wow..sangat selesa sapu losyen mustajab delima... serius cakap... bau manis... wangi gila dan langsung takde bau halia yang menusuk macam losyen sebelum ni. losyen ni rasa untuk kempis perut takde lah efektif sangat tapi nak hilangkan sakit memang syok. Diam dan aman je perut... sedang menikmati bau delima.. so sweet...
Tuesday, April 30, 2013
rubella negatif
akhirnya derita minggu ni berakhir... macam-macam
sehari direhatkan suspek rubella.. seb baik negatif. Just rashes biasa yang selalu jadi tiap kali aku panas. Merah-merah badan. Merasa jugak sehari dikurung. Pastu pegawai JPN selangor nak datang jenguk... sampai tengah malam berkampung kat bilik pbs... dalam tu penuh file kaler putih... saya, ngan teacher tini saja... a bit creepy.. memalam buta dalam bilik yang macam wad gila tu... sunyi sepi tak bercakap duk ngadap file memasing... kul1 pagi drive balik sebab skolah takde air.. haru la tak mandi pagi kang. Dah terasa bulan purnama nak jenguk.. most girls have special and different symptom. Tapi lewat bila stress cenggini. Masih tunggu.
Saturday, April 27, 2013
girls' shopping
Sempena hari dapat gaji... biasalah tiap kali weekend... wajib bawak budak kuar jenjalan... nisa bising tul mintak toys.. tapi bila dibawak kuar takde dia teruja sangat pun dekat deretan toys warna warni tuh. Last-last dia amik coloured stamp set..main chop chop kat kertas... harganya RM3.00. Zaman dah berubah.... agaknya dia lebih suka gajet. Bukan cam zaman saya yang separuh mati berguling selagi abah tak beli ding dang atau tora... sangat sakit hati kalau jiran semua dah beli tapi kita belum. Stress gitu.
nice but naaaaah~ |
Aku plak... amik satu rak untuk simpan majalah dan file... banyak bersepah sebab bila letak kat lantai.. kipas pasang kuat... terbang merata kertas keje-keje yang aku print. Jenuh nak kutip. Beli kat tesco... aku yang kemetot tak sampai nak amik sebab dia letak kat tempat tinggi..dah la berat gila bila pack mampat dalam box. Seb baik ada abang ensem amikkan. Rak ni ada 2 space yang leh tutup. Ok lah.. kemas skit. Balik umah selongkar tool box abah.. tak banyak barang... sebab banyak di bawak ke pasir tumboh. Seb baik jumpa gak skru drebar bunga.. amareka lagik. Dengan kudrat yang ada saya klung kang klung bertukang sendirian. Paling azab tang pemegang pintu tuh.. aku silap pasang.. bersilat nak buka balik. koyak skit kulit duk pusing skru drebar. Terpaksa buat sendiri... abah balik lewat petang mesti dia penat. Tapi kan.... abah mesti pakai mesin drill.... 5 minit dah siap kut dia pasang.. hoh.
Friday, April 26, 2013
stop the fairy tale
say... we can stop this fairy tale
i can't forever narrating
all this rainbow and sugar
this fake smile
hurt me badly
it is bitter butter
enough to ruin the fluffy cake
i can't forever narrating
all this rainbow and sugar
this fake smile
hurt me badly
it is bitter butter
enough to ruin the fluffy cake
Monday, April 22, 2013
purple..so in purple
Sedang bersendiri dalam bilik warden.. masa untuk bernafas jap... sakit belakang ni kerja bertimbun.. buka SD Card Nikon ada gambar bongek ni... bila masa ntah snap nye... budak-budak praktikal ni ler rajin tul nak snap aku yang tak berapa jelita ni. Macam ni je nak ilang kan stress marking esei bebudak yang walawei pening palo eden....
laki takleh pakai syampu pompuan!
heheheheh...hahahaha
ahaaaaa...haaaaaa~
rasa nak beli je syampu dove.....
ahaaaaa...haaaaaa~
rasa nak beli je syampu dove.....
Sunday, April 21, 2013
amazing dance
video dari ukraine rasanya...
negara yang mencipta gimnas-gimnas yang super duper hebat
abang... menari cenggini nak....
lagi best dari lagu diamond yang abang suka tu
Saturday, April 20, 2013
menanti mu
sedang menanti...
cian abang drive jauh... skang hampir tiap-tiap minggu abang ke kl. Malam ni ada event kat hotel ngan abang. Dah tanya... takpe ke... kalo letih nak cancel je. Tapi abang kata ok... leh je.... larat je....
Rasa serba salah sangat.... nak call pun takut ganggu abang drive. Cuma 2 kali sms tanya... dapat tahu traffic jam kat raub ngan bentong... arini kan penamaan calon pilihanraya. Last sms kul 1 tadi abang baru lepas kuala lipis. Eh, sms kan lagi bahaya.. duk taip-taip masa drive... aish...
semoga selamat sampai ye... malam ni pakai ensem-ensem.... saya belanja ye.... nak bagi upah tak leh. hehehe.. opp!
hmm... tengah serius merindu.. dan masih risau
Thursday, April 18, 2013
don't mess with me
ini adalah kali ke 10..... dan ntah berapa kali lagi akan terjadi
ada 1 kereta...viva warna silver..selalu parking depan garaj aku. Garaj yang abah buat khas untuk aku... kalo sekali dua ku ampunkan lagi. Tapi... ni dah melampau kut. Dari awal pagi sampai lah lewat malam... kete bodoh tu lepak kat situ. Laman umah memang sengaja tak dipagar untuk kemudahan orang lalu lalang tapi ada jugak yang tak guna otak.... kadang-kadang musim cuti sekolah waktu sedara ramai di rumah, kete ni ada lepak tutup garaj walaupun tanah lapang cukup luas leh muat lagi 3 lori kayu balak...
so kalo aku kuar terpaksa parking tengah panas takleh teduhkan kat garaj. Tengah panas dan penat balik keje.... mau tak terbakar hati.
so kalo aku kuar terpaksa parking tengah panas takleh teduhkan kat garaj. Tengah panas dan penat balik keje.... mau tak terbakar hati.
Tadi.. balik dari kb amik adik... kete tu masih ada. Aku parking baikkk punya.... pintu kete dia sejengkal ngan pintu kete aku. Ada beberapa kemungkinan;
a) Dia heran bakpo aku parking dekat... tak leh buka pintu dia.... then datang umah aku mintak tolong alih kete dan mintak maaf.
b) Dia masuk ikut pintu penumpang dan kuar tanpa segan silu dan esok parking situ jugak. For this.... middle finger for you! aku letak taik ayam atas kete ko!
Tuesday, April 16, 2013
puisi; badai...
Allah sedang menguji...
Ya Allah... lindungilah dia... walau di mana dia berada. Kuatkan hati kami...
Amin
Monday, April 15, 2013
shoulder to cry on
Ada satu masa dalam hidup kita...akan diuji. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Bersyukurlah kerana diuji. Moga kita takkan alpa lagi.
Lagu ini ditujukan kepada yang sedang bersedih... apa gunanya kata-kata... jika kau tiada sewaktu ku perlu kamu...
~be strong~
Lagu ini ditujukan kepada yang sedang bersedih... apa gunanya kata-kata... jika kau tiada sewaktu ku perlu kamu...
Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name
You'll see
How every single promise I'll keep
'Cause what kind of guy would I be
If I was to leave
When you need me most?
What are words
If you really don't mean them when you say them?
What are words
If they're only for good times, then they don't?
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, they never go away
They live on, even when we're gone
And I know an angel was sent
Just for me and I know I'm meant
To be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight
And I'm gonna be by your side
I would never leave
When she needs me most
What are words
If you really don't mean them when you say them?
What are words
If they're only for good times, then they don't?
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, they never go away
They live on, even when we're gone
Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here
Forever more
Every single promise I keep
'Cause what kind of guy would I be
If I was to leave
When you need me most?
I'm forever keeping my angel close
~be strong~
Friday, April 12, 2013
tapping heart
It's not the way i expected you to say when i try to call... telling my thought and feeling. If you don't need it then there will be NO such crap will ever ring and disturb your life. Be forever free.
Drive safely.
-ML
-gastric mode..still
Tuesday, April 9, 2013
kepada yang lahir pada bulan mac..
MAC
anda adalah seperti berikut...
berpesonaliti yg menarik dan menawan,-Oww...benar sekali.
mudah didampingi- Tak jugak
sgt pemalu dan pemendam rasa- No komen
sgt baik secara semulajadi- Err... ye
jujur pemurah dan mudah simpati- Benar
sangat sensitif pada perkataan yg dituturkan dan alam
persekitaran- Saya Presiden kelab alam sekitar
suka pada kedamaian- Benar
sangat peka kepada orang lain- Benar.. sangat-sangat
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain- Sampai pencen
tidak cepat marah dan sangat amanah- No komen
tahu balas budi dan
tahu kenang budi- Ya
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam,- Benar
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal- hooooo...tak tau
suka berangan-angan- Saya nak jadi princess
suka melancong- Nak pusing satu malaya tahun depan... muehehehe
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi- Benar!!
kelam kabut dalam memilih pasangan- No komen
suka dgn hiasan rumahtangga- Cadar baru
punya bakat seni dalam bidang muzik- Koir
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik- Sape yang tak suka woi
jgn terlalu moody.-err... ok....
i miss you so bad... it hurts..... i hate being far away from you. I don't know if you do miss me... as much as i miss you.... i had a scratch in my heart... bleeds every time i think about you... please be home soon LOVE. Just... be here.... :'(
Monday, April 8, 2013
i bruise easily
I bruise easily
So be gentle when you handle me
There's a mark you leave
Like a love heart carved on a tree
I bruise easily
Can't scratch the surface
Without moving me underneath
I bruise easily
Sunday, April 7, 2013
khasiat taugeh
tiap-tiap ari aku komplen nape kantin cam takde sayur lain.... asik taugeh je... kadang-kadang je nampak sayur labu ngan petola.... tapi setelah aku terbaca satu artikel... hmmm..... tanggapan aku terhadap kacang cambah ni mula berubah.
ini taugeh togey togeh or kace camboh |
Taugeh merupakan antara sebahagian dari sayuran yang
terdapat dalam bahan masakan seperti dalam masakan mee goreng, kuew tiaw goreng,
sayuran campur dan lain-lain lagi. Namun Tidak semua orang menggemari taugeh. Tetapi bagi yang menggemarinya, tentu
anda gembira apabila mengetahui taugeh mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan
termasuk untuk awet muda. Berikut merupakan khasiat taugeh:
1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan
sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya
ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan
punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi
sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan
kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan
taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara,
gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan
wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang
dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu
meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung
disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak
menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau
‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika
kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya
meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi
untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada
lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan
beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Lebih Muda
Taugeh juga padat
dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.
Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih
muda.
WEDDING GLAM FESTIVAL KOTA BHARU 2013
Kepada bakal pengantin dan vendor pengantin yang berminat
untuk menyertai majlis ekslusif ini boleh baca detail dibawah
Majlis : Wedding GLAM Fiesta 2013 peringkat Pantai Timur (Kelantan+Terengganu)
Tema Pakaian Hadirin (WAJIB) : Merah/Putih/Hitam
Lokasi : Hotel Grand River View Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 20 April 2013, Sabtu
Waktu : 8.00mlm-11.30mlm
Sokongan dan Kerjasama : UiTM Kelantan, Majalah Inspirasi
Perkahwinan,Akhbar Sinar Harian, Akhbar Berita Harian, Rins Suzana Kuala Lumpur,
Amy Touch Glitters Make Up Artist, Fujifilm Aneka Foto, Zoncinta.com
Azmi Hj Mohd Tahir
Pengarah Event
017-980 6680 / azmisentral@gmail.com
(www.facebook.com/weddingbiznesmind)
ATURCARA
8.00-8.45 : Pendaftaran dan ketibaan jemputan/hadirin dan
VIP
9.00-9.15 : Perarakan masuk VIP dengan iringan persembahan
ala majlis pengantin baru
9.15-9.30 : Fashion Show Sponsor dan Persembahan Artis Live
Grand Opening
9.30-9.35 : Kata aluan Perasmian oleh Pemilik Butik Rins Suzana
Kuala Lumpur
9.35-9.45 : Intro Owner Bridal diiringi model masing-masing
9.45-10.30 : Permulaan pertandingan Live Anggun Mekap
9.47 : Permulaan Pertandingan Glam Busana Pengantin Muslimah
(slot 1-
putih@cream gaun/merah/kuning)
10.05 : Persembahan Live Show diringi persembahan Jastera
10.10 : Pertandingan GBPM (slot 2-pink/biru/hijau)
10.15 : Persembahan Live Show Duet
10.20 : Stylista Gaya Tudung dan Busana Pengantin Songket
10.30 : Keputusan Juri Mekap
10.40 : Keputusan Pemenang Fotografi
10.50 : Persembahan Kebudayaan Jastera
11.00 : Keputusan Pemenang Best Dress Hadirin
11.05 : Keputusan Pemenang Gubahan Hantaran, Kategori + Utama
Busana
11.20 : Majlis Bersurai
Saturday, April 6, 2013
irdina fatiha
seharian temankan irdina... kesian sangat budak ni. Dah sebulan dia gilir-gilir sama jaga mak dia. Walaupun badan agak besar...dia sebenarnya baru darjah 4. Cukup teliti dan pandai jaga chesu. Kadang-kadang katil chesu dipindahkan sebab berlaku kematian katil di sebelah. Risau irdina takut tengok...nurse pindahkan katil chesu.
Dina pernah juga jatuh masa mandi kat toilet hospital...seb baik benjol kepala je. Kalo tak leh duk wad seblah chesu je.. hehehe.
Tengahari tu saya bawa dina kuar wad jap. Jenjalan kat nirwana. Nisa pun ada. Belanja new york cheese ngan pecan butterscotch. Saya tengok je lah. Perut agak meragam.. saya minum cool blog je.
Nisa ngan dina hampar tikar tepi katil dan main jual-jual. Kelakar tengok surat dina tulis... nak berkawan dengan orang katil sebelah. Saya banyak kali terlelap...duk atas kusi seblah katil..kepala kat tepi bantal chesu. Cuaca pun agak nyaman. Hujan jap dan angin kuat.
Chesu bila sedar lepas pembedahan... dia cuma sebut darwish berkali-kali. Rindu sangat kat baby tu. Kul6 petang Che ha datang bawak baby. Skang ni darwish ada mama dan jugak umi. Nangis teresak-esak chesu tengok darwish..... baby tu skang dah montel betul che ha jaga.. chesu sedih.. sebab susu badan dah takde. Takpe chesu...baby tu sihat je :)
ayohsu datang lewat petang tu... turn dia bermalam.... saya jaga jap si zara... lasak budak ni.
Dina pernah juga jatuh masa mandi kat toilet hospital...seb baik benjol kepala je. Kalo tak leh duk wad seblah chesu je.. hehehe.
Tengahari tu saya bawa dina kuar wad jap. Jenjalan kat nirwana. Nisa pun ada. Belanja new york cheese ngan pecan butterscotch. Saya tengok je lah. Perut agak meragam.. saya minum cool blog je.
Nisa ngan dina hampar tikar tepi katil dan main jual-jual. Kelakar tengok surat dina tulis... nak berkawan dengan orang katil sebelah. Saya banyak kali terlelap...duk atas kusi seblah katil..kepala kat tepi bantal chesu. Cuaca pun agak nyaman. Hujan jap dan angin kuat.
Chesu bila sedar lepas pembedahan... dia cuma sebut darwish berkali-kali. Rindu sangat kat baby tu. Kul6 petang Che ha datang bawak baby. Skang ni darwish ada mama dan jugak umi. Nangis teresak-esak chesu tengok darwish..... baby tu skang dah montel betul che ha jaga.. chesu sedih.. sebab susu badan dah takde. Takpe chesu...baby tu sihat je :)
ayohsu datang lewat petang tu... turn dia bermalam.... saya jaga jap si zara... lasak budak ni.
Friday, April 5, 2013
after surgery
Masuk OT pukul 3 petang. Selesai operation kul7.30. Batu dalam hempedu berjaya dikeluarkan. Ketulan yang besar doktor amik..tak tau lah nak wat kajian ke simpan dalam muzium husm. Serpihan kecik dia bagi untuk wat souvenir. Kes chesu agak kronik berbanding pesakit lain yang sama menghidap penyakit ni. Hampir sebulan jugak dia bermastautin di wad 3 utara HUSM. Badan chesu sejuk cam ais kuar dari OT. Jadi terpaksa 'kuarantin' dulu... ada mesin khas untuk hangatkan dan stabilkan balik suhu badan chesu.
Masa saya sampai irdina menunggu di luar. Ayohsu sepanjang masa bersama chesu.. urut-urut bahu chesu. Sepanjang pembedahan bahu kanan chesu diangkat dalam tempoh agak lama. Saya dan mama ganti jap ayohsu yang nak gi solat..urutkan chesu....urut bahu.. irdina urutkan kaki dan halakan 'warming hose' kat kaki chesu yang putih pucat kesejukan.
tengah malam... chesu akhirnya ditempatkan di wad.. :)
Insyaa Allah..tempoh kritikal sudah berakhir. Cuma sekarang chesu bertarung dengan kesakitan kesan pembedahan dan kesan tebukan di saluran hempedu (tiub sudah berada dalam badan sejak 3 minggu lalu).
Wednesday, April 3, 2013
warkah terindah
agak lama juga saya luangkan masa baca coretan beliau.
diary yang ditulis dalam blog Warkah Buat Isteri sepanjang si isteri dalam sakit.. rosak saraf otak kerana serangan asma.
Al-Fatihah buat Fauziah (Gee)
Semoga En.Abil tabah.
Tiba-tiba rindu abang.... saya doakan abang sentiasa sihat.
bingkisan marah seorang aku
hidup ni kena ada gak timbang rasa.
kena gak fikir kan orang lain
kalau nak hidup sorang diri pegi duk pulau
duk je situ
kau tau diri kau je
bangun tau makan
tau minum
tau be***
apa yang milik kita?
duit dalam poket pun bukan tentu kita punya
mungkin akan jadi milik mamak roti canai
mungkin milik polis trafik
milik makcik gerai goreng pisang
yang pasti milik kita adalah sedekah
apa rugi buat baik
kau cari nahas nak sakitkan ati aku
jangan menyendeng cari aku bila susah nanti
idup lah sorang-sorang kalo rasa dah besar sangat
aku bukan nak kau kenang budi
cuma nak kau pikir
atas bumi ni bukan milik kau sorang
dan memang bukan milik sape-sape
sangat marah idung berasap kuar api ni
tapi marah dan gaduh-gaduh ni sifat setan
aku cuba tenang dan tengok je
api ku cepat padam
tapi baranya tuhan saja tau
lambat betul hilang merahnya
skang lak kemarau
hmmm........ tarik napassss.......... huuuuuuuhhhhhh
abang....sob sob
need you
kena gak fikir kan orang lain
kalau nak hidup sorang diri pegi duk pulau
duk je situ
kau tau diri kau je
bangun tau makan
tau minum
tau be***
apa yang milik kita?
duit dalam poket pun bukan tentu kita punya
mungkin akan jadi milik mamak roti canai
mungkin milik polis trafik
milik makcik gerai goreng pisang
yang pasti milik kita adalah sedekah
apa rugi buat baik
kau cari nahas nak sakitkan ati aku
jangan menyendeng cari aku bila susah nanti
idup lah sorang-sorang kalo rasa dah besar sangat
aku bukan nak kau kenang budi
cuma nak kau pikir
atas bumi ni bukan milik kau sorang
dan memang bukan milik sape-sape
sangat marah idung berasap kuar api ni
tapi marah dan gaduh-gaduh ni sifat setan
aku cuba tenang dan tengok je
api ku cepat padam
tapi baranya tuhan saja tau
lambat betul hilang merahnya
skang lak kemarau
hmmm........ tarik napassss.......... huuuuuuuhhhhhh
abang....sob sob
need you
Subscribe to:
Posts (Atom)