Monday, April 28, 2014
bakal menantu ku
anak mama buat apa tu....... dua minggu lagi mama ngan papa nak gi scan kt klinik.... tengok anak mama ni ada bebird ke flower..... hihi... jangan malu-malu plak ye... tolong la bagi mama dan papa tengok ye. Mama rindu..... dan besar mana la anak mama... dapat khabar dari kak lin... anak dalam kandungannya boboi gitu... saya bagitau abang... kalau dapat gegirl kita berbesan ngan kaklin lah.... dapat menantu JDT. Serta merta abang jeling dan NO! Takmo JDT! hoiii... bergegar gelas milo atas meja.. garang eh papa ni. hihihihi...
Saturday, April 26, 2014
kaki kejang ketika hamil
gambo hiasan.. kasut si zara
kaki kejang hampir setiap malam... punya lah sakit tersentak bangun dari tidur... rasa macam putus urat kaki pun ada. Kadang-kadang cuba kejut abang tapi selalunya dia tidur mati... kalau dia respon pun sambil mengigau. Sakitnya berlarutan sepanjang hari.. rasa macam labu betis bengkak dan keras.. jalan pun terseret-seret.
Google beberapa tips pasal kejang kaki waktu malam especially untuk orang mengandung. Katanya mungkin kekurangan kalsium sebab baby banyak serap nutrient tu. Dan mungkin jugak sebab jalan kaki atau berdiri lama. Saya cikgu hokeyyy.... turun panjat 3,4 tingkat berkali-kali setiap hari.. jalan kaki balik ke kuarters pikul lappy gedabak dalam 10 minit jugak. Cuaca pun panas yang extreme ni.
Tengah terpikir nak ke beli supplemen kalsium shaklee tuh. Masih tak tahan ngan susu lembu.... cirit kooo.... bazir je beli. Susu kambing plak satu mahal.... kena plak beli yang peket-peket kecik kejap je abis.
Baru 5 bulan.. panjang lagi kisah... takpe lah.. janji ati ni terhibur bila budak kecik ni godek-godek tendang pusing dalam perut... mama suka.....
Thursday, April 24, 2014
kekuatanku
mama ada kamu... terima kasih kerana sentiasa di sisi mama. Indah sungguh perasaan ini... semoga masa lambat berlalu.. mama akan sentiasa rindukan kehangatan tubuh kamu dalam rahim mama...
mama minta maaf andai air mata ini menyakitkan tubuh kecil kamu. Kamu adalah harta... milik mama dunia dan akhirat... Jangan tinggalkan mama.
Wednesday, April 23, 2014
dia menanti mu di syurga
terkedu sekejap mendengar khabar sedih dari ain... kandungannya yang masih baru itu sudah keguguran... katanya terpaksa bermalam di wad selama 2 hari. Agaknya kerap sangat bergerak dan stress kerja. Sabar ye ain... semua ujian ini dari Allah yang tahu yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin nak beri ain tumpuan belajar sepenuhnya.... Boleh berusaha lagi.... Insya Allah ada rezeki lain kali. Ada sesuatu yang lebih baik Allah janjikan. Pasti.
semoga cepat sembuh wahai sahabat
Tuesday, April 22, 2014
lagu dodoi untuk anak
anak mama makin banyak gerak.. Grrrr.... geram je nak geletek... kuci-kuci kat perut tapi mama pulak yang tergeli. Hehe... langkah kaki semakin hari makin perlahan.... kemajuan perut yang ketara sedikit membantutkan pergerakan mama. Hati sangat ingin nak beli barang-barang untuk buah hati mama.... debaran juga ada... nak tahu sangat jantina anak mama ni... tak kisah lah lelaki atau perempuan. Kamu bakal jadi kesayangan yang tak ada tolok bandingnya pada mama dan papa.
minggu ni mama asyik dengar lagu ni je.. mama buatkan video... nanti anak mama boleh tengok dan nyanyi sambil tunggu mama balik dari sekolah.
Wednesday, April 16, 2014
haid keluar sedikit?
anak anugerah yang tidak ternilai
sebelum berkahwin... saya juga antara yang kerap google macam-macam blog dan forum yang membicarakan hal ni. Setiap bulan haid saya keluar dalam masa 3-4 hari sahaja... hari ke 5 dan 6 adalah a few drops saja... pendek kata hari ke 4 kadang-kadang pakai panty liner je. Dan wahai sahabatku sekalian.... itu adalah normal selagi tarikhnya teratur. Dalam kes saya selang hari pertama haid dengan haid seterusnya ialah 28 hari. Ya... saya sentiasa tanda dan sentiasa tepat tarikhnya. Jadi... banyak atau sedikit darah yang keluar tidak mempengaruhi kesuburan. Itu dari pendapat saya yang kurang arif. hihihi... saje je nak bagitau jika hal camni berlaku jangan la duk telan macam-macam pil yang ntah apa-apa. Rezeki semua di tangan Allah. Sabar dan berusaha dulu kayyyy.... tak jangka jugak bunting pelamin ni.
salam dari makyong... i'm 5 month mummy-to-be.
Monday, April 14, 2014
fesyen mak yong
Rasa geli... pelik dan ntah la... sengih-sengih teruja bila rasa si kecik ni bergerak dalam perut. Rasanya saya mula rasa gerakan pada usia kandungan 17 minggu. Macam mana rasanya? Susah nak cerita. maybe sebab baby masih kecik.. rasanya tak lah kuat sangat. Cuma aneh ye lah.. anak sulung kan. Ada benda bergerak dalam perut. Skang dah minggu ke 21. Pergerakan baby makin kerap.. kadang-kadang dapat lihat perut kita bergerak kena flying kick comel tu. Hehehe... rasa lega sangat bila dapat rasa baby gerak. Kalau lama je perut tak rasa apa-apa mula la gelisah nak pegi jumpa doktor.
Saya kerap bercakap dengan baby... nyanyi.. selawat... sambil-sambil masak kat dapo sambil dodoikan dia.
Penonjolan perut makin hebat. Sume seluar dah tahap kritikal tak mampu diregang dah. Jeans straight cut yang longgar tu pun tak mampu zip... leh bikin mudarat kalau tak bernasib baik. Kandungan ni dah masuk 5 bulan... dah wajar kut beli baju ngandung.
Saya agak ketagih shopping online. Haha.. abang risau tengok saya godek-godek web page shopping. Banyak jugak item yang saya suka beli. Produk bodycare, kain pasang, barang-barang kucing... minggu lepas saya order pakaian dari Mamma House. Produk sampai selepas 3 hari. Tq cimbclicks!
ni baju yang saaaaangat comel... tapi agak panas untuk cuaca skarang ni. Sesuai pakai masa shopping kat mall... saya pakai masa pegi kem. haha
yang ni saya lum pakai lagi.. nak pair ngan skirt itam untuk gi ngajar... nampak agak formal.. dan suweet
ni barang banyak bagusss punya.. suar mak yong yang maveless.. selesa... sarungkan aje takde button ape. Tang perut tu sangat comfy...
rupa jeans dari seblah sisi... sume pakaian ni saya beli dari Mamma House online maternity store.
Wednesday, April 2, 2014
Seoul Garden Kota Bharu
Sempena hari keputrian beta ke 28... aww... tua dah you..... percutian yang diidamkan di Kuantan terpaksa cancel kerana keluarga dalam waktu sedih kematian Mok.
Maka sempena kami masih lagi berdua... peluang ini digunakan untuk makan bufet santai. Kali ini kami cadang nak try Seoul Garden di KBMall.
Konsep bayar dulu sebelum makan. Dia tulis kat depan tu harga "ALL-YOU-CAN-EAT" slogan yang biasa digunakan untuk konsep buffet tapi hampeh lepas kena caj minuman dan sup berasingan. Plus kena lagi tax. Membangun bersama GST katanya... Dua orang makan kos nya RM70.
kalau berhajat nak makan banyak.. eloklah amik sup biasa dan bukan tomyam pedas. Nak pedas leh cicah ngan macam-macam sos. Semua ada. Yang ini sup ginseng... sedap ooooo....
Seafood ni sebenarnya nak simmer dalam sup.... biarkan rebus lama-lama... sup akan lebih umph bila kita buh seafood... udang..kepah... mentirang...
ayam dan daging pelbagai jenis sos perap
fries and wedges yang sentiasa panas dan rangup.
veges and fishball...aikk.... abang amik pumpkin?
kimchi pun ada... sapa yang kemaruk teringin nak try... ye lah asik tengok je dalam drama korea.. sini boleh rasa. Kimchi ni sayur yang fermented.. apetah term melayu.. peram? dalam sos pedas.. ada cili udang kering dan juga sangat masin. Tak sesuai ratah.. bagus untuk tambah dalam sup atau nasi. Dalam mangkuk kecik tu tomyam kepah... clam tomyam yang dah siap dimasak.. amik kat kaunter... kari ikan pun ada... tomyam itu saangat sedap. Rebus la bihun.. leh buh dalam kuah tomyam tu+udang pun boleh.
nom nom nom...
tak tau bape round punggah makanan... haha.. cam raksaksa lapor
sos ni sedap jugak.. saya amik lagi potato wedges. Eh..eh... dia baru je siap cendawan goreng. Fevret abadi ni....
grill and simmer.... aumm nyam nyam...
hihi.... kenyang anak mama. Banyak kali ulang tayang baju ni. Paling longgar untuk perut boyot ni. Tunggu baby masuk 6 bulan baru nak cari baju ngandung.
Happy birthday to me. Thank you sayang. I love you.
Subscribe to:
Posts (Atom)