Wednesday, January 9, 2013

sendu senda mengiringi mu



Akhirnya tuan haji sazali (PKP) secara rasminya berpindah ke sekolah baru. Naik pangkat jadi pengetua. Majlis di dewan smkal pada waktu pagi itu sungguh meruntun hati layan slide video dan ucapan terakhir tuan aji. Kira-kira kul9.30 kami bergerak ke gua musang dengan bas sekolah. Satu perjalanan yang saya rasakan amat panjang, bukan kerana sendu perpisahan tapi gelora gastrik masih melanda.

alucid
Sebelum gerak kunyah pil ni... masa ni lum breakfast lagi. Tak tahu nak makan apa sebab perut rasa pelik...

beli kat koperasi. Cocopie... setengah jam baru dapat abiskan biskut ni. Mak aih  susahnya nak mkn :'(

bekal yang lain tak terusik... roti tu pun tak makan pun. Bawak balik ke rumah.  Supik tu standby kalau-kalau nak uwekkkk. haiii... teruk alahan.
bekal kak lin abis licin! 
Dengan susah payah saya paksa diri telan cocopie tuh. Tengok kak lin tak berenti makan. Huhu..jeles tul. Rindu nikmat selera makan..... minuman oligo kegemaran tu saya minum satu tin sebaik saja sampai di smkbc. Seb baik sempat minum. Ada la sikit tenaga nak bergerak. Saya disuruh bawak satu barang 'hantaran'. Sebekas kuih akok yang beratnya ada lah cecah 5,6 kg. Diorang yang lain tak tau saya tak sihat. Risau gak kang ada cikgu smkal yang meniarap rebah ngan dulang hantaran nih. Saya jalan dengan cukup hati-hati rapatkan bekas kuih kat badan nak tampung berat. Alhamdulillah... kat pagar tu ada tukang sambut dulang.

disambut wakil smk bandar chiku..yang baju maroon tu YB dato' paduka Nozula

manggaran
Cam nak hantar pengantin je... siap ada balas-balas hantaran, bunga manggar. Keadaan sekolah dan pelajarnya mengingatkan saya tentang sekolah kat bachok dulu. Sekolah luar bandar dan pernah dalam kategori sekolah prestasi rendah. Satu cabaran yang hebat untuk tuan haji. Insya-Allah sekolah ni akan cemerlang nanti.

yb nozula berucap

Lepas sesi di dewan besar smkbc, kami dijamu di dewan makan asrama. Saya amik 2 sudu je nasi. Satu paha ayam dan 2 keping puding roti. Kemain sedap puding tu. Rasa sedikit bertenaga kena makanan manis.

Masa sesi babai nak gerak balik tu tuan aji iring sampai atas bas. Siap berseloroh lagi nak ikut balik pasir mas. Huhu... siyes sedih masa lambai dari tingkap bas dan tinggalkan tuan aji di tempat baru.

cenderahati atau 'sisa' dari tuan rumah
Dalam bas kejap je borak ngan kak lin. Cepat-cepat pejamkan mata. Takut termuntah.. huhu. Perjalanan pulang dalam hujan yang lebat. Sangat dingin. Sampai je smkal saya rasa malas sangat nak drive. Pinggang sangat sakit 2 jam lebih dalam bas. Abg...... balik la... wuuuu.... rindu......

hehe... amik dari bakul 'hantaran' tuan aji. 




No comments:

Post a Comment