boleh delivery ke rumah.

Cabaran seterusnya ialah membeli bahan memasak. Kalau shopping barang basah ni biasanya kena kuar pagi pada hujung minggu.... tapi abang rutinnya tido. Biasalah dulu kan membujang. Kerja sampai lewat petang mestilah dendam nak tido puas-puas pada weekend. Nampak gaya saya kena kayuh basikal pegi beli barang pasar pagi. Kalau beli kat tesco barangnya tak fresh macam kat pasar biasa. Hmmm.... kalau nak kejut abang gi pasar kena pujuk baek punya.

Huhuhu.... siaplah nanti... bila saya dah mula masak... bulat molek lah abang. Skang pun dah kiut miut. Abang tak memilih dalam makannya cuma elegik ngan udang dan ketam. Yang lain sume dia bedal. Satu lagi kegemaran abang ialah sos cili.... 2,3 botol cili sume abang sorang balun.

Next week sampai lah meja makan yang kami tempah. Meja marble bulat. Kerusi 6 biji.

gambar hiasan.. meja tak sampai lagi dekpung

Sunday, February 2, 2014

CNY 2014 and 11 weeks baby plum

sesungguhnya sangat penat bila asyik muntah dan muntah.. haiyyoooo.... gerak skit dah pening. Ni cuti CNY rasanya kepala duk ting tong sentiasa.



Semalam keluar dinner ngan family in law. Lokasi: Restoran Kahfi Wakaf Bharu. Ikan bakar, sotong celup tepung, kailan masin, tomyam, fresh orange. Alhamdulillah.... rezeki anak... saya tak muntah..yey! Cuma terus lelap dalam kereta on the way home.

camne ye nak ilangkan sakit belakang ngan sakit bontot ni.. aiii...






Your wee baby is now comparable in size to a plum!

Go ahead... we'll wait while you run to the kitchen and hold one in your hand to marvel at the life form unfolding inside of you.

Your baby's favorite game right now is exploring their face and especially their mouth.

Not only does this game improve your child's newly acquired voluntary muscle coordination of their limbs, but it also starts hard-wiring their hand nerves for newly gained sensations as they're now able to experience in their hands, because their palms can now "feel"!

Extensive facial exploration also primes their facial nerves by setting the stage for a lifetime of subtle sensations from kissing to spitting!

Final interesting fetal developments for the week: their newly acquired swallow reflex, and the beginnings of a sense of smell, which when combined with their maturing taste buds, will provide your baby with their first experiences of taste and smell in the womb.

Yeah, we're also curious what wombs smell like. We'd like to think warm and homey, which just might be the smell of freshly baked cookies.

And How's Mom Doing?

If you're still enduring the dubious joys of morning sickness, it should finally be subsiding to the point of non-existence by the end of this week.

If your nausea's not subsiding, we're sorry, but you might be one of the unlucky 1% with Hyperemesis Gravidarum - in which you puke every day pretty much till you give birth. You can find out more about hyperemesis gravidarum here.

For the rest of you no-longer pukers, the growing placenta combined with your little one's developing pituitary gland have given you a break on hormone production, so now you can focus on the fact you're about to enter the second trimester (aka "when you become a lumbering human pod") of pregnancy.

At this point you should be well on your way to making a conscious effort to gradually increase your consumption of healthy, vitamin-rich food, but remember: THIS DOES NOT MEAN LIFE IS NOW AN OPEN BUFFET.

Actually, it's quite the opposite, there is no other time in life where it's absolutely critical that you be a food snob, and one who only ingests the cleanest, purest, healthiest of foods.

It's pretty obvious if you think about it: if it's not good for you (and fast food, junk food, and greasy and/or other processed and preserved foods are NOT good for you, no matter how tasty they seem), then it won't be good for your developing baby.

Eating Tip: If you're still hungry after dinner, don't default to having extra ice cream for dessert. Try skipping the non-nutritious options and opt for a more filling and protein-loaded handful of almonds.

So if you haven't yet gotten the message: good nutrition and an active lifestyle are absolutely vital for your baby's brain and body development.

Last thoughts for the week: make sure you’re taking "me-time" to center yourself and focus on your body's interactions with your baby. You can do this by listening to relaxing or inspiring music, reading good books, thinking happy thoughts - you know - all the mentally stimulating stuff that puts you in a good mood and makes your pregnancy feel like a positive experience.

In other words, watching international news isn't recommended. The better you treat your body and mind now, the healthier and happier your child will be once "they're 

Wednesday, January 29, 2014

buka buku pink

Arini saya dah buka buku pink. Huhuhuhuhu..... tapi kurang bernasib baik sebab doktor takde. Doktor masuk wad cirit-birit. Dia pun manusia gak kan..... 

Nurse suruh test kencing, darah, timbang berat, cek fizikal.
Alhamdulillah bacaan hb bagus... biasa dengar kawan-kawan asyik komplen pasal hb rendah. Tq abang selalu bancuhkan madu+air beberapa hari ni sebab saya demam. Bagus rupanya madu. Susu kambing pun bagus. Pendek kata amalkan aje sunnah nabi. 

Jangkaan bersalinnya 21 Ogos 2014. Abang suh tahan sampai 31hb... kut2 anak leh lahir hari merdeka dapat la dia hamper kat sekolah setiap tahun. Banyak cantik..... 




APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :

--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)

INFO

Info lain lak pasal hb rendah

RISIKO HEMOGLOBIN RENDAH (bawah bacaan 10)

PUNCA HB RENDAH:
Peningkatan dalam isipadu darah
Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
Penurunan kadar HB normal
Kurang pengambilan zat besi dalam diet
Kekurang folic acid
Pendarahan gastrointestinal
Kehilangan darah dari pendarahan buasir


RISIKO HB RENDAH:

Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit


Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


PASTIKAN BERUSAHA UNTUK TINGKATKAN PARAS HB!!

Makanan yang boleh meningkatkan paras hb berdasarkan pesanan doktor, pengetahuan pembacaan dan nasihat/pengalaman dari rakan-rakan antaranya ialah

1) kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
2) madu
3) hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman kan)
4) kerang
5) air horlick (bagus juga untuk memperbanyakkan susu badan)
6) sayur bayam
7) ikan bilis

8) daging

Tuesday, December 24, 2013

ketam nipah indera tomyam pasir pekan



Saya setakat ni belum mengidam... err.. kecuali yang hari tu... sebelum tahu pregnant.. ada la dekat seminggu hari-hari sebut nak ketam.... agaknya bosan abang dengar "sedapnye ketam....", "mesti sedap kan kalau makan ketam...", "bestnya ketaaaam..." sampai dia bawak pegi indera tomyam yang femes ngan seafood tu... hamek kau... ketam nipah masak 3 rasa sepinggan besor... rm30..... sedap sangat... kami ratah... senyap tak bercakap kusyuk makan ketam. Saya tau abang bukan penggemar ketam. Tenkiu sayang..

gambar pinjaman sahaja



baru sebulan lebih.. perut dah nampak besar... walaupun kamu kecik lagi.. badan mummy dah kembang nak bagi kamu ruang yang selesa...  tak mampu bayangkan 9 bulan... wah.... 

baby... sabtu ni nak jumpa lagi...  klinik dr.roshadah.. 

makan di MALIS pasir pekan

restoran fevret adik ni... sempena birthday neesa...

makan chicken chop & fish and chip.. agak klise bunyi menu ni kan... tapi sedap!

kepunyaan saya dan muaz

breaded chicken chop lebih banyak dari grilled chicken... harga sama.


Thursday, December 19, 2013

i hurt my tongue

biskut lidah kucing


beli biskut ni di tesco.. sedap... tapi sakit pulak lidah ni sebab saya suka kemam...rangup... rasa cam susu.. this cookies is kinda melt in your mouth gitu... lagi terasa sedap berbanding kunyah.

Lidah rasa kebas lagi.