Tuesday, December 31, 2013

❋ Gejala Mengantuk Pada Trimester Pertama ❋






Ada sesetengah wanita hamil mengalami gejala mengantuk sewaktu semester pertama kehamilan. Sebenarnya ini adalah gejala biasa. Badan anda masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan kehamilan. Ketika ini juga, hormon PROGESTRON yang tinggi menyebabkan anda rasa mengantuk.


Progesteron juga menyebabkan rasa letih melampau.Keadaan keletihan ini mungkin akan menyebabkan loya dan muntah2 berlaku dengan lebih teruk.

Ada juga yang mengalami ketidakselesaan semasa tidur. Antara penyebabnya :

1. Perut yang semakin membesar.
2. Sakit belakang
3. Sakit dada
4. Nafas semakin pendek
5. Insomnia atau sukar tidur malam.

Posisi tidur yang sesuai untuk ibu hamil adalah posisi SOS atau Sleep On Side (tidur secara mengiring). Untuk lebih selesa, bengkokkan kaki, dan lutut semasa tidur & meletakkan bantal di celah kaki.

Anda juga boleh dapatkan 'pregancy pillow' yang membantu anda utk tidur selesa.  
Sebolehnya.. elakkan ;
a. tidur secara terlentang (boleh menyebabkan sakit belakang, masalah pernafasan dan penghadaman serta tekanan darah rendah)
b. tidur di atas perut (dengan keadaan perut 
anda yang semakin membesar, adalah berbahaya utk berbuat begitu)

malam berdarah


cerita honeymoon kami.. whoaaa... gempak kan.

balik dari cameron highland menuju ke shah alam... duk hotel sana pulak. Bawak ole-ole cameron masuk bilik sekali strawberry tu meleleh sebab panas lama dalam kereta.. tak perasan plastik tu dah basah bocor. Tersilap letak kejap atas katil. Hamek kau abis merah cadar.. bukan sikit... nampak macam 2 cawan darah tumpah... abang kata bior la nanti orang hotel bersihkan.. bayar mahal-mahal biar diorang la setelkan. Ishhh... segan la pulok... malam tu... saya tarik cadar tu tenyeh-tenyeh sabun..air.. dan lap 'darah' strawberry tu. Tak rendam... bersihkan kawasan tu je. Hahahaha... penah ke jadi gini? pengantin basuh cadar hotel dalam toilet. Bila kena sabun jadi cam kebiru-biruan lak.... lantak la biru pun asal jangan merah..


itu lah kisah honeymoon kami untuk dijadikan pedoman...

Monday, December 30, 2013

MY BABY'S PROGRESS: WEEK 5


Only 35 more weeks to go!
My baby's amazing brain is undergoing some very crucial and quick growth in order to regulate their heart and blood circulation, and other vital functions. As for the rest of their miniature tadpole-like body, their little limb buds have grown into flippers and their fishy spinal tail is more pronounced.

trimester pertama di tahun baru



hari yang mendung... merenung kosong luar jendela.. sekolah dah nak mula.. alahai... trimester pertama kehamilan memang syahdu rasanya. Badan sangat penat nak sesuaikan diri dengan perubahan hormon gamaknya. Aku memang tak larat nak wat keje... mop lantai dapo je aku brenti tak mampu mop area lain.. brenti lelap depan tv... sama gak time solat... maghrib jemaah ngan abang... selang tunggu isyak tu aku dah mengah-mengah mintak bantal. Masa aku duk pening melelap tu sayup-sayup aku dengar abang mengaji sorang. Masuk time isyak abang kejut.

Syukur jugak aku ni pesen pening mabuknya seblah petang... bab makan aku suka sume benda yang iklan dalam tv... tapi sebenarnya kalau makan pn secoet je abang yang terpaksa abiskan. Cian abang perutnya dah kembung cam 5 bulan gitu.

mesin basuh dah beli.. baru... semi auto je... sini takleh pakai auto sebab kadang-kadang ada masalah air... nanti rosak mesin basuh auto.. cuma ampaian belum beli... kalau basuh baju kena sangkut merata...

Sunday, December 29, 2013

culind

kadang-kadang apa yang kita harapkan bukan lah apa yang kita dapat...

percaya dengan janji Allah yang sentiasa beri yang TERbaik untuk hambanya.

Hari ini aku kehilangan seorang sahabat. Hilang dari pandangan mata... Jauh dari segi fizikal lahiriah sahaja.... namun hati kami akrab.. utuh dan masih SATU. Semoga kau dan aku beroleh kekuatan.. dan semoga kau temui kebahagiaan di sana.

Kadang-kadang aku masih menunggu kereta MyVi hitam parking bersebelahan denganku setiap pagi. Gelak ketawa dengan lawak yang hanya kami berdua fahami. Aku kadang-kadang lupa dia takkan kembali lagi.

Mata basah.



Friday, December 27, 2013

perut kembung awal kehamilan

kembung dan tak selesa... baru sejam lepas makan tapi perut bunyi kuat macam orang kebulur.. dan saya merujuk kepada dr.google seperti biasa. ni sumber dari web PA&MA.




Masalah: Mual Atau Muntah
Punca: Ketidakselesaan terjadi akibat kehadiran hormon beta HCG yang bertindak balas pada bahagian otak. Kebanyakan kehamilan mengalami masalah ini di antara minggu ke-8 hingga ke-12. Namun, ada yang berlarutan sehingga minggu ke-20.

Cara Mengatasi :
1.Makan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit.
2.Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak.
3.Makan lebih buah-buahan yang tinggi potassium seperti anggur dan pisang atau minum air kelapa.
4.Elak minuman berkarbonat dan berkafein kerana ia boleh menambahkan rasa loya.
5.Jangan ambil jeruk atau asam sebab ia mengandungi banyak asid, garam, perisa dan pewarna tiruan.
6.Jika berterusan perlu ambil ubat tahan muntah seperti Maxalon atau Ancoloxin.

Masalah: Sembelit Atau Kembung Perut
Punca: Masalah ini kerap berlaku di awal kandungan akibat peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan peristalsis usus menjadi perlahan. Oleh kerana itu jugalah angin di dalam badan sukar dikeluarkan.




Cara Mengatasi :
1.Minum air mencukupi minimum 6 - 8 gelas sehari.
2.Ambil serat mencukupi terutamanya sayuran yang berdaun hijau.
3.Elakkan sayuran berkacang kerana ia boleh menghasilkan gas di dalam usus.

Masalah: Sakit Belakang Atau Pinggang
Punca: Berlaku akibat penyesuaian badan dan tulang belakang terhadap perubahan pusat graviti tubuh. Selain itu, ligamen yang makin meregang menambahkan lagi kesakitan.

Cara Mengatasi:
1.Menjaga posisi tubuh ketika duduk, berjalan dan berdiri.
2.Menggunakan kaedah yang sesuai ketika mengangkat sesuatu barangan yang berat.
3.Lakukan urutan yang perlahan di bahagian bermasalah.

Masalah: Pedih Ulu Hati
Punca: Kehamilan menyebabkan asid di dalam perut lebih banyak daripada biasa. Keadaan rahim yang makin membesar menekan perut memenuhkan rongga abdomen, menekan asid perut kembali ke esofagus membuatkan rasa pedih di dada. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progesteron yang meningkat. Oleh kerana hormon ini mengembang, melonggarkan dan meregangkan otot, jadi asid mudah naik ke esofagus.

Cara Mengatasi:
1.Tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan malam.
2.Keadaan tidur perlulah dalam separa duduk dan bukannya menelentang.
3.Jika berlanjutan, perlu ambil antasid untuk melegakannya.

Tuesday, December 24, 2013

ketam nipah indera tomyam pasir pekan



Saya setakat ni belum mengidam... err.. kecuali yang hari tu... sebelum tahu pregnant.. ada la dekat seminggu hari-hari sebut nak ketam.... agaknya bosan abang dengar "sedapnye ketam....", "mesti sedap kan kalau makan ketam...", "bestnya ketaaaam..." sampai dia bawak pegi indera tomyam yang femes ngan seafood tu... hamek kau... ketam nipah masak 3 rasa sepinggan besor... rm30..... sedap sangat... kami ratah... senyap tak bercakap kusyuk makan ketam. Saya tau abang bukan penggemar ketam. Tenkiu sayang..

gambar pinjaman sahaja



baru sebulan lebih.. perut dah nampak besar... walaupun kamu kecik lagi.. badan mummy dah kembang nak bagi kamu ruang yang selesa...  tak mampu bayangkan 9 bulan... wah.... 

baby... sabtu ni nak jumpa lagi...  klinik dr.roshadah.. 

makan di MALIS pasir pekan

restoran fevret adik ni... sempena birthday neesa...

makan chicken chop & fish and chip.. agak klise bunyi menu ni kan... tapi sedap!

kepunyaan saya dan muaz

breaded chicken chop lebih banyak dari grilled chicken... harga sama.


Sunday, December 22, 2013

my lactose intolerance

beberapa hari sebelum ni saya try minum susu segar... ada la perut sakit sikit tapi tak cirit-birit. Semalam saya minum lagi 2 cawan. Tak makan malam konon sebab dah minum susu... tapi tengah malam badan panas... perut bunyi kuat gila... berombak dan pesta buih meletup berlaku riang dalam perut. Badan jadi lembik sangat. Nak gi toilet pun tak larat. Perut sakit tapi bukan nak membuang. Tapi saya gagahkan jugak... pegi dekat sinki.. muntahkan... kuar buih-buih je...cam gastrik.

Kesian baby.... nampaknya tak dapat nak minum susu juga sepanjang mengandung ni. Alah lactose ni dari dulu lagi... minum je susu aku berlari cari toilet mencirit.

Nak minum susu soya tapi ada pendapat kata anak jadi kurang bijak.

mencuri sedikit ilmu dari prof google:




What are the symptoms of lactose intolerance?

People who are lactose intolerant will find that dairy products give them wind. If you're highly intolerant you may already be aware of this before pregnancy. But if you're only somewhat intolerant (and thus not aware of it) you may start to feel some distress during pregnancy.

Other common symptoms are:
The symptoms usually appear within two hours of consuming foods which contain lactose. However, this may vary from person to person depending on their age and sensitivity to lactose and how fast they digest.


How can I know for sure I'm lactose intolerant?

In all likelihood, your doctor will be able to tell you if you're lactose intolerant by asking about your symptoms. She may ask you to cut out all dairy products for a short period to see if your health improves.

Sometimes normal pregnancy symptoms can be confused with those of lactose intolerance. Nausea, vomiting heartburn are common problems for many pregnant women. In such cases doctors may suggest taking a blood sugar test or a hydrogen breath test to get the right diagnosis.


How can I get enough calcium if I'm lactose intolerant?

Your best food sources of calcium are milk and other dairy products. However, if you are lactose intolerant, you may need calcium supplements and a specific non-dairy, calcium rich diet. This will help to make up for the loss of calcium from milk and dairy products. Non-dairy sources of calcium include:
  • leafy greens such as spinach (paalak)
  • soya milk
  • tofu
  • broccoli
  • Indian shad fish (hilsa)
  • sesame seeds (til)
  • nuts
  • whole-grains
Take a look at our calcium enriched recipes for more ideas.

Lactose-free milk and other dairy products are now available in some grocery stores. They have all the nutrients of regular milk without the lactose.

Keep in mind that vitamin D is essential for maximum absorption of calcium in your body. Good sources of vitamin D are eggsfish and regular exposure to sunlight. If you do not eat eggs and fish speak to you doctor, she may prescribe a suitable vitamin D supplement.


Can lactose intolerance be treated or prevented?

There is no specific treatment for lactose intolerance. But there are things you could do to help you with this condition:
  • Reduce or cut out milk and milk products from your diet. This approach works for most people.

 

i'm 4 weeks



Only 36 more weeks to go!
By the end of this week the round and pointy ends of my mini-pear-shaped baby will be slightly more exaggerated and their body will look something like a miniature manatee. Despite having no eyes, ears or mouth, the earliest developments of what will become their larynx, ear, and eyes are already forming!

Saturday, December 21, 2013

our tiny little one.. 1st scan...

sangat kecik... heee... comel-comel!

Berkali-kali aku tanya. Mana? Mana? 

-Tu... nampak tak kecik tu.... ada kat tengah-tengah. Baru lagi ni.. rahim dah bengkak.. dah besar dah... pundi kencing ada kat tepi tu jadi sempit skit. Tu yang awak akan kerap kencing bila pregnant.


Haih... kecik betul. Minggu depan nak gi lagi. Scan lagi... Bapak kau dah berangan nak beli baju superman.. maknya dah beli cadar hello kitty yang baru. Tak kisah sangat sebenarnya. Asal kau lahir sihat sempurna fizikal.. baik akhlak.. sempurna iman. Insya'Allah... perjalanan masih jauh... selamat datang dari alam roh kini di alam rahim... Rahim ku.... 

Ya Allah.. indah sekali apa yang ku lihat pada hari ini. Alhamdulillah. 

Thursday, December 19, 2013

i hurt my tongue

biskut lidah kucing


beli biskut ni di tesco.. sedap... tapi sakit pulak lidah ni sebab saya suka kemam...rangup... rasa cam susu.. this cookies is kinda melt in your mouth gitu... lagi terasa sedap berbanding kunyah.

Lidah rasa kebas lagi.

alone

hampir sebulan berehat... hmmm... sesi luahan hati jap. Sedih sebenarnya susah nak gerak mana-mana. Abang pula kerja balik lewat. Nak bela kucing... rindu sangat kucing.... tapi ada yang kata kucing tak elok. Nanti kena jangkitan kuman.

Baby.... kena check secepat mungkin. Kereta takde... orang tu plak sibuk... sibuk.... sibuk...... nampak kena kuar jalan kaki je. Setakat ni gov clinic takde yang buka malam.

just feeling alone.



times square

woww.... perut sayang... maju sekali

hehe... 360 camera.. lawa tanpa bedak

little taipei

seronok ngabehkan duit abang

abang ngan mocha cekelat... i cam biasa.. air suam

aohhh.... suka sama grilled capsicum itewww.. huhu.. jeles tengok si momo selalu makan

saya dan dinding bersatu

layan movie THOR... saya bawak shawl... balut badan dan lelap 10 minit masa awal cerita.. hahaha

ict shah alam

mr.bean menyibuk kat parking. Ada aku kesah?

pokok duit-duit

leh cemolot tak kat sini?

pokok krismas buatan


heee...lawa...

tempat go-kart


cameron lavender

ni kat cactus point.. brenti jap bli bunga skit

keychain cumel

first time datang cameron lavender... tarikan baru di cameron highland... ramai orang time cuti sekolah ni

kalau sesat leh refer kat sini yer

wishes wall

pos surat cinta


boleh try buat kat umah ni.. banyak kasut lama

rumah penginapan lebah kelulut kut... kelulut takde bisa


hello... sape teww

suka tul amek gamba cincin atas bunga

saranghae 

comel bunga ni

muah3


abang nyanyi lagu negaraku

strawberry milkshake and strawberries.. yummm

pelok-pelok skit sejuk ni... 

beli candy untuk adik

honey candy

comelnya kitty 

bergerak ke shah alam... layan ICT kejap ngan hubby