Wednesday, March 26, 2014

Hari lahir dan hakikat kehidupan.

mengiringi Mok ke tanah perkuburan

Pulang dari majlis solat hajat sempena pembukaan homestay dan motel di KB... papa telefon katanya Mok dah nazak. Jumaat baru-baru ni jenguk Mok dah sangat uzur. Tak mampu telan makanan... susu pun hirup sikit dan luah balik. Mok yang saya baru kenali... memang sudah tidak mampu mengenali wajah-wajah baru... saudara-mara pun tak semua yang dia cam.

Sudah lewat malam baru sampai ke rumah... rehat sekejap dan tukar pakaian kami tiba ke rumah Mok tepat pukul 1 pagi. Ada saudara yang tidur memenuhi ruang tamu. Ada yang membaca Yasin. Yang mengajar Mok mengucap. Saya dan abang capai surah Yasin dan membaca sambil mata memandang Mok yang separa sedar dan bibirnya cuba sedaya upaya menyebut kalimah Allah.

Habis saja membaca Yasin.. rupa Mok nampak lain sangat. Anak mata memandang ke atas. Nafas dah tak berbunyi. Nadinya masih ada. Serta-merta semua mengerumuni Mok. Yang sedang lena dikejutkan segera. Tak putus-putus cucu Mok mengajarnya, "La Ila ha Illallah.." Tak pernah tengok keadaan tu.. air mata saya mengalir... berkali-kali capai tisu kesat air mata. Tepat pukul 1.27 pagi Mok menghembuskan nafas terakhir. Begitu rupanya saat sakaratul maut. Mungkin malaikat maut ada di sebelah saya pada masa tu. Rasa yang sangat aneh.. sedih... saya usap-usap perut. Baby tak gerak pun.


"Sayang... Happy Birthday..." ucap abang perlahan-lahan selesai menguruskan ruang tamu menempatkan arwah untuk malam tu....

Percutian ke Kuantan terpaksa dibatalkan. Tak apa lah... perasaan pun dah bercampur-baur. Tak mampu nak bercuti jauh selepas peristiwa tadi.

Bergerak pulang ke rumah... air mata masih bertakung. Agak-agak masa saya nanti... ada tak anak cucu saat nafas terakhir... panjangkah umur... atau berakhir dengan penyakit... atau kemalangan...

Baby.. nape senyap je... biasa waktu ni mama dah tidur kamu sibuk pusing-pusing dalam perut...


Sunday, March 23, 2014

pokok meletup opocot

hari sabtu yang sangat panas... ke bandar pasir mas abang nak tukar tayar kete yang belakang... tak pernah ditukar sejak beli kereta. Yang seblah depan dah tukar sebelum gi honeymoon dulu. Otw balik abang tanya nak beli apa-apa lagi ke... cuti sekolah ni... saya je cuti abang masih keje kt opisnya.

Abang.. saya nak beli pokok.. cian umah kita togel je... ada pokok bunga kertas kat pagar tu pun papa yang tolong tanam. Meh la... singgah kat nursery pokok jap. 

Huhu.. berenti lah kami di satu nursery pokok sebelum pasaraya Pantai Timur Pasir Mas. Agak lama juga kat situ... nak beli pokok tapi bukan reti pun pilih... memang la banyak pokok yang cantik. Tapi tak tau yang mana senang nak jaga. Last-last saya pilih pokok jenis pine. Kecik.. dalam setengah meter tinggi. Pokok tu masih dalam polybag hitam. Kata budak penjual tu better tanam dalam pasu sebab pokok ni lambat lagi besar. Dalam 4 tahun baru boleh nak pindah tanam luar pasu. Masa tengah kecik ni lagi kiut kalau duk dalam pasu.

Pokok pine tu rm10 satu dan pasu harga rm4. Saya beli sepasang kepit kat tiang depan umah. Masa terkial-kial pilih black soil nak sumbat pokok dalam pasu kat umah... budak penjual tu cakap biar dia je buat. Free jer..huhuuhuh... ok... hahahaha... lagi senang. So kami tunggu 5 minit dia pindah masuk pokok dalam pasu.. buh tanah..taruk baja dll. Budak tu angkut pokok masuk dalam kete.

Jeng..jeng... sampai umah. Teruja kut... beli pokok ni... dah siap dipasukan lagi. Leh la berlagak ngan papa...  comel je sumpat pine dalam pasu.

Saya buka pagar umah... buka sliding door..pastu buka cage kucing... tiba-tiba bunyi, "BOM!!!"

Dengan slow motion saya pandang belakang.. aaaaaaa..... pasu bunga aku!!! Abang terlepas pasu masa keluarkan dari kereta. Dia pegang plastik mana la cukup kuat nak hold pasu berat. Seb baik juga masih dalam plastik takde lah bersepah tanah kat situ. Alahai.. kami sama-sama melopong. Saya dah terjebik-jebik muka monyok.

Takpe... takpe... nanti abang beli pasu lain ye. 

gambar hiasan



*berakhir dengan aktiviti memasukkan pokok dalam pasu. Nyata tak semudah yang disangka. Tq sayang. Sekian.





Thursday, March 13, 2014

happy birthday hubby

cinta hati, jantung dan nyawa

Selamat hari lahir ke-32....

Alhamdulillah syukur abang ditakdirkan menjadi teman hidupku. Yang terbaik dan tercomel... selepas getir 3 minggu lalu... kita sudah harungi bersama. Semoga abang terus dipanjangkan umur dalam ibadah dan kebajikan, jadi suami dan ayah yang baik. Saya sayang abang....i love you so much.




Saturday, March 8, 2014

yang bulat itu meja makan

mood memasak sudah marii..... akhirnya... dah boleh masuk dapur dan terlibat aktif dalam aktiviti ini. Malang lah pulak gas kat dapo tiba-tiba abis. Abang pusing keliling area sekolah cari kedai jual gas masak tapi semua kedai takde servis penghantaran. Abang sebolehnya angkat benda berat lagi lepas operate. Sabo je lah... nanti nak tanya lagi kedai-kedai lain. Mungkin ada yang boleh delivery ke rumah.

Cabaran seterusnya ialah membeli bahan memasak. Kalau shopping barang basah ni biasanya kena kuar pagi pada hujung minggu.... tapi abang rutinnya tido. Biasalah dulu kan membujang. Kerja sampai lewat petang mestilah dendam nak tido puas-puas pada weekend. Nampak gaya saya kena kayuh basikal pegi beli barang pasar pagi. Kalau beli kat tesco barangnya tak fresh macam kat pasar biasa. Hmmm.... kalau nak kejut abang gi pasar kena pujuk baek punya.

Huhuhu.... siaplah nanti... bila saya dah mula masak... bulat molek lah abang. Skang pun dah kiut miut. Abang tak memilih dalam makannya cuma elegik ngan udang dan ketam. Yang lain sume dia bedal. Satu lagi kegemaran abang ialah sos cili.... 2,3 botol cili sume abang sorang balun.

Next week sampai lah meja makan yang kami tempah. Meja marble bulat. Kerusi 6 biji.

gambar hiasan.. meja tak sampai lagi dekpung

Monday, March 3, 2014

bebelan nurse menjelang trimester kedua

bosan dengar nurse membebel... HB turun... berat badan tak naik.. saya cakap masih lagi muntah setiap petang.. sebenarnya tengah tak sihat. Batuk dan demam. Arini saya skip kelas tingkatan 2 di tingkat 4 sebab kelas yang sebelumnya saya batuk sampai tak kuar suara. Tekak rasa kering dan gatal. Kepala pening turun naik tangga tu pun nak pitam.

Makan dan minum sangat tidak terurus.. kebanyakan masa saya paksa diri telan makanan. Lepas 10 minit semua dimuntahkan. Dah mula masuk trimester kedua.. kenapa masih lum abis muntahnya... kesian baby..

Risau sangat dan pikir macam-macam. Saya bagitau abang nak scan baby kat klinik alif. Dalam 15 minit menunggu. Saya heret abang... sama-sama masuk jumpa doktor zakiah. Cakap nak scan baby.

5 minit dalam bilik ultrasound tu... cukup membahagiakan. Abang melopong tengok baby...dah cukup sifat.. tendang-tendang... nampak kaki dia panjang.. Tiap kali perut ditekan dia tendang balik.. tangan duk genggam-genggam sekitar kepala. Tak duk diam. Wah.. teruja sangat. Alhamdulillah dia sihat. Berat baby dalam 127 gram. Teciknyer diewwwww.... ayat gedix jap. Panjang badan dalam 9 cm. Huhu.. memandai je tafsir gambar scan tu.. harap betul la apa yang saya pikir.. sebab tak paham sangat catatan ringkas dalam tu.

Tengah berazam nak mula balik minum susu kambing. Terbengkalai sikit urusan makan berkhasiat angkara pelbagai krisis dalam 2 minggu ni. Cuaca pun sangat panas..

Teringat pesan nurse... jangan banyak sangat beli barang baby.. baju mengandung pun sekadar 2,3 pasang sudah cukup. Risau perkara tidak baik berlaku.. nanti lebih parah kesannya. Na'uzubillah... akan saya hati-hati. Saya sangat inginkan anak ini.