Friday, January 25, 2013

kisah penjual polisi insuran




Syukur... itu perkataan yang terpacul dari mulut ni. Pada hari isnin lepas...ada 2 orang ejen insuran masuk bertandang di bilik guru. Lelaki... hensem... suara yang cukup macho...

Saya memang luar biasa bekerja minggu ni. Rasa sesak nafas berkejar ke kelas, bilik sukan, dan bilik guru.. Banyak file kena settle sebelum pemantau datang. Sebaik saja saya masuk ke bilik guru, terus buka laptop, buka file word untuk edit balik apa yang patut, datang la abang insuran.... dia mulakan bicara. Mula-mula tanya sikit background saya, lama dah ke keje, dah kawin ke belum, dah ada insuran ke belum... dan bla...bla... dan saya hanya.. ooo... eh... ooo...eh... gitu je saya jawab. Saya cuma ada masa 20 minit je lepas tu kena naik plak tingkat 4. Adoiii...mamat ni buka plak file clear holder dia.... tunjuk macam-macam la risalah insuran. Mata saya naik juling pandang laptop dan pandang file dia.

Marah dia? No. No. No. Mama ajar tak baik hina orang yang datang camtu. At least dia cari makan bukan mencuri... Walaupun dalam hati berasap panas nak je halau dan bertepik suh dia kuar cepat-cepat. Aku nak menaip ni woiiii...tak nampak ke?? Namun dalam ati je mampu marah. Saya tetap senyum.

Sampai masa saya ada kelas... saya cakap ngan dia nak naik dulu. Dia senyum...cakap terima kasih dan bagi kad. Oooo.. lulusan engineering. Hmm... itu lah dunia. Kerja bukan senang nak dapat. Detik tu saya rasa syukur sangat-sangat. Kalau lah saya ditakdirkan menganggur...mesti kerja macam tu yang saya cuba buat. Agaknya lagi teruk saya cuba menggoda client. Jual perkhidmatan tak sama cam jual barang... jual tupperware senang leh tengok gambar, pililh-pilih kaler. Dah kerja nya jual polisi kena lak seolah-olah pujuk dan bercerita panjang lebar. Kata sorang kawan... ejen insuran ni 'menjual ketakutan'. Supaya bersedia jika esok tiba-tiba dapat kanser..eksiden..dan macam-macam. Mesti sedih kan kena bercakap banyak untuk promote. Elaun pun berdasarkan jumlah jualan polisi. Walaupun sebelum tu berapi nak marah. Saya perasan wajah ejen tu nampak cukup tabah. Siyes.... tebal muka nak ganggu orang tengah keje. Demi cari makan!



No comments:

Post a Comment