Thursday, February 28, 2013
monthly blues
moody.... marah... sedih... rasa takde orang sayang... sakit... guling-guling.. drive tadi rasa nak patah pinggang..... campur stress keje.... menyirap darah aku dalam kelas f4 tadi.... pantang aku budak tak siap keje aku yang seciput cuma.... no excuse! balik keje lewat siapkan report and tutup buku rekod kedatangan february utk 2 kelas... kak iz masih kat latihan ping pong... tolong siapkan yang kelas dia sekali.
this monthly blues.. sob sob.... buat aku nangis sokmo.
Wednesday, February 27, 2013
little craft girl
Minggu lepas dia merengek nak buat craft gelang. Bukan tak mau beli tapi hampeh ko ni lebih dari jantan gaya lasaknya mana la pakai gelang tu membazir je.
Semalam kuar ngan kak lin... singgah tesco beli set craft untuk buat kerongsang dari kain felt. Kerongsang ada gak pekdah nyer... ramai atas umah ni yang pakai.
Sampai je umah trus bagi kat budak kecik ni. Dengan rajinnya dia buat... guna gam UHU je. Ala tomey sangat.... sebakul manik mama dia kuarkan untuk tambah kat kerongsang tu.
![]() |
hasil keje nisa |
![]() |
ada sikit bakat mama |
Yang kelakar sangat lepas siap bukan dia hadiahkan kat kita tapi dia jual. Kalo nak kena bayar... Dush!
Monday, February 25, 2013
lust of.....
hujan lebat.... dah tutup kipas... dah berselimut bergulung litup. Dan gambar ini bermain dalam fikiran membangkitkan rasa berahi dan keinginan yang nyata amat sukar ditahan.
... saya mahu
...
... saya mahu
....
![]() |
bubur jagung yang enak |
rombongan pekan ke kuantan
Sabtu lalu my soulmate ku yang tercomel cik ain telah dirisik oleh saudara epul. Owhhh... tema biru itu begitu meriah dalam kesederhanaan. Sob sob... langkah yang pertama dah tu... sedih aku.... tarikh nikah pun dah ditetapkan oleh kedua pihak. Bulan november jugak. Weh... gi honeymoon sama-sama nak? Kita lepak mana-mana tinggalkan laki kita. Wahahahaha!! I miss you ain.....
![]() |
haaa..... tu dia... tak main la kalendar kecik-kecik.. mane ni tarikh sesuai nye pak hassan? |
![]() |
epul, ain dan anak-anak..... |
Sunday, February 24, 2013
mencari rumah dan tangga
Jalan-jalan cari rumah.... tiba di perumahan bandar baru pasir mas.... lawa gak la.... tak banyak yang berpenghuni.... kami jenguk satu umah. Bleh tahan.... harga sekitar 200k.
Masa lepak dekat kete ada sorang hamba Allah berkereta vios.... tegur kitorang
en.vios: tengah tengok umah ke?
abg : aah.. tengok dulu.
en.vios: umah encik ke ni?
abg : tak... saya datang tengok je dulu.
en.vios: yang depan-depan ni sume orang dah booking. Saya pun tak sempat nak booking, terpaksa tunggu yang sedang dalam binaan tu. (kitorang pandang... baru je naik tiang umah tu)
Adoiii... takkan nak tunggu yang tu..... berangan la kami nak pilih yang berderet siap tu cam pilih kasut kat kedai. Susah jugak ye.... matlamat nak cari gak umah kat pasir mas ni. Nampaknya untuk rancangan awal saya terpaksa apply kuarters sekolah...
![]() |
perumahan di bandar baru pasir mas |
![]() |
kat atas ada 1 master room... 2 bilik kecik |
![]() |
the place is sooooo nice |
en.vios: tengah tengok umah ke?
abg : aah.. tengok dulu.
en.vios: umah encik ke ni?
abg : tak... saya datang tengok je dulu.
en.vios: yang depan-depan ni sume orang dah booking. Saya pun tak sempat nak booking, terpaksa tunggu yang sedang dalam binaan tu. (kitorang pandang... baru je naik tiang umah tu)
Adoiii... takkan nak tunggu yang tu..... berangan la kami nak pilih yang berderet siap tu cam pilih kasut kat kedai. Susah jugak ye.... matlamat nak cari gak umah kat pasir mas ni. Nampaknya untuk rancangan awal saya terpaksa apply kuarters sekolah...
Saturday, February 23, 2013
obatnya
Dengan bermotosikal datang sorang diri... malam-malam..... nun dari pasir mas, datang bawak mende ni. Pandai yer pujuk..... heee.... cium kang!
![]() |
ini cokelett tiramisu putih yang tidak berperisa tiram |
![]() |
isi dalamnya... aku bagi kat adik 2 biji sorang |
Hehe.... punya kedekut bagi kat adik 2 biji je sorang..... yang lain aku makan. Stim sorang-sorang.... the chocolate melt in your mouth. Sedap!
muncung untuk diikat
![]() |
ummmm... waaaaa... majok majok... tak nak kawan dah..... sedey |
Aku merajuk sepenuh hati....... hancur, remuk, cam kete vios yang kena lenyek ngn hilux depan skolah.
Kite tunggu dia wat tak tauuuuu.....
Woohhhhhhhh... merajuk nyer lah.
Ni dah improve kan fungsi comment. Kepada pihak yang berkenaan, kalo tak mau comment gak, blog ni mungkin akan beroperasi secara private.
Sambung muncung...ahh! Majok!
Thursday, February 21, 2013
entry serius.. untuk sahabat
video khas majlis pernikahan kak lin, "Biar Mimpi Sampai ke Bintang"
Kak Lin... baru sahaja mengenali beliau pada awal Jun 2012....Hadir saat aku insan yang lemah jiwa yang tersungkur bagai hilang arah. Dulu ku sangka kan insan yang aku inginkan jadi teman hidup... dia bagi ku segala-gala dan bila tiba waktu dinanti semua impian musnah. Kak Lin tempat ku mengadu, tempat ku menangis. Ketenangan yang aku doa kan setiap sujudku... Allah telah kurniakan ketenangan itu dengan kehadiran sahabat ini. Aku mula senyum, mula kembali menjejak diri yang hilang sehingga semangat ku pulih. Kini kak lin sudah dimiliki.... juga setelah mengalami saat yang sukar... dan aku juga akan mengikut jejak nya. Cinta yang membawa ke syurga. Insya-Allah. Allah tidak akan menguji lebih dari yang kita mampu. Kita lebih kuat... lebih yang kita sangka. Terus berdoa kepada-Nya.
Semoga kak lin beroleh bahagia, benar bukan mudah. Teruslah jadi diri mu yang kukenali ini. Senyum, ceria, rajin dan kuat.
mode: aku nak kawin jugak
Tuesday, February 19, 2013
kata yang dilafaz sebelum tidur
Kejap tadi aku terdetik dalam hati, "I hate wednesday" sebab kelas sangat pack. Tiba-tiba teringat kata penceramah dalam TV. Apa yang dilafaz atau difikirkan waktu malam lebih-lebih lagi sebelum tidur, perkataan itu akan berulang-ulang dalam fikiran, seolah-olah program yang cuba di set kan dalam otak. Maka, jika memikirkan perkara buruk, bangun pagi akan terus bersifat negatif, tertekan, mengantuk dan badan jadi lemah.
![]() |
think positive |
Hari ni saya ada kelas yang yang bersambung. Selepas mengajar kelas A terus berlari ke kelas B yang letak nya jauh antara satu sama lain. Saya sampai cakap ngan budak, "kalau la ada pintu doraemon". Kelas yang tingkat 4 tuh... mau tonggek naik tangga.. huh... sampai je kat atas saya berenti amik nafas. Masa f6 dulu duk tingkat 4 jugak.... duk dalam kelas tak turun dah time rehat sebab selalu berpakat beli nasi belauk ayam bakar. Baru rasanya susah dan kesian kat cikgu yang jalan jauh dan naik tangga banyak kali.
Kisah Scarlett, Si Ibu Kucing Yang Menyentuh Hati..
entry copy and paste yang menarik untuk dikongsi
![]() |
gambar hiasan... gambar asal terlalu menyedihkan.. mata aku dah berair tengok tadi. |
Kisah Scarlett, Si Ibu Kucing Yang Menyentuh Hati..
Kisah si kucing yang bernama Scarlett, yang sebelumnya merupakan
kucing jalanan menunjukkan kasih tidak berbelah bagi terhadap anak-anaknya. Walaupun
kisah ini telah lama berlaku dan Scarlett telahpun tiada lagi. Ini adalah kisah
seekor ibukucing yang sanggup meredah api demi menyelamatkan anak-anaknya..
Kejadian Kebakaran
Scarlett dianggarkan berusia 9 bulan ketika kejadian berlaku.
Melahirkan 5 ekor anak-anak yang comel di salah sebuah bangunan usang (abandoned)
di Brooklyn, New York pada tahun 1996. Pada 30 Mac, bangunan tersebut terbakar
atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Bomba telah dihubungi untuk memadam
kebakaran tersebut dari merebak ke bangunan berhampiran.
Ketika api mula berjaya dikawal, salah seorang ahli bomba, David
Giannelli terdengar bunyi suara kucing yang halus berdekatan dengan bangunan yang
runtuh. David terpandang Scarlett yang terbaring bersama 2 ekor anak kucing
berpelukan. Manakala 3 ekor lagi dijumpai di seberang jalan kawasan tersebut.
Scarlett dipercayai membawa anak-anaknya seekor demi seekor
keluar dari bangunan tersebut dalam keadaan panas dan asap tebal. Scarlett
berada dalam keadaan agak parah dengan matanya luka, telinga terbakar, tapak
kaki melecur dan badannya berasap, dalam cubaan menyelamat anak-anaknya dari
kebakaran. Bulunya juga mempunyai banyak kesan hangus terbakar. Dapatkah anda
bayangkan bagaimana keadaannya ketika itu menggonggong anak seekor demi seekor
keluar masuk bangunan? Demi kasihnya terhadap anak-anaknya yang baru berusia
beberapa minggu.
David memasukkan Scarlett dan anak-anaknya ke dalam kotak. Scarlett
dalam keadaan matanya yang luka dan kabur menghidu anak-anaknya seekor demi
seekor bagi memastikan mereka semua masih hidup dan ada bersamanya sebelum
jatuh pengsan.
'Kasih seekor ibu kucing' :)
Monday, February 18, 2013
jiwa rasa gelora
mood sedih: esok abg g putrajaya.................
biar pun kejap tapi rasa jauh tu bikin jiwa gelora la jugak. Balik cepat abg.....
Hmm... minggu depan dah masuk gaji. Kejap je masa berlalu... dan kawan baik ku cik ain akan melalui fasa risikan 007. Semoga selamat semuanya. Dan kak lin pulak berhoneymoon (jelez tahap kesumat!). Takpe lah gaji nanti shopping hiburkan hati lara ni.
Hidup agak bahagia dengan dua ekor kucing gebu... hmm... ada duk tido bergulung kat atas belakang. Aku duk meniarap taip entry. Diorang dah wangi mandi seminggu sekali.
![]() |
me so jelly..... |
Saturday, February 16, 2013
ML yang selalu makan
saat jiwa ku kacau...
Mula la publish entry zaman purba....godek-godek cari pic lama. Ni curi dari fb kak lin. Zaman solo cincin pun takder.... masa ni ramai duk tengah usha beta. Hahahaha.... errr... nape gambar lama pasal makan aje... patut la aku gemok skang.
Ni kat restoran syam.
oiihhh... esok skulahhhh.... fokus! fokus! grrrrr.... bertugas lak asrama. waaaaaa..... abg... bawa aku pergi~

ngan anak buah kak lin yang ensem... adam.. sedap peluk budak ni. |
![]() |
kelab rakan sebaya.... I pon |
![]() |
jangan segan-segan ajak I makan... no hal punyer.. anytime! |
oiihhh... esok skulahhhh.... fokus! fokus! grrrrr.... bertugas lak asrama. waaaaaa..... abg... bawa aku pergi~
untuk dia
![]() |
roses hub at romantika |
Esok dah mula sekolah... duk brainwash ni.... kena pikir kan sekolah..sekolah... sekolah... ulang dalam 4 juta kali. Mood nak berehat lagi sebab tak berapa nak rehat pun cuti CNY ni.
Kembali kepada tajuk di atas. Sekarang dah mula nak tanam azam baru. Dengan penuh semangat ni. Impian sebelum majlis nak kempiskan perut. Wohoho... aku makan tak berenti. Pas makan nasi cari lagi cookies then segala macam dessert lagi.. ntah nape makin kuat makan. Adakah sebab consume EPO. Nak berenti pil tu rasa sayang plak. Elok katanya untuk kulit and dalaman. Tapi siyes cakap... saya cepat lapar. Tambah-tambah kalau dating... huiii... makin menjadi seleranya. Tak mau ler menikah pakai pakai korset nanti buka mengelebeh jugak. Problem ketara hanya perut. Ada jugak kadang-kadang.... tak selalu lah... cincin di jari makinnnn lah ketat... seperti gambarajah di bawah:
![]() |
waaaaa...nanges!!!! |
untuk si dia.... skang ni slow2 dah mula beli memacam produk, barang dan apa-apa je lah. Dan fikiran ku selalu.... ada dia :>
Friday, February 15, 2013
rambut comel di atilia yang serba ungu
Seharian berjimba bersama kak lin di lokasi kesukaan. Tesco kb... shopping skit (hek.. sikit lah sangat..) pastu try masuk spa Atilia. Selalu nampak promo dia dalam kedai cosway. Spa ni kat atas cosway tu.. bangunan seblah tesco... seperti label nya.. sume peralatan dan deco dalam nya juga purple. Dan khas untuk ladies aje..... laki tak leh masuk.
Saya wat treatment rambut.. cian lorr makin nipis je. Akak tu duk belek rambut rebonding original ku... duk puji kata rambut lawa... lembut dan tak kasar cam customer biasa. Ye lahhh... rambut I luar biasa kayyy.... it's too oily... leh goreng ikan atas rambut ni. Tiap-tiap hari syampu sebab berminyak dan gatal. Dan memang pun pas dia cuci penuh sinki dia ngan rambut I.. senang sangat gugur. Sebab tu la risau.. kang botak plak.
Masa dia urut kulit kepala kadang-kadang dia tekan, tepuk dan sekeh-sekeh kepala..haha... ooo.. gitu ker bila treatment... layankan aje... sedap gak masa urut-urut.. nak lena rasa.
Servis memang tip top... harga pun sangat reasonable. Abg.... nanti nak claim jugak...
![]() |
tengah brainwash... huhu.. panas skit.. kasi serap nutrien serum tu |
![]() |
yana.... bukan yuna. hihi... vogue jugak kalo gi sekolah cenggini kan |
![]() |
kakak aku dan fesyen bunga nya... hahaha |
![]() |
abis magazine aku baca nunggu siap rambut |
![]() |
hasilnya (lebih kurang gini lah) berangin rambut rebonding I.. terasa begitu confident dan sexy |
Time tengah taip ni masih rasa syok ngan bau wangi rambut hasil treatment tu... 2 minggu lagi kena datang lagi untuk susulan. Harap-harap dapat la lebat kan rambut... sihatkan kulit kepala.
Wednesday, February 13, 2013
abg misai
tadi gi ke pejabat pendaftaran untuk renew ic.... sempat curi sekeping gambar abg.... wt ubat rindu..... ensem gak laki aku ni.
Sepetang dating...bawak anak-anak sekali. Nisa ngan baam main kejar-kejar dalam mall kemain riuh. Beli barang keperluan umah je.
Ermm... lunch di restoran baruh tunjung tu sangat sedap. Adik-adik ralit main bagi makan kat ikan-ikan keli gergasi. Mee celup itu sgt awesome..... ada la 5 kali saya ke toilet memalam ni. Panas meletup rasa dalam perut ni. Adik-adik kata diorang ok je.... Oh my perut....
i luv ur misai... ngeeeee |

eday slideshow
testing slideshow powerdirector... leh tahan mantep jugak effect dia.... bila duk godek2 wt mende ni. Baru perasan...selain dari hari bertunang tu, kami tak pernah bergambar bersama.
ok... nak siapkan slideshow kelab plak...
ok... nak siapkan slideshow kelab plak...
Tuesday, February 12, 2013
Monday, February 11, 2013
kami penyepit
ok... nampak familiar kan mini pelamin ni... saya pinjamkan set bertunang aritu... lagi pun majlis akad nikah je. Nanti resepsi leh sewa yang boom boom gempak lagi kan akak...... alhamdulillah majlis dah selesai. Kurang sorang 'cik' kat skolah. Kami pun tak ketinggalan amik berkat posing kepit-kepit ngan pengantin.
![]() |
berkepit membawa berkat |
![]() |
cemolot skit...... ummmmmmm... cayam dia |
Sunday, February 10, 2013
dengan satu lafaz
![]() |
peti harta karun kak lin |
larilah hingga ke hujung dunia,
berenanglah hingga ke dasar lautan,
terbanglah hingga langit ketujuh,
kalau sudah jodoh pasti bersatu jua
Satu petikan dari novel feveret.... hmmm... hari ini satu sejarah tercipta. Termeterai satu janji dan ikatan... yang cukup dinanti... benar jodoh itu rahsia Allah. Beberapa gambar eksklusif majlis pernikahan Kak Lin. Hanya jemput ahli keluarga sahaja. Majlis kenduri atau bekwoh akan berlangsung pada bulan Mei. Kak Lin dan Abg Shah Rukh... semoga ikatan ini berkekalan hingga ke syurga. Amin..
![]() |
pak aji betulkan serban... dia lak neves agaknya. |
![]() |
abg shah rukh tgh prektis lafaz |
![]() |
hah ini kontrak nya..... jangan marah nanti kena jual |
![]() |
sign kontrak sampai ke syurga tu kak.... |
![]() |
akak yang cumel |
![]() |
satu lafaz dan SAH. Aku lak yang sayu lagi pilu time ni |
![]() |
abg shah baca kontrak dia lak |
![]() |
istiadat bercincin |
![]() |
rapat lagi... rapat lagiiiiii.... |
Saturday, February 9, 2013
it's all about prep
![]() |
always with 'less is more' |
![]() |
they could be a nice decoration... if they stop running around. |
Saturday, February 2, 2013
lamb chop setiap hari
![]() |
juicy and tender lamb chop |
menstrual cramps
![]() |
thermos bag tu beli kat mana??? |
Cramp kaki senang je nak atasi. Camne nak buat bila perut meragam kala bendera jepun berkibar? Sakitnya amat mengganggu emosi, jiwa dan sanubari. uhuhu...
hormones called prostaglandins trigger muscle contractions
in your uterus. While these contractions help to expel the uterine lining, they
also cause menstrual cramping and can constrict the blood vessels to the uterus,
which results in pain and cramping to the abdomen.
tertido dengan lappy atas perut... hangat dan nyaman sekali.... cian takde thermos bag cam pompuan tu. (seb baik tak ranap lappy....kalo jatuh..errr)
mari membeli rumah
![]() |
nak gi bayar kat kaunter jap |
selain daripada kereta mari kita godek-godek umah plak....
ni ada satu blog yang menarik... untuk warga pasir mas khususnya... adei... rasa dah tua plak. Nak beli umah dah.... padahal tengah hula-hula main teddy bear lagi. hihihi
klik sini ---> maka corporation
umah tu nanti kat luar kita warna kan coklat 3 tone....
ruang tamu tema black white
bilik tido pink!!
Friday, February 1, 2013
kisah kecewa di chim chum food village d' bayam kota bharu
indah khabar dari rupa restoran chim chum food village d' bayam kota bharu. Sebelum ni excited tulis entry penemuan business card restoran tu. Tapi hasilnya amat mengecewakan. Bukan sekali-kali niat nak kondem restoran orang melayu. Saya pasti tokey besar takde malam tu. Saya dah la tengah demam, kena plak insiden yang sakitkan ati. Mula naik sakit kepala. Mengamuk la teacher kat sana.
Saya call restoran kira-kira pukul 3 petang dan pihak mereka call for confirmation dalam kul8.00 malam. So excited..
Saya yang tiba dulu... tunggu rombongan budak-budak yang datang ngan bas. Niat mula-mula nak ke food village kuala besar tapi drebar bas suggest datang ke kota bharu je. Lebih dekat. Saya ok je... asalkan anak-anak dapat makan. Kata drebar dia pernah datang. Sama je ngan cawangan lain....kata nya lah.
Dan setibanya anak-anak dengan pakaian lawa-lawa... nak dinner la katakan. Kami menuju ke tempat amik bahan steamboat. Sambil tu meja dah diletakkan tempat grill dan steamboat... berbara hangat dan mengujakan...whoooooo....
tengok-tengok... sume petak makanan kosong. Terpinga-pinga jap. Ada sorang je pompuan yang badan nya besar.... dengan rentak perlahan begitu slow motion buka plastik makanan mentah yang diperap. Saya perhatikan.... ayam perap rempah tu dia buka plastiknya.. kuar semangkuk kecil gitu..... dah la sikit... lembab gile gerakannya... ayam tu masih beku.. tersangat beku melekat semua kepingan ayam. Akak debab tu pandang kitorang yang ramai ni. "Eh..ramainya... sape korang ni?" eh eh... soalan... muka dia terkejut tengok ramai orang...takkan la kami dtg nak tumpang berak. Nak makan la kak oi...... tempah dah awal-awal tempat takkan takleh sediakan awal-awal bahan.... dah la restoran yang steamboat ni masak sendiri.
Sekali dia tuang makanan.... terus kami amik... sikit-sikit dia buka... ya rabbi....... slow gila..... tolong la..... Saya sampai cakap, "Nak saya tolong buka plastik ke? Ni nape beku keras sangat ni? Budak-budak ni ada yang puasa sebab nak datang makan tau."
Ada lebih sejam aktiviti menunggu plastik dibuka dengan lauk sikit-sikit tu. Budak-budak ramai dah give up... amik je nasi goreng...mee... yang dah sejuk... makan tu je alas perut. Drebar bas yang suggest tempat ni pun duk geleng-geleng kepala kesian kat budak
Sangat-sangat kesian keadaan kami malam tu. First time makan buffet yang ditempah ala-ala kena catu makan.
Saya tetap nak puji pekerja yang uruskan bara dan tukang tuang sup... dan kesian diorang pun saya sembur marah. Masa sup kering dia cepat-cepat datang tuang... tempat grill masa tu kosong. Saya marah dia, "tak payah la tuang... nak makan apa. Tak ada apa nak bakar ni".
Sayu tengok lemak ayam tu terbakar kering tanpa makanan untuk dibakar. Sambil mata perhatikan gerak perlahan akak debab dan budak-budak yang beratur tunggu dia tuang makanan beku.
Teringat grill buffet yang selalu saya snap gambar... meriah sup dan grill atasnya.. tapi kali ni saya nak amik banyak pun kesian takut budak-budak tak cukup makan. Sayur yang ada cuma sikit cendawan..kangkung.
Pengalaman saya di Food Village Pengakalan Chepa dan Kuala Besar sangat-sangat best. Saya jarang sangat amik fish ball murah.. hanya grill ayam, daging, udang.. makan satu family puas-puas. Adik-adik jantan yang besar-besar tu pun makan puas hati. Itu lah makan buffet.
Malam di jalan bayam ni.... untuk bayaran RM19.90 per kepala.... rasanya tak sampai RM6.00 pun purata nilai makanan yang dimakan. Kami 36 orang pulang dengan terkilan. Yang menceriakan suasana hanya gurau senda anak-anak. Birthday Alifah... diorang beli satu kek kecil. Happy birthday sayangku.
Bara yang terbakar.. hati aku lagi panas terbakar. Baca dalam blog lain mungkin lain ceritanya. Mungkin malam ni je suwey sikit di sini. Semoga lain kali kisah ini takkan berulang. Food Village d' Bayam, Tingkatkan Prestasi, Kurangkan kontroversi.
Saya call restoran kira-kira pukul 3 petang dan pihak mereka call for confirmation dalam kul8.00 malam. So excited..
Saya yang tiba dulu... tunggu rombongan budak-budak yang datang ngan bas. Niat mula-mula nak ke food village kuala besar tapi drebar bas suggest datang ke kota bharu je. Lebih dekat. Saya ok je... asalkan anak-anak dapat makan. Kata drebar dia pernah datang. Sama je ngan cawangan lain....kata nya lah.
Dan setibanya anak-anak dengan pakaian lawa-lawa... nak dinner la katakan. Kami menuju ke tempat amik bahan steamboat. Sambil tu meja dah diletakkan tempat grill dan steamboat... berbara hangat dan mengujakan...whoooooo....
tengok-tengok... sume petak makanan kosong. Terpinga-pinga jap. Ada sorang je pompuan yang badan nya besar.... dengan rentak perlahan begitu slow motion buka plastik makanan mentah yang diperap. Saya perhatikan.... ayam perap rempah tu dia buka plastiknya.. kuar semangkuk kecil gitu..... dah la sikit... lembab gile gerakannya... ayam tu masih beku.. tersangat beku melekat semua kepingan ayam. Akak debab tu pandang kitorang yang ramai ni. "Eh..ramainya... sape korang ni?" eh eh... soalan... muka dia terkejut tengok ramai orang...takkan la kami dtg nak tumpang berak. Nak makan la kak oi...... tempah dah awal-awal tempat takkan takleh sediakan awal-awal bahan.... dah la restoran yang steamboat ni masak sendiri.
Sekali dia tuang makanan.... terus kami amik... sikit-sikit dia buka... ya rabbi....... slow gila..... tolong la..... Saya sampai cakap, "Nak saya tolong buka plastik ke? Ni nape beku keras sangat ni? Budak-budak ni ada yang puasa sebab nak datang makan tau."
Ada lebih sejam aktiviti menunggu plastik dibuka dengan lauk sikit-sikit tu. Budak-budak ramai dah give up... amik je nasi goreng...mee... yang dah sejuk... makan tu je alas perut. Drebar bas yang suggest tempat ni pun duk geleng-geleng kepala kesian kat budak
Sangat-sangat kesian keadaan kami malam tu. First time makan buffet yang ditempah ala-ala kena catu makan.
Saya tetap nak puji pekerja yang uruskan bara dan tukang tuang sup... dan kesian diorang pun saya sembur marah. Masa sup kering dia cepat-cepat datang tuang... tempat grill masa tu kosong. Saya marah dia, "tak payah la tuang... nak makan apa. Tak ada apa nak bakar ni".
Sayu tengok lemak ayam tu terbakar kering tanpa makanan untuk dibakar. Sambil mata perhatikan gerak perlahan akak debab dan budak-budak yang beratur tunggu dia tuang makanan beku.
![]() |
seketul besar daging blackpepper yang beku melekat kepingannya.. so lambat lah nak relai ..... tunggu punya tunggu |
![]() |
these kids... they're happy as always... yang baju putih tu drebar bas. |
![]() |
sori ye anak-anak |
Malam di jalan bayam ni.... untuk bayaran RM19.90 per kepala.... rasanya tak sampai RM6.00 pun purata nilai makanan yang dimakan. Kami 36 orang pulang dengan terkilan. Yang menceriakan suasana hanya gurau senda anak-anak. Birthday Alifah... diorang beli satu kek kecil. Happy birthday sayangku.
Bara yang terbakar.. hati aku lagi panas terbakar. Baca dalam blog lain mungkin lain ceritanya. Mungkin malam ni je suwey sikit di sini. Semoga lain kali kisah ini takkan berulang. Food Village d' Bayam, Tingkatkan Prestasi, Kurangkan kontroversi.
Subscribe to:
Posts (Atom)