Ok... ini entry serius yang ML bikin walaupun tanpa ilmu yang cukup selayaknya dengan diriku yang memiliki hanya sekeping lesen memandu berstatus P. Tak pandai yang komen lebih sebab saya pun masih tak faham sangat sekiranya diceritakan tentang spec kereta. Kena tunjuk satu-satu depan mata dan test sendiri (ahaiiiii memang I tak reti ampun dan maaf)
Kereta baru adalah fanomena di sekolah. Januari ini sahaja 9 orang guru di sekolahku dilihat membeli kereta baru yang plastik seat nya belum lagi dibuka. Oleh yang demikian ayuh lah kita memasang angan-angan bersama. Kita lihat dan survey apakah kereta pojaan hati buat masa ini. Jika diizinkan Allah... dalam tahun ini adalah kunci kereta baru dalam handbag ni.
1st car dalam konteks kereta yang dipandu adalah si comel sang kancil yang berjasa sejak ku berkhidmat di Bachok. Bakal ku beri pusaka ini kepada adik sekiranya aku memiliki kekasih baru. Jadi ku mencari kereta pertama yang ku beli dengan wang hasil kerja ku.
Carta yang berikut adalah berdasarkan keadaan semasa dan juga jenis kenderaan yang telah dimiliki oleh rakan seangkatan denganku.
1. Perodua MyVi
Kereta yang pernah jadi idaman sejak hari pertama daftar sekolah memandu Sejati Erat. kikiki... comel dan ekonomi sekali.
- Myvi 1.0SR (M) Solid - RM38,924.10Myvi 1.0SR (M) Metallic - RM39,447.30Myvi 1.3SX (M) Solid - RM43,400Myvi 1.3SX (M) Metallic - RM43,900Myvi 1.3SX (M) Special Metallic - RM44,300Myvi 1.3EZ (A) Solid - RM46,400Myvi 1.3EZ (A) Metallic - RM46,900Myvi 1.3EZ (A) Special Metallic - RM47,300Myvi 1.3SXi (M) Solid - RM46,200Myvi 1.3SXi (M) Metallic - RM46,700Myvi 1.3SXi (M) Special Metallic - RM47,100Myvi 1.3EZi (A) Solid - RM49,200Myvi 1.3EZi (A) Metallic - RM49,700Myvi 1.3EZi (A) Special Metallic - RM50,100Myvi 1.3SE (A) Metallic - RM53,400Myvi 1.3SE (A) Solid - RM52,900Myvi 1.3SE (A) Special Metallic - RM53,800Myvi 1.3SE (M) Solid - RM40,900Myvi 1.3SE (M) Metallic - RM50,400Myvi 1.3SE (M) Special Metallic - RM50,800
2. Suzuki Swift
dipandu oleh kawan baik di sekolah bachok. Suka..comel untuk gugurl berkerjaya. Namun saya agak kurang berkenan dengan bontot nya yang agak chubby.
- Suzuki Swift 1.5 (A) (CKD) - RM71,707Suzuki Swift Premier 1.5 (A) (CKD) - RM77,707Suzuki Swift Sport 1.6 (A) (CBU) - RM102,975Suzuki Swift Sport Premier 1.6 (A) (CBU) - RM109,863Suzuki Swift Sport 1.6 (M) (CBU) - RM97,131Suzuki Swift Sport Premier 1.6 (M) (CBU) - RM104,019
Kereta mata belalang yang hampir-hampir saya beli pada awal posting. Sebab terlalu jatuh cinta pada kaler pink iteww. Pastu tertangguh niat sampai sekarang tak beli-beli.
Suzuki Alto 1.0 GA (M) - RM44,888
Suzuki Alto 1.0 GLX (A) - RM49,888
Suzuki Alto 1.0 GSX (M) - RM54,888
4. Toyota Vios
Oh...ini best seller.. pujaan dan pilihan ramai. Menawan dan kacak sekali. Juga dimiliki oleh beberapa orang kawan. Baru je jap tadi si lailee duk racun-racun suh angkat yang ni gak. Sama cam dia.
Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo - RM90,819
Toyota Vios 1.5G - RM86,119
Toyota Vios 1.5E - RM80,319
Toyota Vios 1.5J (M) - RM70,783
Toyota Vios 1.5J (A) -RM74,883
5. Nissan Almera
Ni nampak macam kete family dah. Nampak gah but... bukan dalam radar pilihan. Dimiliki oleh seorang kawan.
6. Ford Fiesta
Tengah jatuh cinta dengan ini buat masa sekarang. Tengah berkira-kira untuk tahan skit nafsu makan dan berjimat demi yang ini. Well.... tak tau lah sebab selera saya sentiasa berubah. Ntah apa yang akan jadi pilihan nanti.
Fiesta 1.6
Sport (A/T) – RM84,888.00 – 1598cc (122@6000 & 152/4050)
Fiesta 1.6
Sedan (A/T) – RM83,388.00 – 1598cc (122@6000 & 152/4050)
Fiesta 1.4 Hatch
(M/T) – RM69,999.00 – 1388cc (96@5650 & 128/4300)
6. Honda City
Ada 3 kereta ni kat skolah yang masih kerusi bersupik. Namun untuk long distance driving.. agak melenguhkan badan sebab seat nya tak fit ngan body aweks. Komen seorang rakan sekerja yang balik kampungnya di kedah ngan keta baru ini. Mungkin lebih sesuai untuk pemandu lelaki.
Honda City 1.5L Grade S - RM85,480
Honda City 1.5L Grade E - RM90,480
No comments:
Post a Comment